Bercuti Santai di Bayou Lagoon Park Resort , Melaka

5:16 PM Yanty Lee 3 Comments



Salam uolls ,

Cuti hujung minggu baru ni , Ty dengan kengkawan bujang gi bercuti ala santai di Melaka. Dan kami menginap di Bayou Lagoon Park. Tempat menginap kami ni bukan berlokasi di tengah bandar cuma beberapa minit saja dari exit Tol Ayer Keroh dan hanya 20 minit sahaja dari pusat bandar Melaka.



Kami menginap di Tahiti Villa Apartment di bilik studio yang luas. Lengkap semuanya seperti gambar yang Ty snap. Di sini ada juga Apartment - 2 bilik tidur dan Pangsapuri - 3 bilik tidur yang terletak pada bangunan yang diberi nama Amari Villa dan Tahiti Villa.


Yang pastinya , kalau rasa lapar ada kedai makan Melayu hidangan nasi campur , asam pedas dan western yang murah ada berdekatan sahaja.





Bayou Lagoon Park Resort ini ada taman tema yang mana menyediakan aktiviti reaksi dan bersantai bersama keluarga / kengkawan. 2 bahagian aktivti yang telah disediakan iaitu kawasan basah - Taman Air dan kering pula seperti Dragon Coaster , Bumper Car dan banyak lagi.


Bayou Coffee House memang cozy dan selesa. Juga menyediakan makanan dan masakan tempatan dan tempatan untuk sajian buffet sarapan pagi setiap pagi. Pilihan masakan bagi ala-carte juga disediakan.

Selain aktiviti luar seperti di taman tema air , antara aktiviti lain yang ada juga di Bayou Lagoon Park Resort boleh juga pengunjung nikmati seperti Splashing Water Run dan Magic Art Museum (3D).


Nikmati teater 9D yang dilengkapi dengan laser blaster dan 3D glasses juga duduk di atas kerusi yang bergerak menjadikan teater yang ditonton lebih nampak real.


Di muzium ini , lukisan yang ada nampak real juga! Apa yang menariknya di sini , pengunjung boleh bergambar dengan macam - macam aksi yang menarik.

Bagi yang berminat dan ingin bersantai dengan keluarga / bersama tersayang mahupun kengkawan , bolehlah ke sini nanti. 

Maklumat untuk makluman dan dihubungi bagi tempahan :


Bayaran Kemasukkan
Hari Biasa/Bekerja
Dewasa : RM22.00
Kanak-kanak : RM16.00
Warga Emas : RM11.00 (55 tahun ke atas)

Sabtu , Ahad , Cuti Sekolah & Cuti Umum
Dewasa : RM28.00
Kanak-kanak : RM20.00
Warga Emas : RM14.00 (55 tahun ke atas)

PERCUMA bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah.

Tel: +06-233 0888 | +6013-286 8750

#Water park akan di tutup pada setiap hari selasa kecuali pada cuti sekolah dah juga cuti umum
#Swimming pool di buka setiap hari untuk house guest .

3 comments:

  1. bestnyaaaaaa bila la nak gi bercuti gak ni huhuuuu...

    ReplyDelete
  2. Tempat ni best sangat. Duit masukpun berbaloi dengan fasiliti yg kita orang dapatkan.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen