Gambaran sebenar.
5.00 pagi bersamaan Hari Sabtu di mana sepatutnya masa untuk istirehatkan kepala hotak yang bersirat serabut dan badan selepas pulun kerja 5 hari berturut - turut. Tapi sebaliknya.
Terbawa - bawa dalam mimpi dijadikan mainan tidur. Sebuah mimpi ngeri. Makan ke mandi ke teringat - ingat hal kerja.
Walhal ke Kemaman , Terengganu baru ni hanyalah 2 hari. Tapi kesibukkan kerja yang senantiasa urgent sepanjang bulan September yang hakiki dsb tertangguh. Maka nya , bertimbun menggunung dengan peel bos yang pelik - pelik.
Tangan dikurniakan dua - satu kepala berisi otak. Tapi arahan diterima bukan dari satu bos tapi dua. Melampaunya dua - dua kata nak kerja tu cepat aka URGENT. Ko ghase? Nak marah , jerit , tempik tak? Renungkan bersama yuk.
Memang agak rude sangat dengan semua , malas nak bagi muka. Sedangkan pukul 5 petang jam punch kad loceng bunyi boleh ja angkat pungkoq blah balik tapi ada rasa tanggungjawab lah masih kekal duduk menghadap pc. "Kayuh pelan" siapkan untuk susutkan kerja sampai pejabat gelap gelita tandanya - Sila Pulang ! Tapi bos - bos tak nampak pun effect tu yang tahu esok pagi buta akan tanya , " yang bla bla bla tu dah siap ? dah angkat ke atas ? ". Rasa nak starlight je kat dahi , ingat satu Jabatan ke kerja sama - sama sampai malam.
Manis mulut berbicara hanyalah pada awal dirisik dipinang lepas dah nikah ranap segalanya. Umpama macam tu la , dulu kerja tak berapa la hectic sangat dan bermusim. Kata dan rayu dipujuk untuk tukar desk kononnya orang sebelum ni bermasalah , memang taik je dapat dari awal sampai la sekarang. Najis! Hakikatnya , dipergunakan sebab tak berkeluarga so life kena korbankan untuk kerja , agaknya? Nak keluar bersukan / cuti / kursus dsb mencuka dan berubah mimik muka bos - bos.
Penat mental dan fizikal , masalah nya derang je ke ada masalah luar pejabat dan ada keluarga / kawan ? Aku , takde? Masa sosial dah bertukar menjadi "so-sial" . Makan breakfast pun tak habis , dah kacau nak itu ini , tong sampah tolong habiskan makanan sebab dah spoil mood pepagi. Bawa ke lunch dan dinner jadinya. Sebab sepanjang hari bekerja memang takde rasa aman dan tenang nak buat kerja. Atlast , printer pun protes sampai tak mampu bekerjasama lagi. Tengok , mesin pun tahu penat !
Sia - sia kerja tak dapat apa bila nya OT tak boleh lagi claim. Peruntukkan licin habis kekdahnya. Kononnya boleh claim cuti nanti. Kumpul 6 bulan nya ot 's hours dan bercuti? Mampu kah semua itu berlaku atau ada yang mencuka muka bila permohonan diminta atau terus direject? Tak keperikemanusiaan la kalau ada orang macam ni dengan anak buah. Back up tidak , siap emel konon shoot untuk semua sekian alam tapi Whatsapp tak tuju kat sesiapa. Kalau tak salah tak perlu kot Whatsapp tu. Baru la professional tapi sayangnya lagi tinggi gred jawatan lagi palat. Hilang respect!
Sabtu , semua kengkawan berehat dan berjimba. Siap kata lagi , bangla pun tahu cuti. Tapi takpa , siapkan kerja menggunungkan balik kerja di meja bos. Yang pastinya bila masuk kerja nanti ada saja yang dia nak amend dan reject kerja - kerja anak buah. Janji bukti tak perap kerja.
Chill. Redha.
sabar Ty.. once dah selesai semua cari some space untuk rehat ya.. =)
ReplyDeleteSabar..sesekali perlu juga bersuara...suarakan..tapi sopan dan beralas..lembut tapi menusuk...PC pernah bekerja dan rasa apa yang Ty rasa..kadang nak tengok muka bos pun malas tahap hulk..tapi nak cari rezeki..redhakan je..
ReplyDeletebersabarlah sayang ~
ReplyDeleteJangan lupa rest yang cukup naaa...
ReplyDeletesabar yanty.. itu lah sapa kata orang keja gomen dok relax goyang kaki jer kan.. sekarang kerja memang stress.. tapi suka tak suka tetap kena hadap..huhuhu
ReplyDeleteApa yang penting buat kerja kita sehabis baik
ReplyDeleteTakpe laaa yg pentong kerja dgn ikhlas..kesihatan kena jaga..hati tu pon kena jaga jugak tau..
ReplyDelete