Bila Blogger Main Badminton

12:01 PM Yanty Lee 26 Comments

Salam u olls , 

entri peram dari hari isnin lepas main badminton
Sibuk. Hanya satu perkataan ini yang boleh menjelaskan kenapa blog picisan Ty ni tiada lagi update, dalam tekanan kerja yang sibuk di pejabat Ty hanya sempat melepas geram satu entri sebelum ini yang Ty sesungguhnya Ty rasa sangat lah pissed off

Bertambah kerja hari demi hari , hari silih berganti antara siang dan malam , namun , kerja hakiki Ty cuma jalan sikit ja dan lebih menghulur tangan untuk orang lain. Keadaan di pejabat dah sama cam market. Itu ja yang boleh Ty umpamakan. 

Aik , boleh pula ni update , argh pedulikan Ty rindu blog ni. Kesian terpinggir oleh tuan miliknya. Erkkk

Baru ni , Ty sesungguhnya kusut dan Ty rasa nak bersukan jadi Ty just try and error tanya geng blog dan semestinya Ty tahu Kak Sue yang akan respon Ty , ye la asyik keluar perabih RM makan sana , wayang , karok. Ada lagi faedah keluarkan peluh. Sebenarnya gian nak main bola tampar , tapi tak semua reti. Badminton pon jadilah.

Kak Sue memang melayan adik2nya.

kenapa nama group Whatsapp "Jelajah Pantai Timur" sebabnya baca entri 
Pantai Timur , Aku Datang ! - 1 / 2 / 3 / 4 / 5

Jadi , merujuk kepada tajuk entri , berhasil la juga seruan Ty kali ni bila Kak Sue selaku segalanya , dari sewa high court , beli shuttlecocks , bawa adik - adik nya cari raket dan kasut untuk bersukan. (nampak tak mereka selama ni tak bersukan , omaigod!) Thank You , Kak Sue kerana melayan kerenah sekoq - sekoq tanpa pernah mengeluh.

Alhamdulillah , Ty akhirnya dapat lari. Lari dari kekusutan kerja dan tercapai niat. Isnin lepas bermula aktiviti sihat tapi 7 orang dapat turun ; +Shawn Razaleigh , +Mawardi Yunus , +MK Syahir / fuh.my+qaseh dalia , Mieza , Kak Sue and me.

Sesi kena buli ; ada yang sampai nak jalan pun perlukan wheel car katanya.
 

Otot kejang , terkejut beruk mak yeh  sampai melatah lagu  pop yeh yeh , sakit dan lenguh tak terkata tapi as budak sport dari zaman sekolah , I'm use to it as long the spirit among others make me happy sebab nya Encik Presiden Kelab si Ben Ashaari yang telah menyatukan satu ukhawah yang sangat terindah selama setahun ke dua tahun sudah usianya , kini kami umpama sebuah keluarga bukan sekadar rakan blogger mahupun alam maya yang tak berupa. (Ok, memang Ty hentam mereka-mereka yang ber satatus hidden identiti

Today , I feel so fresh. Semalam sekali lagi kami gegarkan gelangang dengan muka - muka baru dengan sport attire baru yang masih lekat sekelatnya bau dari kedai. Peningkatan ahli baru , presiden kelab turun; +Ben Ashaari  , +fiza fantagirO , abang Lan Marqis Careno & Najeeb Abdullah . Syabas abang - kakak ku! Keep it up! 

Mereka si otai - otai , habis lah Chong Wei.

Memasing ada masalah sendiri , tapi tak terluah semua sangat , dan kami tahu kak Fiza dah ke laut bersama moodnya , 4 orang adik Kak Fiza yang weng lagi sengal sempat buat video untuk ukirkan senyuman di bibir Kak Fiza dan dengar suara dia bila gelak ketawa. Nak tengok video , follow I.G ; fizafantagiro. Ty leh share cover album kami ja. *bajet retis sekali sekala*

♬ Aku yang dulu bukanlah yang sekarang 

26 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Kerja Carca Marba

4:51 PM Yanty Lee 16 Comments


Salam u olls , 

Bengang bercampur kecewa. Itu lah perasaan yang Ty sedang alami sekarang. Tak terungkap dengan kata - kata yang baik dari bibir lagi. Apatahlagi berhadapan dengan situasi dan keadaan yang sangat menjengkelkan untuk tatapan mata.

Bakal 5 tahun akan berlabuh tirai dengan perkhidmatan awam , 

Tiada langsung yang manis sepanjang perkhidmatan itu adalah yang pasti. Dan semua ada yang tersirat tanpa perlu dicoretkan secara umum dan terbuka.

