Ke Tanah Aina Fahad , Raub Lagi!

Monday, July 27, 2020


Salam uolls,
Ingat lagi tak entri sebelum ni Ty ceritakan yang Ty tour ke beberapa daerah di negeri Pahang. Ye, next daerah is Raub.

KALI KEDUA KE TANAH AINA, FAHAD


Ya, merupakan kali kedua tapi kali ni lebih kepada istirehat sambil menikmati keindahan ciptaan Allah yang sangat indah dan menenangkan  jiwa kacau Ty.

Pada malam pertama dari meronda di Bentong, Ty menginap di sini. Jadinya makan malam Ty juga di sini.


MEWAH!
Hancur plan nak control makan dan diet. Tapi kalau tak makan semestinya akan menyesal dan rugi gila.

Nikmatnya dapat makan durian!

Sebelum mandi dan masuk tidur, sempatlah layan kengkawan main ping-pong dan karum. Okay, karum ni memang noob, stress kawan semua nak ajar and layan.

TIDUR DALAM GLAMPING


Ya, masa datang sebelum ini pun tidur dalam glamping. Sama sahaja seperti dulu. Tak da apa sangat yang berubah.



Seperti sebelum ni, tandas & bilik mandi untuk guest glamping macam di asrama tetapi luar dan selesa untuk bersihkan diri. Lega dan rasa sangat segar selepas seharian berjalan ke sana sini.




Lepas mandi dan solat, ikutkan nak lepak borak sambil hirup secawan kopi tapi hujan lebat. Jadinya, katil dan tilam di dalam glamping dah menyeru untuk tidur. Nyaman betul tidur malam tu dan tak ada sedikit rasa takut atau terasa ada gangguan pun. Jadi, bila pergi tempat orang dan bukan selalu pergi kenalah jaga adab dan kata tutur bila berbicara. Insya Allah, dengan izin Allah semua selamat.

Sumpah gais tak puas tidur, dah Subuh. Bangun, solat, mandi bersiap dan makan sarapan pagi sebelum bertolak untuk misi terokai daerah Kuala Lipis.


Nak jadikan cerita, esoknya sebelum balik ke Kuala Lumpur kami ke sini lagi untuk makan tengah hari dan mandi manda di sungai.


Memang lupa diri juga la masing - masing walaupun dah tua bangka  semuanya. It's really a relief the stress out moment.


Pengalaman gais! Jadi buat uolls yang nak bawa famili ke sini sangat la boleh juga bagi aktiviti kursus ataupun teambuilding sangat disyorkan. Nak tahu lebih lanjut mengenai apa pakej yang ditawarkan boleh klik di sini - http://www.tanahaina.com/fahad/ .

Tak rugi gais datang sini. Mesti puas hati.

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.