Tips Bercuti Dan Menginap Hotel Di Kuala Lumpur Dengan TRAVELOKA

Tuesday, August 30, 2016


Salam u olls ,


Kalau orang datang bercuti di Kuala Lumpur mesti tumpuannya lebih kepada tempat membeli belah. Dari pusat membeli belah mewah macam Pavillion dan Publika juga ke butik - butik pakaian berjenama seperti Ariani, Bella Ammara mahupun membeli keperluan perayaan atau perkahwinan sekitar Jalan TAR. Tak dapat dinafikan Kuala Lumpur umpama syurga membeli belah.


Di Kuala Lumpur , tempat makan pun banyak. Name it saja nak makan apa, pasti ada. Bak kata orang, Kuala Lumpur ni memang lengkap serba serbi, macam-macam ada. Yang tak de pun boleh jadi ada u olsssss!!

Okay u olls , kali ni Ty nak kongsi sikit tips mencari hotel in Kuala Lumpur yang mananya bila nak bercuti nanti boleh sangatlah gunakan perkhidmatan tempahan hotel juga flight dari Traveloka. Gitu , tips kononnya. Tapi seriously beb , website ni memang gempak best sesangat!

Macam yang u olls tahu , hotel - hotel yang banyak variasi dari yang bajet motel, hotel biasa-biasa hinggalah ke hotel yang bertaraf 5 bintang. Dan lokasinya pun di merata-rata tempat, di mana-mana ada je hotel, memang banyak u olls. Cumanya bagaimana untuk memilih hotel in KL yang menarik, selesa dan bersesuaian dengan bajet kita.

Begitu juga dengan tujuan asal dan apa tentatif program sepanjang bercuti tu. Lokasi menginap dengan tempat yang bakal dikunjungi tu juga memainkan peranan supaya pergerakkan bersama keluarga mahupun kengkawan lebih teratur. Dan bila semuanya in order kekdahnya , bolehla klik terus ke https://www.traveloka.com/en-my/ untuk membuat tempahan hotel terus. Dah tak payah nak berhubung melalui telefon mahupun e-mel untuk semakan kekosongan bilik. Sekarang semuanya di hujung jari , mudah , murah dan menjimatkan ongkos juga masa je u olls. Yang pastinya, diskaun ditawarkan juga berbaloi. Memang boleh sangat nak berjimat dan kenapa perlu membazir, betul tak? Gitu!


Bila u olls dah masuk ke website Traveloka ni, masukkan destinasi yang dah dipilih berdasarkan tujuan ke KL tadi contohnya seperti BUKIT BINTANG, KOTA DAMANSARA, SUNWAY dan sebagainya. Yang penting mesti lokasi yang tepat. Kalau taip KUALA LUMPUR MALAYSIA pun boleh, cuma nanti senarai hotel nya panjang berjela. Jenuh pening pulak nak pilih yang mana satu. Jadi lebih specific bagi mudahkan u olls terus membuat pencarian dan tempahan.

Seterusnya , u olls masukkan tarikh check in dan duration nights. And lastly terus tekan ‘Search Hotels’. Ty buat contoh hotel di kawasan BUKIT BINTANG. Cer u ols tengok ade berapa total hotel di BUKIT BINTANG, Kuala Lumpur Malaysia. Banyak u ols, 218 hotel tuuu ! Scroll je lah dan pilih la nak yang mana dan berkenan di hati jua mata. Kalau nak terhadkan senarai, boleh lah filter “star rating” tu.


Bila semua dah confirm, guest details dah fill in, next is PAYMENT . Online payment macam maybank2u, cimbclicks, paypals dsb. Bab payment nih, jangan risau lah. In sha Allah , semuanya selamat. Macam kita biasa shopping online tu.

Last sekali, bila Traveloka dah confirm tentang e-payment, u olls akan terima email daripada Traveloka di mana e-voucher tu kena print untuk tujuan check-in nanti semasa tiba di kaunter reception hotel yang di tempah tu. Jangan tertinggal kang tak pasal takde lagi bilik nak menginap pula. Ahaks!!

So u olls, additional tips bile nak bercuti tidak kira ke mana, lepas anda confirm tujuan dan lokasi, kalau boleh, elakkkan lah waktu-waktu puncak, seperti, cuti sekolah, public holiday ataupun based on cuaca.  Sebab waktu-waktu puncak ni la harga pun akan sedikit tinggi. Walaupun I olls bujang mesti nak berjimat juga kan. Opps!

Plan your holiday wisely, early and steady. Jom bercuti bersantai sesama u olls! Let's plan and had a wonderful holiday!

5 comments

  1. Senangnya! Kalau macam ni lagi syok nak gi jenjalan di KL kan ;)

    ReplyDelete
  2. boleh lah jalan kl sesekali.. kl - klang sejam jugak. penat shopping kl, terus checkin hotel je..

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba lagi..tunggu nak travel baru cuba

    ReplyDelete
  4. traveloka nk plih seat kt mn

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.