Tapi , 

Pengalaman bekerja - penat ,  lelah , susah , perit selama hampir sekian lama nya ini , hancur luruh dengan duka juga kecewa. Dengan usaha sendiri , bertambah lagi tanpa dibantu sebarang sayap dari kiri mahupun kanan. Kini , dan menjadi bawah tanggungan juga tugasan individu lain yang hanya tahu ucapkan kalimah tak mampu dengan tugasan dipikulnya. 

Beginikah AKU pada usia DIA nanti ? 
Terdetik di lubuk hati , namun hanya seorang sahaja menjadi IDOLA tetap bertakhta di carta teratas - semestinya Mummy yang bekerja dari jawatan bawahan hingga memegang jawatan tertinggi di sebuah kementerian dan berwawasan dalam membuat segala kerjanya sehingga bakal menamatkan perkhidmatannya pada usianya 60 tahun nanti. Dan In Sha Allah , bulan Mac 2014 ini dia akan bergelar seorang penjawat awam yang memegang gelaran "pencen". 

Ya Allah , moga aku dan semua anak - anak nya juga mengikut jejak langkahnya dan tidak memberi sebarang alasan untuk melaksanakan kerja dan akan berkhidmat tanpa banyak songeh

Owh ya , kenapa Ty ada perasaan seperti di ayat barisan pertama , al - kisahnya dulu , kerap balik lewat dari pejabat dan hari Sabtu juga Ahad juga masih bekerja dengan mengemaskini segala fail - fail juga data yang seumpama tidak ada hujung kepala dan kaki bila mula memegang tanggungjawab untuk tugasan itu. Jenuh! Sangat! Bujang bukan menjadi alasan untuk senang la boleh nak fokuskan pada tugasan ni, kenapa status bujang tu tak ada kehidupan ka di mata bukan bujang , si bujang ni tak da kampung halaman di mana masih ada kedua orang tua untuk dijenguk , fikirkan sejenak! Mohon sekali lagi untuk fikirkan secara perikemanusiaan sedikit.

Disebaliknya , al - kisahnya kini , tugasan yang mudah sahaja menjadi rumit di tangan yang 0 knowledge nya , Eh! Dulu pun sama juga 0 , belajar dari 0 juga dan rasa nak belajar dan kerja dengan ikhlas maka bercoraklah juga hasil kerja yang dari 0. Tapi , hasil titik peluh ntah la berbau tengit ke tidak, menjadikan rasa bengang bila melihat keadaan susunan yang telah gigih tersusun dengan sistematik mengikut kateria yang lebih mudah difahami menjadi seperti penyangak mengeledah , rasanya si tongkang buruk yang pecah pun masih ada rupanya. Hati mana tak kecewa , usaha yang dibuat selama ini dah seakan sampah masyarakat yang bersepah di kaki jalanan. 

Cuba lah letak diri ditempat ni , dan alami keperitan itu.


Bukannya dengan semudah antara masuk dalam dan mengeluarkan kata manis demi kepentingan sendiri yang akhirnya akan berpaling tugasan pada si petugas asal tetapi dengan keadaan yang bukan seindah bubur char - char tapi amat carca marba rupanya.


Zalim kah entri ini , atau si manusia yang sekejam bertopengkan manisan ladhu pun kalah nikmatnya.

nota tapak kaki ke muka : Usia dan status bukan ukuran tugasan kerja tapi ikhlas untuk melaksankannya tanggungjawab yang diamanahkan.

16 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Air Asia : 1 Million Free Seat

2:14 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Check this out , u olls! Feel like free to stay tuned this coming 17th midnight and stood up to grab the chance to get those free tickets. So all the best.

Ty?

Guess , Naah , but if there anyone are willing to do so for me , I am so glad. Only a " thank you" from me to you. Yes , I am quite busy , but some how actually I also do need a vacay but too bad , I can't plan it for the moment. Need some fresh air to breathe , I wish. Enjoy the grabbing of free tickets ya u olls , and enjoy the trip also the holiday. Just get me a fridge magnet would do. It's not funny , I am serious here. The only souvenir I ask for.  


6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Flora Kafe AmpWalk

2:37 AM Yanty Lee 28 Comments

Salam u olls ,

Kali ni Ty nak kongsikan detik - detik yang ala romantik di sebuah restoran yang superb mak eh! bapak superb (argh mana - mana pun boleh la kan u olls) sewaktu sedikit "kerja" bersama crew Oh! Media di situ. Ha , u olls mesti suka tempat ini.

Pengambaran shooting aka "kerja" Ty dan rakan blogger lain bertempatkan di Flora Kafe  , yang terletak di bangunan The AmpWalk , Ampang. Sejak bila jadi retis? Extra ja u olls , ahaks , abaikan dengan "kerja" tu yang pasti nya , tempat makan Ty pergi kali ni sangat - sangat MALATOPS kau! Tak taw lagu mana nak habaq mai lagi dah.

