7 Menu Western Best Di Kuala Lumpur

Thursday, April 16, 2020


Salam PKP Fasa ke-3 uolls, 
Hari ni cukup sudah sebulan kita melalui liku - liku kehidupan yang mana sudah semestinya tidak seperti biasa. Bak kata PM kita, yang tak biasa buat kita kena biasa - biasa kan dan sebaliknya. Dan Ty percaya ramai juga pembaca blog Ty ni telah mencuba pelbagai jenis resepi di Facebook, Instagram dan YouTube. Dari tak pandai terus boleh rupanya memasak. Tapi mesti ada kalanya uolls penat atau jemu dah nak jejakkan kaki di dapur, betul tak? Ada yang teringin macam Ty tak nak makan makanan ala Western yang mana bukan mudah juga untuk masak atau mungkin tidak berbaloi sekiranya nak masak untuk portion makan seorang seperti Ty?

Masalah juga ye, teringin nak itu ini di musim PKP ni. Apa pun, semuanya sekarang ni di hujung jari dan pastinya makanan kegemaran uolls boleh sampai terus di depan pintu rumah. Jadi jom tengok antara Western Food sedap yang mana menjadi pilihan uolls!

7 Menu Western Yang Menyelerakan!
Inilah Antara Tempat Makan Best Di Kuala Lumpur

#1-Pekan Station


Terdapat satu restoran yang sememangnya cukup terkenal dengan makan barat yang disajikan yang bertempat di Kampung Baru. Terdapat pelbagai aneka pilihan makanan enak yang terdapat dalam menu di restoran ini dan harganya juga agak berpatutan.  

Antara hidangan yang sering mendapat sambutan oleh pelanggan yang setia di restoran ini ialah Max Grill, Chicken Bleu Pasta, Chicken Chop dan Meatball Pasta. Anda semestinya akan meninggalkan restoran ini dengan perut kenyang dan hati yang puas kerana makanan yang mereka hidangkan agak besar saiznya. Dan  diulangi sekali lagi, harganya memang berpatutan. 

Alamat: 6, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi: Setiap hari (6.30pm - 1am)


#2-Eye’s Steak


Kepada anda semua yang sudah mempunyai kerja semestinya akan ada istilah poket ‘kering’ sementara menunggu gaji. Akan tetapi itu tidak pernah bermaksud yang anda tidak mampu untuk merasa makanan barat yang sedap di restoran yang terdapat di Kuala Lumpur.

Sebenarnya masih terdapat restoran yang berbaloi seperti Eye’s Steak yang menyajikan makanan-makanan barat dengan harga yang sangat berpatutan untuk anda semua.

Alamat: GM05-09 & GM05-10, 2, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi:  Setiap hari kecuali Isnin (12 pm – 12 am) manakala Jumaat (3pm – 12 am)


#3- KGB~Killer Gourmet Burgers


Kepada para peminat dan pencinta burger, anda boleh singgah ke sebuah restoran yang menghidankan pelbagai jenis burger apabila berada di Bangsar. Dimana terdapat sebuah restoran yang begitu terkenal dengan kualiti burger yang dijamin terbaik buat semua peminat dan pencinta burger diluar sana iaitu restoran KGB ataupun nama panjangnya Killer Gourmet Burgers di mana terdapat pelbagai jenis pilihan burger ayam yang boleh didapati di sana. 

Antaranya ialah Bobcat Club, The Shack, Bella Bomb dan Tornado. Pilihan makanan lain juga turut didapati di sana seperti stik yang juga turut disediakan.

Alamat: 3, Jalan Telawi 2, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur 
Waktu Beroperasi: Isnin -Khamis (12 am -10.30pm) | Jumaat - Ahad (12am - 11pm)


#4-Fiske Steakhouse 


Restoran Fiske Steakhouse ini merupakan salah satu port makanan barat yang boleh dikatakan agak terkenal di Kuala Lumpur. Menu utama mereka di sini  merupakan masakan barat disamping terdapat menu tempatan seperti asam pedas yang terdapat boleh didapati di sini. 

