BUKAN SEKADAR KEDAI CERMIN MATA - OPTOM EYECARE BANGI

Tuesday, September 28, 2021

Salam Uolls ,


Gais , baru ni Ty dah ke OPTOM EYECARE Bangi. Sebelum ni asyik tengok kawan - kawan sahaja yang pergi dan dengar cerita dan pengalaman mereka sendiri. Jadi bersemangat dan nak juga buat cermin mata baru sebab Ty mula pakai cermin mata 4 tahun lepas bila sedar ketika memandu waktu malam tak tahan dengan silau. Arwah mummy la bawa Ty ke kedai cermin mata dan buat cermin mata pertama. Dan kali ini adalah buat kali kedua untuk cermin mata kedua.

KENAPA NAK CERMIN MATA BARU?


Okay , sejujurnya mestilah sebab dah 4 tahun dan Ty percaya semakin meningkat umur mata pun Ty dapat rasa dah tak sejelas zaman muda. Tambah pula musim PKP , kerja di rumah bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Penggunaan komputer riba dan telefon bimbit melebihi 24 jam. PKP ni memang rata -rata semua di kalangan kita tidak lagi tidur mengikut jadual sebelumnya , semua lari.

PERIKSA SILAU DAN RABUN
Ty pilih untuk ke OPTOM EYECARE Bangi sebab banyak review memang ini bukan sekadar kedai cermin mata biasa. Walaupun bukanlah juga sebuah klinik mata tetap pakar mata yang memeriksa mata kita akan periksa secara mendalam dan terperinci.

Bilik Pemeriksaan Mata

Pelbagai jenis kanta untuk pemeriksaan manual yang tengok huruf - huruf dari saiz besar hingga kecil

Ty di minta untuk pakai "spek" ini untuk pemeriksaan secara manual


Ini "spek" yang perlu kita pakai bagi pemeriksaan mata dengan jelas di gambar uolls boleh lihat power silau Ty berapa dan memang mata sebelah kanan Ty sahaja yang bermasalah. Alhamdulillah mata sebelah kiri boleh melihat dengan jelas. Ty sendiri pun terkejut dan teruja pula. Tertanya juga kenapa mata kanan je yang bermasalah.


Pakar di sini juga akan sekali lagi memeriksa mata kita dengan alat mesin canggih ini untuk membuat perbandingan. Rasanya semua sedia tahu tentang alat mesin ini jika ke mana-mana kedai cermin mata untuk pemeriksaan mata. Keputusannya similar dan memang masih bermasalah kesilauan pada mata sebelah kanan Ty.


Mesin ini pula lebih kepada pemeriksaan mendalam tentang pandangan titik tengah dan tahap kesihatan.
Ada 3 jenis alat mesin untuk pemerikasaan mata yang menyeluruh.  Alat mesin terakhir ini memang mencabar untuk Ty kerana Ty perlu tahan mata tanpa berkelip mata serta perlu memandang pada satu titik di tengah. Berair mata gais! 


Alat mesin yang disediakan untuk pemeriksaan ini juga dapat membantu kita untuk periksa mata menyeluruh. Ada yang boleh jelas nampak ada selapuk yang menhampiri bola mata , saraf yang makin menipis , simptom atau tahap catarct juga tahap kolestrol pada lingkaran mata berwarna putih.


Ini mata Ty gais. Abaikan la ye bulu - bulu mata yang bersepah tu. Okay bila pakar maklumkan "white ring" itu selalunya merujuk kepada tahap kolestrol dan sekiranya macam Ty yang tak pernah buat fully check up atau tahu bahawa Ty ada ke tidak sakit darah tinggi atau apa - apa boleh la Ty merujuk dengan pihak hospital untuk lebih lanjut. Menurut pakar mata ini , lingkaran putih pada mata Ty masih boleh dikawal. Alahai , kena jaga makan dan minum sudah. Makin berusia la katanya. PKP baru ni semua makan minum asyik pesan dari Food Panda / Grab. Jom uolls amalkan hidup sihat , tengok ni dari mata sahaja boleh detect sakit apa.


Pemeriksaan bola mata menyeluruh ini juga dapat membantu kita tahu keadaan saraf pada mata kita sendiri. Jangan buat main ye uolls, saraf ini penting boleh jadi pembuluh saraf sampai jadi buta kalau salah langkah. Ty sendiri terkejut dengar cerita dari pakar mata di sini. Jadi jangan pandang remeh jika penglihatan mula kabur atau apa sahaja, cepat dapatkan pemeriksaan untuk merawat sebelum terlambat.

Kos pemeriksaan mata di sini RM150 tetapi sekiranya uolls memilih untuk membuat cermin mata dengan OPTOM EYECARE Bangi , bayaran pemeriksaan di kira wave.

Jenis - jenis kanta dengan warna mengikut masalah kita

Kita akan diberi penjelasan mendalam untuk penggunaan kanta yang sesuai untuk buat cermin mata bagi penggunaan rutin seharian kita. Macam Ty memang Ty disyorkan untuk kanta Blue Ray Protection. Semestinya kerana ia boleh melindungi mata dari gelombang cahaya biru (UV Blue) yang banyak terpancar dari paparan digital berskrin seperti komputer atau handphone. As Ty memang bekerja di pejabat menggunakan komputer / komputer riba dan kerap menghadap telefon sahaja. Zaman teknologi la katakan. Buay yang kenal Ty, sedia maklum yang Ty ada sahaja TV (pemberian arwah mummy) tapi Ty tak tengok pun.

BESPOKE


OPTOM EYECARE Bangi ini tidak menjual cermin mata semata - mata tetapi apa yang menjadi sebutan dan "signature" di sini ialah dengan adanya cermin mata 'bespoke' di mana ia adalah custom made.

Cermin mata 'bespoke' ini adalah di buat khas untuk kita sendiri setelah proses pemeriksaan mengenai mata yang mana bersesuaian dengan kondisi keadaan mata kita. Yelah , kalau buat certain cermin mata tak kena dengan si pemakai atau wajah kan, jadi why not uolls pun cuba.


PILIHAN JENAMA
Di sini juga uolls boleh pilih cermin mata dari pelbagai jenis pilihan berjenama seperti Nike , ZARA, Lee, Rayban , Oakley, Adidas , Coach , Bonia , Sembonia , Revlon , Swarovski , Celine Dion , Alain Delon dan banyak lagi.

Menjadi pilihan Ty sebab warna merah hitam (favourite) dan nak tukar bentuk dari segi empat ke booolat!

Memang jadi rambang mata sebab tak tahu nak pilih mana satu , apapun mestilah pilih bersesuaian dengan bentuk muka kita sendiri.

Seronok dan selesa serta jelas bila ketika bekerja melihat komputer di pejabat.

Untuk makluman  , OPTOM EYECARE mempunyai 2 cawangan iaitu ;
OPTOM EYECARE Bangi
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi , 43650 Bangi , Selangor (Berdekatan Marrybrown)

OPTOM EYECARE Kedah
No.17-GF , Taman Bandar Baru Mergong , 05150 Alor Setar , Kedah.
Tel : 011-10641167

Untuk maklumat lebih lanjut boleh dapatkan di ;

Dapatkan rawatan di OPTOM EYECARE Bangi sendiri untuk merasai pengalaman rawatan dengan pakar mereka.

1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.