Meh beliaq sikit biji mata u olls tu , tengok betapa cun melecun deco di kafe ni , kalau ada yang ternganga , mohon kerjasama untuk lap aiyak liur sebelum meleleh nah. Yucks!





Antara rakan blogger yang baru sahaja Ty kenal pada hari kejadian tapi mereka sangat mesra alam seantero dan tak terasa baru kenal untuk beberapa jam ; Mira - Tya - AyuJean.



Nak juga tempek muka tuan belog ; boleh kan?

Maka nya , u olls - amacam ??!

Flora Kafe | menyediakan sajian makanan tradisional masakan Melayu yang berkonsepkan pakej makan berhidang. Dan ada juga masakan dan makanan ala - carte. Terbuka kepada semua jenis lapisan golongan masyarakat.

Antara Pakej Makan Berhidang yang disediakan ; 

  • Anggerik *maksimum untuk 10 orang* ; RM400+
  • Teratai *maksimum untuk 4 orang* ; RM200+
  • Kemboja *maksimum untuk 2 orang* ; RM100+

Menu yang disajikan semestinyalah Nasi Putih , Asam Pedas Johor - Ikan , Ayam Goreng Berempah ,  Daging Kicap , Sambal Udang , Sayur Kailan Ikan Masin  dan juga minuman .

Pelanggan boleh membuat tempahan untuk sebarang jenis majlis yang bakal diraikan bersama dengan tersayang , keluarga juga sahabat bersempenakan sambutan hari dan tarikh yang penting lagi bermakna. Cuma perlu maklumkan pada pengurus restoran kafe sahaja , pasti detik yang bersejarah itu nanti akan tersemat dan diabadikan sampai bila - bila. Jangan lupa ajak I olls , hokeyh. Eh sibuk pulaks , ampun.

Apa pun , u olls ! Makanan kat sini sangat sedap dan ternyata hancur diet Ty sebab tergoda dengan masakan yang sememangnya semua pasti ada rasa , tak kurang garam gula atau terlebih. Kenyang membulat perut u olls. Tak caya , cuba tengok gambar dari lensa Ty , pasti mengeliurkan punya la.








Hamek kau! Tengah hadpate ni pun boleh kecoq aiyak liyoq Ty , lapar teruih la perot cheq. Haru biru aih macam ni , tak boleh jadi ni. Jom pakat buat ramai kat Flora Kafe , makanan tip top dan berbaloi - baloi. Takkan balik dengan rasa kesal , pasti menjilat jari jemari.

Petang tu , Ty rasa sangat bertuah , bukan saja ditaja untuk makan di kafe yang sangat meninggalkan nostalgia juga penuh berjuta kenangan kerana Ty berpeluang berjumpa , berkenalan , apatahlagi makan semeja bersama pelakon filem Hoore! Hoore! ; Nurfarah Nazirah . Cantik dah dia sekarang , dan tidak lagi semontel dalam filem tu.


Ha ini la pelakon yang Ty maksudkan , sangat friendly dan selesa sangat berbual dengannya , tak rasa macam jumpa artis pun. Kelakar nya , dia bahasakan diri dia "kakak" - Ya Allah , nampak I olls muda sangat ke U olls? I superb LOIKE! Hehe.

Ok u olls , kalau berminat untuk ke kafe ni , boleh contact Mell - 03 2161 8010 /  017 302 4112 dan boleh klik LIKE ramai - ramai di FB page ; Flora Kafe pastu check it out yourself for more updates yang terkini pasal kafe ni. 
Lokasi Flora Kafe
Lot G.02-G.05 , Ground Floor ,
The AmpWalk ,
218 Jalan Ampang ,
50450 Kuala Lumpur.

Selamat menjamu selera di Flora Kafe dan bergembira bersama yang tersayang u olls !

28 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Glow Shape by Secret Beauty

9:33 PM Yanty Lee 6 Comments

Salam u olls ,

Baru - baru ni , Ty dan rakan blogger lain berpeluang untuk bersama - sama meng'review'kan satu lagi produk baru di pasaran. Produk yang Ty maksudkan ni adalah GlowShape dari Secret Beauty.



GlowShape merupakan sejenis losyen yang kaya dengan L-Glutathione ,  Vitamin E , Oreochromis Collagen  , SPF25 , Pure Stem Cell dan Pure Marina Collagen . Dan losyen ini sangat harum. Antara fungsi dan kegunaan losyen ini adalah ;

  • Mengurangkan masalah lemak degil berlebihan
  • Melangsingkan dan memberikan bentuk badan yang ideal
  • Mencerahkan dan mengebukan kulit
  • Melindungi kulit daripada sinaran UV
  • Mengurangkan masalah selulit
  • Mengurangkan masalah jerawat
  • Membuang toksin
  • Mengurangkan kesan parut dan pigmentasi
  • Melembutkan kulit kering
  • Membantu memperbaiki tisu - tisu yang rosak

Pendek kata , losyen GlowShape ini serbaguna - semua dalam 1 botol. Ramai pengguna yang telah mencuba produk ini dan hasilnya sangat memberangsangkan. Dengan hanya menggunakannya dalam masa 7 - 14 hari , pengguna telah pun nampak hasil yang sangat luar biasa. 