Lamb Grill, Lamb Stew dan Grilled Chicken Chop merupakan antara yang terlaris di restoran Fiske Steakhouse ini. Dengan saiznya yang agak besar, memang pasti kena dengan citarasa anda semua disamping harganya yang mampu milik dan sangat berpatutan.

Alamat: No k4, medan selera Au 2 c, Taman Desa Keramat, 54200 KualaLumpur 
Waktu Beroperasi: Selasa - Ahad (9am - 12pm)


#5-Me’nate Steak Hub


Restoran Me’nate Steak Hub ini mula dikenali oleh orang ramai apabila nama restoran ini mula viral di media sosial kerana hidangannya yang lazat. Restoran ini dimiliki oleh seorang chef yang berpengalaman luas seperti menghidangkan makanan untuk orang-orang yang ternama. 

Terdapat pelbagai jenis pilihan makanan yang boleh didapati di sini. Bagi sesetengah orang, harganya boleh dikatakan agak mahal tetapi ianya amat berbaloi untuk dicuba dengan apa yang anda perolehi.

Alamat:Starparc Point,  C-01-02 & C-01-03,Jalan Taman Ibu Kota, 53300 Kuala Lumpur
Waktu Beroperasi: Sabtu - Khamis (11am - 11pm) |  Jumaat (3pm - 11pm)


#6-The Grato® Original by Chef Yasser


Jika anda pernah dengar nama Chef Yaseer, anda mesti tahu yang beliau merupakan salah seorang chef profesional yang agak terkenal. Dan restoran The Grato ini dimiliki oleh beliau sendiri dan semestinya kualiti makanan barat yang terdapat di sini sememangnya terbaik.  

Restoran ini bukan sahaja menghidangkan makanan Barat, tetapi terdapat juga makanan Itali seperti pasta, pizza, nachos dan lain-lain lagi di samping persembahan hidangan yang cantik dan juga menarik.

Alamat: Lot 531, Jalan AU 1/4D Jelatek Business Centre, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Isnin, 4.30 – 11.30 pm


#7-Chequers


Kepada sesiapa yang menggemari waffle disarankan singgah ke kafe Chequers yang terletak di TTDI ini. Tarikan utama waffle yang  terdapat di sini ialah ianya di buat sendiri dan juga bahan yang digunakan di jamin segar. 

Antara waffle yang paling digemari oleh pengunjung yang singgah di sini ialah Chicken & Waffles. Terdapat juga menu lain selain waffle seperti salad, snek, pasta dan juga burger.

Alamat: 153, Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Rabu, 8 am – 11 pm

Ha itu dia 7 tempat best Western yang boleh uolls cuba. 

Western Food - Memang Sedap Hingga Susah Nak Tolak, setuju tak?

Selera antara kita semua sudah tentulah tak sama. Ada yang lebih suka makanan melayu, ada yang lebih suka makanan laut dan ada yang suka makanan barat. Bagi mereka yang gemarkan makanan barat, bolehlah nikmati makanan kegemaran masing-masing mengikut citarasa sendiri. 

Yang paling penting sekali, dalam tempoh PKP ini jangan nak gatal kaki untuk keluar rumah tanpa sebab. Alasan nak beli makanan siap dimasak jangan nak digunakan ye. Sebabnya kita kena pastikan untuk duduk di dalam rumah selalu bukannya ke sana sini dengan bermacam jenis alasan yang kadangkalanya kita rasa macam langsung tak masuk dek akal.

Tak kisah nak makan apa, walhal untuk makanan barat juga memang ada dan boleh dipesan secara online. Antara western food delivery yang boleh kita gunakan adalah Foodpanda


Jika terasa nak makan itu dan makan ini, tak payah keluar pun tak apa. Buat apa nak susahkan sendiri sedangkan ada bermacam jenis perkhidmatan penghantaran makanan yang boleh kita gunakan. 

Pergi ke website atau aplikasi Foodpanda, masukkan lokasi, pilih jenis makanan yang teringin nak makan, pilih cara untuk membuat pembayaran kemudian check out. Lepas tu tunggu je makanan tiba hingga ke depan pintu rumah. Senang betul.


Jom order online! 
Do tag me on IG : @yantlee, bila uolls dah dapat makanan kegemaran dari Foodpanda. 

1 comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.