Bangkitnya Usahawan Kerana RichWorks

Sunday, January 23, 2022

 

Bangkitnya Usahawan Kerana RichWorks


Salam uolls!


Ty rasa semua pembaca blog sedia maklum yang negara kita sejak dua menjak ini dilanda dengan pelbagai jenis ujian. Dari datangnya virus Covid-19 yang sudahpun memakan hamper 2 – 3 tahun dan paling mengejutkan pula penutup tahun 2021 yang lepas ramai sahabat dan keluarga kita terlibat dengan musibah banjir yang sangat dahsyat.


Segala yang terjadi ini sebenarnya telah memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang mempunyai perniagaan , tidak kiralah bagi mereka yang berniaga secara kecil-kecilan atau bisnes yang besar. Tidak lupa juga bagi sesetengah mereka yang dahulunya menerima pendapatan lumayan tapi dek kerana kesan pandemik yang sering membuatkan pihak Kerajaan terpaksa mengeluarkan arahan Perintah Kawalan berperingkat telah mengakibatkan mereka ini terpaksa diberhentikan kerja secara drastik.



Dengan kehadiran pihak RichWorks yang telah hadir untuk membantu golongan usahawan terkesan ini bagi meringankan beban yang dihadapi mereka. Ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik bagi mendorong mereka untuk tidak terus hidup dalam kemurungan malah bangkit untuk berjaya walaupun bukan mudah untuk lalui apa yang telah berlaku.


APA DAN SIAPA PULA RICHWORKS?

Ty percaya kalau sebut nama syarikat Richworks ini ramai yang tidka kenal atau tahu mahupun seperti pernah dengar tetapi jika Ty sebut nama si pengasasnya pasti ramai yang kenal. Tak lain dan tak bukan  ; Datuk Wira Dr Azizan Osman.


Untuk makluman semua , RichWorks International Sdn. Bhd. bukanlah sekadar sebuah syarikat bisnes atau motivasi semata seperti sedia lihat di kaca tv atau media social ye. Kerana syarikat ini sebenarnya juga banyak cabang yang mereka kendalikan.


Datuk Wira Dr Azizan Osman dan seramai 31 ahli keluarga juga dijangkiti Covid-19 , dan yang menyedihkan pula ibu mertua beliau telah meninggal dunia akibat Covid-19. Dikatakan juga Datuk Wira Dr Azizan Osman sendiri dimaklumkan oleh pihak doktor yang beliau tidak mempunyai sebarang harapan untuk sembuh.



Kuasa Allah dan berkat doa, Alhamdulillah beliau semakin beransur pulih dan sihat. Dan bagi beliau seperti diberikan peluang kedua oleh Allah SWT untuknya. Dan dengan peluang ini , beliau ingin terus memberikan lebih dan sebaik mungkin untuk mereka golongan usahawan dari segi bimbingan daripada beliau sendiri.



Begitu juga dengan fenomena banjir , pengasas ini sendiri terlibat tetapi pastinya beliau tidak tersungkur begitu sahaja malah lebih bersemangat untuk bangkit dan membantu mereka di luar sana untuk sama-sama bangkit.


PELBAGAI PROGRAM UNTUK USAHAWAN

Kira – kira 7 program percuma bersamaan 98 jam telah dijayakan dengan bimbingan beliau dari segi tunjuk ajar dan kekuatan dalam soal keusahawanan buat mereka golongan usahawan. Lebih menariknya dengan hanya 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya oleh pihak RichWorks ini telah berjaya membantu seramai 605,000 orang usahawan sepanjan tahun 2021.


KEPRIHATINAN RICHWORKS DIANGKAT DALAM DEWAN RAKYAT

Satu perkara yang boleh dibanggakan adalah apabila salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) telah mendapat perhatian dan pengiktirafan oleh pihak kerajaan di mana telah disebut ketika bersidangnya di dalam Dewan Rakyat bahawa menjadi sebagai rakan kolaborasi bersama Kementerian Pembangunan Wanita , Keluarga dan Masyarakat.



Sementera itu , Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks ; Radz Mohd. juga memberitahu , pihaknya tak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell.



Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr.Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk bantu lebih 2,000 keluarga.”


“Tidak berhenti di situ , sumbangna kilat berjumlah RM500,000.00 dikumpulkan daripada usahawan kami dan RichWorks sendiri dalam 24 jam bgi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu,”ujarnya.



Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli titanium dan Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban kali ini.



Selain itu , ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


FROM ZERO TO MILLION!

Sejak mula ditubuhkan hingga ke hari ini pihak RichWorks masih terus mendapat perhatian dari ushawan dari dalam negara.


Buktinya apabila boleh dilihat pada tahun lalu turut menyaksikan jumlah keseluruhan peserta mentor RichWorks ; Titanium , Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 billion.






Bagi ahli RichWorks Titanium sahaja iaitu seramai 312 usahawan telah berjaua menghasilkan sejumlah RM3.2 billion , RM495 juta dari 519 ahli Spire dan akhir sekali bagi 1,024 ahli EliteX dengan jumlah RM46.9 juta.


Melalui program bimbingan Spire , RichWorks telah sediakan didikan dan tamparan semangat yang sangat hebat kepada para usahawan dengna pencapaian jualan mencecah RM1 juta pertama dalam masa setahun dan seramai 72 usahawan berjaya mencapainya.


Malah bukan setakat itu saja , seramai 77 jenis perniagaan di bawah bimbingan RichWorks turut mencapai jualan lebih RM10 juta , 5 perniagaan (RM50 juta ke atas) dan 5 perniagaan (RM100 juta ke atas) pada tahun 2021 itu.


LEBIH LANJUT TENTANG RICHWORKS

RICHWORKS dikenali dengan segi penjenamaan , pemasaran dan kepimpinan untuk sesebuah syarikat. Ia merupakan sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya ketika ini di Malaysia.




Menerusi Master Coach Azizan Osman telah berjaya melatih lebih 10 ribu syarikat dan lebih menarik daripada 1.5 juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar secara live dan secara atas talian. Serta RichWorks memberi tunjuk ajar dalam strategi perniagaan dan program mentor dengan membantu membentuk ribuan usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6-24 bulan.


Visi RichWorks untuk menjadikan seakan “Netflix” Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang tahun 2025 nanti.


VIDEO PERJALANAN DAN PERJUANGAN RICHWORKS TAHUN 2021




Mai saksikan sendiri guys , video perjalanan dan perjuangan RICHWORKS dalam usaha sepanjang tahun lalu.


Okay ada juga pernah terfikir dan ingin tahu sebenarnya untuk sertai program Dr Azizan Osman ni berapa kos penyertaan , rupa-rupanya PERCUMA gais!




Untuk makluman lebih lanjut boleh dapat terus di laman web rasmi RichWorks – www.richworks.com


Semoga buat kalian di luar sana yang diuji dengan apa jua masalah , Ty harapnya korang boleh bangkit kembali dan mungkin dengan sertai Dr.Azizan Osman ini boleh berjaya dengan sukses. Amin.

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.