Anda / U olls , bila lagi? Cubalah , pasti berbaloi dan berpuas hati.

Produk ini adalah berdaftar dan telah mendapat kelulusan daripada pihak KKM. Berminat ? Dapatkan nya sekarang. Kandungannya 200ml sebotol dengan harga nya RM80/- (W/M) | RM85/- (E/M) | $35/- (SGD/BND) sahaja dan ini termasuk dengan kos penghantaran.

Untuk maklumat yang lebih lagi dan berminat untuk mencuba , anda / u olls boleh la ke laman sosial FB : Secret Beauty Malaysia (klik) atau laman web rasmi Secret Beauty di Secret Beauty (klik) .

Ayuh ! Dapatkan dan cubala sendiri , Ty pasti U olls akan juga sangat berpuas hati dengan hasilnya nanti.

No more worries of fatness nor dull skin , only with GlowShape !

6 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mini Open House Putrajaya 2013

10:54 PM Yanty Lee 38 Comments

Salam u olls , 

Juga Salam Merdeka ke 56 ,  Malaysian ! Eh , tak lupa juga , Welcome September yaw! And please wake me up when September ends. Ahaha.. macam gitu pon hado.

Busy - tergendala dengan banyak entri untuk dihadpatekan , apa boleh buwek , kerja bertingket - tingket yaw. Selain kerja di opis , penuh dengan agenda dan aktiviti bersama rakan blogger terutamanya. Tapi walaupun konon bajet busy kalah pemimpin negara , Ty curi masa untuk buat "mini open house" untuk rakan blogger dan kenalan rapat sahaja yang ada di sekitar Putrajaya juga KL pada Sabtu lepas ; 24 Ogos 2013 bersamaan dengan Syawal ke 17.

Paling berterima kasih pada mummy Ty sebab sanggup masak untuk majlis yang mini bagi Ty tapi kata mummy , ramai juga kawan Ty hampir 30 orang.. sebab rumah macam sardin dalam tin , pack gegiler , yo lah , ghumah kuarters je u olls , bukan macam ghumah kat Penang , bertingket dan ada padang - compound.

Tarak pa dah aih nak taip , meh tengok gambar sardin - sardin hat mai ghumah Ty , kecian ampa tapi seronok dapat gather ramai - ramai walaupun hakikat Ty sendiri tak tahu nak melayan hat mana satu. Boleh ka cam tu , maafkan Ty nah semua.



Dan terima kasih juga pada semua rakan blog , rakan sekolah  dan sekerja yang sudi meriuhkan dan menghabiskan semua hidangan yang mummy Ty masak , lega hati Ty kalau dak mau mampuih kena bebelan sebab dak abis kan. 


Hanya mampu hidangkan Nasi Tomato  , Ayam Masak Merah , Dalca Daging , Daging Masak Hitam  , Kerabu & Satay Kajang juga kuih muih raya yang simple.

Danial Muzaffar dan Mawardi Yunus - apsal ko senyum sambil peace cengitu Di?


Ahaaaa , mummy konon nak umpan si bam bam Qhaliff dengan duit raya tapi sayangnya tak berhasil. Dia dan kepenatan beraya sakan dari awal pagi ke Sedenak di rumah Pak Cik Mat Gebu tu , bebai sungguh bila apa dia mau ada saja yang halang dan tak bagi. Tapi puas hati dapat gomoi dia.

Sekali lagi , Terima Kasih semua ; +Ben Ashaari dan family ,  +Mawardi Yunus  dan Faiz , +qaseh dalia dan  Kyle  , +fiza fantagirO , Weeda , Abe WMA (Hubby Kak Fiza) , +Dik bee  , +Shawn Razaleigh `, +Que Achmad , +Kaki Sembang , Kak Sue Izza dan Abang Eddy , Mieza , Najeeb ,  Cikali , Nick Eima  , Kak Fazila dan family dan Affida dengan geng U nya. Dan juga MAAF kiranya ada kekurangan dari Ty dan keluarga serta hidangan yang dijamukan.

Tahun depan mungkin no more open house , sob sob sob .. kenapa biarlah menjadi tanda tanya pada u olls , kejam dak? Lalalalala... selidik la sendiri nooo.

By the way , pada yang jemput Ty ke open house dan Ty tak dapat balas kunjungan , Ty minta maaf kerana Ty agak sibuk , in sha Allah tak open house pun nanti Ty terjah ghumah ampa nooo. Aci dak cenggitu?

38 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen