WAJIB PERGI BATAM ! : Hari Ketiga Di Batam

Monday, March 2, 2020


Salam uolls,

Dah baca entri hari pertama & hari kedua Ty di Batam? Kalau belum , baca ok uolls dan boleh teruskan membaca entri ini pula sebab dah masuk perjalanan hari ketiga Ty di Batam.

Hari Ketiga

Apa yang menariknya untuk aturcara sepanjang hari ketiga adalah sangat berbeza dengan entri sebelum ini. Hampir seharian kami meluangkan masa di taman rekreasi Sea Forest Adventure Nuvasa Bay .

Sea Forest Adeventure Nuvasa Bay
Masa jejak sahaja kaki di sini , memang teruja sebab kawan ini sangatlah besar dan cantik juga pasti sudah menarik dengan pelbagai aktiviti yang disediakan untuk pengunjung. Sepertimana Ty katakan kawasannya besar sebenarnya merangkumi hampir seluas 10 hektar dan terbahagi kepada 3 kategori yang menarik untuk buat ; Land Adventure , Sea Adventure dan Camping Ground. Pelbagai juga kemudahan dan jenis permainan untuk semua peringkat umur antaranya seperti kemudahan perhimpunan/camping site , rain forest dan water world.



Flying Bike
Katanya adalah terpanjang di Sumatera, tapi Ty rasa cam sekejap ja dah sampai. Eh poyo pula kan?

Selain ini , ada juga aktiviti seperti Banana Boat , Mangrove Tour , Paintball , ATV, kayak , memanah dan banyak lagi


Masa sampai seronok tengok ada adik-adik sekolah rendah ada camping.


Sempat jugalah layan perasaan yang perasan di Gazebo menghadap pantai , bukan nak kata apa la tapi view dia ialah menghadap pantai. Masa Ty pi ni kadar sewaannya berdasarkan berapa jam sewaan.

Untuk lebih info mengenai tempat ini dan harga masuk / aktiviti ;
Telefon : (0078)761979 - 08117003338

Lepas dah puas berseronok - ronok di sini , masa untuk kami ke hotel pula. Sebenarnya hari ketiga ini merupakan hari untuk kami semua berangkat pulang. Tapi atas pujukan dan kata putus setuju bersama , kami stay another night sebab ada lagi tempat yang baru untuk kami nak terjah esoknya. Jadikan cerita kami perlu check in di hotel ketiga pada malam ketiga.

Zia Boutique Hotel


Bagi Ty , untuk mereka yang backpackers amatlah sesuai datang sini untuk stay saja kan sebab dah dekat juga dengan Batam Centre Ferry Terminal. Fasiliti pun baik semuanya.

Klik untuk Hari Keempat Di Batam.

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.