Orang beriman masuk syurga tanpa hisab

4:52 PM Yanty Lee 0 Comments




Orang beriman masuk syurga tanpa hisab



RASULULLAH SAW adalah manusia pertama masuk syurga, sedangkan umatnya adalah umat yang pertama antara umat Nabi lain yang masuk syurga. Dalam hadis disebutkan bahawa Abu Bakar adalah orang yang masuk syurga selepas Rasulullah SAW. 

Diriwayatkan daripada Anas bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku 

mendatangi pintu syurga, lalu aku memintanya untuk dibuka. Malaikat yang bertugas menjaga 
pintu syurga bertanya: Anda siapa? Aku menjawab: Muhammad.
Lalu, ia berkata: Aku diperintah supaya tidak membuka pintu syurga untuk siapa pun sebelum 
anda.” (Hadis riwayat Muslim) Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang 
bermaksud: “Malaikat Jibril mendatangiku seraya memperlihatkan pintu syurga yang akan 
dimasuki oleh umatku. Lalu, Abu Bakar bertanya: Ya Rasulullah, saya senang jika saya boleh 
melihat bersamamu! Rasulullah menjawab: Wahai, Abu Bakar, engkau adalah orang yang 
pertama masuk syurga dari umatku.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Golongan pertama yang akan 
masuk syurga, wajahnya nampak seperti bulan pada malam purnama, mereka tidak meludah tidak 
ingusan, tidak buang air kecil, dan tidak buang air besar, mereka dibuat dari emas. Aroma 
dupanya harum seperti dupa India. Aroma peluh mereka seperti wangian. Setiap orang 
mempunyai dua isteri yang sumsum betisnya kelihatan di balik dagingnya kerana kecantikannya. Tidak ada perbezaan pendapat di antara mereka. Mereka tidak saling dengki satu sama lain. 
Mereka bertasbih kepada Allah, setiap pagi dan petang.” (Hadis riwayat Ahmad, Bukhari dan 

Muslim) 
Sudah dikemukakan hadis mengenai orang yang akan masuk syurga tanpa hisab (penghitungan). 

Mereka adalah orang yang bertakwa dan beramal soleh. Mereka beriman kepada Allah hingga 
sampai pada darjat takwa tinggi seperti mana mereka sampai pada darjat amal soleh yang tinggi. 


Merekalah orang yang tidak akan dihisab amalnya. Mereka juga tidak akan ditimbang, tidak ada 

buku amal, kecuali buku bertuliskan: Lulus kerana Allah dan Rasulullah SAW. Di antara kurnia, kenikmatan dan kemuliaan Allah bahawa Dia menganugerahkan kepada 
Rasulullah SAW pada setiap satu orang dari yang 70,000 itu membawa 70,000 orang pula. 


Daripada Abu Bakar, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Aku dianugerahi Allah 70,000 

orang dari umatku masuk syurga tanpa hisab. Wajah mereka nampak seperti bulan pada malam 
purnama. Hati mereka semuanya sama. Lalu, aku memohon tambahan kepada Allah dan Allah 
menambahkan untukku setiap satu orang menjadi 70,000 orang.” (Hadis riwayat Ahmad dalam 

Musnad dengan sanad yang sahih). 

Golongan orang yang akan masuk syurga tanpa hisab adalah golongan yang sifatnya disebutkan 

dalam surah Al-Waqi’ah. Allah memberi sifat kepada mereka sebagai orang-orang yang beriman 
paling dahulu dan mereka didekatkan kepada Allah di syurga. Mereka adalah segolongan besar 
dari orang-orang yang terdahulu dan segolongan kecil dari orang-orang yang kemudian. Kepada 
mereka, Allah telah menanamkan kemuliaan, cinta takdir, dan keagungan. Mereka adalah cermin 
dalam iman, amal kebaikan, jihad, ilmu, anugerah, kelembutan hati, cinta, kesempurnaan, akhlak, 

dan keagungan. 

Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang yang paling dulu (beriman), merekalah yang paling 

dulu (masuk syurga), mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah), berada dalam syurga 
kenikmatan segolongan besar dari orang yang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang yang 
kemudian.” (Surah Al-Waqi’ah, 10-14).

Buku Bidadari, Syurga dan Penghuninya


0 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen