Resepi Ayam Bali

Monday, April 20, 2020


Salam uolls,

Dah masuk hari ke 34 rakyat Malaysia melalui Perintah Kawalan Pergerakan bagi Fasa ke-3. Well, staying at home somehow memang melemaukan lagi melemahkan bila tinggal berseorangan as myself here. Jadi Antara aktiviti yang Ty banyak luangkan masa semestinya di ruang dapur. Dari tak pernah atau jarang masak menu berat terus jadi pandai, gitu.


Okay antara menu kesukaan Ty sepanjang PKP dan mudah untuk Ty masak ialah Ayam Bali.

Okay, meh Ty kongsi kan resepi Ayam Bali ;

Bahan - Bahan :
- Ayam (di gaulkan dengan kunyit dan garam)
- Serai (diketuk)
- Daun Kari
- Bawang Putih (dihiris)
- Bawang Merah (dihiris)
- Halia (dihiris)
- Cili Boh (3-4 sudu besar / ikut kesukaan pedas masing-masing)
- Kicap (ikut kesesuaian citarasa)
- Segelas Air
- Garam
- Gula

Cara - Cara Memasak :

1. Goreng ayam terlebih dahulu dan ketepikan, jangan terlalu garing.

2. Tumis serai dan daun kari sehingga naik bau.
3. Diikuti dengan bawang putih, bawang merah dan halia yang telah dihiris, tumis sehingga keemasan.

4. Masukkan cili boh, masak hingga pecah minyak.

5. Masukkan kicap dan air.

6. Perasaan dengan garam dan gula.

7. Masukkan ayam yang digoreng dan gaulkan rata.

Siap untuk di hidang dan makan dengan nasi panas.

Sedap uolls. Try taw!

1 comment

  1. Memang suka makan ni sejak pertama kali saya cuba semasa kat Bali

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.