MESTI CUBA! 20 Menu Sedap Di Campur - Campur Kitchen , D'Pulze Cybejaya

Saturday, July 11, 2020

Salam uolls ,

Masih lagi di musim PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) dan saban hari kita sentiasa dimaklumkan dengan jumlah kes harian dan ucaplah Alhamdulillah kerana kebanyakkan kes sudah pun beransur sedikit demi sedikit. Just a little more to win. Insya-Allah. #kitajagakita

Dan dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak berwajib , Ty percaya ramai sudah pun berani melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarga dan sahabat di luar. Sudah semestinya salah satunya adalah sesi "Gantung Kuali & Senduk" buat si ibu terutamanya. Yang mana ingin menikmati pula makanan dengan citarasa lain di restoran.

Tapi tak tahu nak ke mana?
JOM KE CAMPUR - CAMPUR KITCHEN , D'PULZE CYBERJAYA!

Restoran ini memang menjadi "port" Ty juga bila makan dengan kawan - kawan , sebab harga dia dengan portion adalah sangat berbaloi. WORTH IT!
Kenapa Ty ajak uolls makan dan cuba makan di sini? - Sebab restoran ini menyajikan pelbagai hidangan menu seperti masakan dari Melayu , Indonesia , Cina , Western dan sebab itulah namanya di beri Campur - Campur Kitchen. Di sini uolls boleh makan bermula dari brunch , lunch dan dinner. Tempatnya sangat selesa dan dekorasi restoran ini juga unik , malah penyediaan makanan yang dihidang juga dalam dulang manakala bagi minuman yang dengan nama boomastic juga datang dengan bekas yang pelbagai keunikkan.

A worth place for Instagrammers to capture their moment and of course #OOTD too.

Bukan nak puji lelebih tapi memang Ty recommended sangat untuk uolls pergi dan cuba, ye! Okay sudah dengan puji pujian tentang restoran ni , meh Ty kongsikan apa yang 20 Menu yang mesti uolls cuba di Campur - Campur Kitchen ni ;

Starters




Kecut pula air liur Ty bila tengah edit & update entri ni , teringat -ingat. Sedap uit!

Main Course
















Macam - macam kan menu yang ada di sini, dengan setiap main course yang ada nasi akan datang bersama sambal , kepak ayam dan ubi kentang berkuah kari.

Ternyata satu menu ini akan membuatkan uolls kenyang tersandar. Buat mereka yang tidak makan big portion , Ty suggest untuk berkongsilah dengan tersayang. Daripada membazir kan?

Selain makanan yang ada , pelanggan juga boleh menikmati free flow PopCorn dan Salad yang sentiasa terbuka di satu sudut dalam restoran ini. Jadi bolehlah kunyah - kunyah sesambil berborak dengan keluarga / kawan sebelum pelayan menghantar makana yang di pesan. Servis perkhidmatan di sini juga cepat dan bagus.

Eh sebelum uolls semua berhenti baca entri blog Ty ni dan serbu ke sana , jangan lupa juga ye untuk pesan minuman yang boleh buat uolls kembung perut dengan air. Ha, meh tengok kepelbagaian uniknya air yang ada di sini ;


Ok , buat uolls yang tak tahu nak makan kat mana tak kisahlah bila-bila, boleh lah cuba makan di sini. Dan untuk makluman ada 20% potongan dari pukul 3 petang hingga 6 petang.

Selamat serbu ke sana dan menikmati makanan uolls di :-


Campur - Campur Kitchen
D'Pulze Shopping Mall Cyberjaya
03-83224848

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.