KONGSI MAKANAN SECARA PERCUMA DENGAN OH FREE FOOD

9:58 PM Yanty Lee 7 Comments



Salam uolls ,


Sapa yang perasan , baru ni Ty ada post gambar berantai pasal Oh Free Food di Instagram & Facebook. Ya , dapat makan secara percuma hanya melalui atas talian sahaja. Jom baca sampai habis dan ketahui lebih jelas dan cara untuk uolls sendiri apply.

OH FREE FOOD
Satu platform yang memudahkan pengguna untuk berkongi dengan memberi atau menerima apa juga jenis bentuk makanan seperti ; masakan yang terlebih masak , makanan yang tidak habis di makan atau makanan yang terbeli lebih hanya melalui applikasi Oh Free Food yang boleh di muat turun di Apps Store dan Google Play.

Walaupun applikasi ini baru dilancarkan tapi sehingga sekarang sudah hampir 10 ribu pengguna yang sudah memuat turun. Dan mendapat sambutan dari si pemberi dan si penerima. 


Di hari baik dan bulan baik ni , rasanya sangatlah sesuai untuk kita berkongsi sambil bersedekah daripada membazir. Dan ada yang berpendapat juga applikasi ini tidak dapat membantu mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit. Tidak bagi Ty , kalau betul nak menolong dari kita sendiri pun boleh grab the food on this application dan kita pun boleh beramal dengan agihkan kepada mereka yang lebih memerlukan. Tak salah kan?

CARA MUAT TURUN OH FREE FOOD
1. Muat Turun Applikasi Oh Free Food di Apps Store atau Google Store
2. Daftar butiran diri

3. Untuk berkongsi makan 
- Ambil gambar produk makanan
- Isi butiran produk makanan 
- Pilih cara penyerahan produk makanan
- Kongsi untuk umum
Teruja pula Ty bila ada ramai yang request walaupun sekadar nak bagi biskut. Ty tak makan biskut tapi dapat dari buang baik Ty bagi pada yang nak , kan?

4. Untuk menerima makan
- Pilih produk makanan yang mahu dan klik pada butang "REQUEST" dan hanya tunggu respon dari si pemberi

5. Butang "CHAT" yang ada boleh membantu untuk si pemberi dan penerima untuk berhubung.


Biskut dah pun diberikan kepada hadek manis Fatin. Harap bolehlah buat makan kudap-kudapan dia. Dia bagitau dia tak makan kayu dan batu saja. Lawak la Dia peminat keju pula lagi la , rezeki dia.


Jom hebahkan mengenai applikasi ini dan sama - sama lah kita berkongsi dari berlakunya pembaziran. Secara tidak langsung , dapat membantu juga membina hubungan silaturahim sesama manusia lebih harmoni.

Puasa ni memang adakala menggoda nafsu , semua jenis makanan nak makan kononnya. Tambahpula bila ke pasar ramadhan , mula la itu ini nak beli. Sudahnya tak boleh makan habis pun , sentuh pun tidak. Jikalau makanan itu masih lagi elok , jangan lupa uolls untuk kongsikan di applikasi ni. Mana tahu dapat bantu orang yang tak sempat ke bazaar tu.

Klik sini untuk muat turun - http://bit.ly/2EdvWvJ

Selamat berkongsi uolls!


7 comments:

  1. Bagus apps ni,mengelakkan pembaziran makanan yang bertan2 ,org malaysia ni mewah sebenarnya tapi kurang berkongsi.

    ReplyDelete
  2. Terbaik applikasi ni , menolong yg memerlukan dan dlm masa yg sama boleh bersedekah

    ReplyDelete
  3. Ramai dah guna apps oh free food bi.. Memng bagus sangat

    ReplyDelete
  4. Akhirnya ada jugak apps yg berguna

    ReplyDelete
  5. bagus aplikasi mcm ni.... 1st time dtang sini , done follow blog yanty. jemput singgah dan follow back ya.. terima kasih :)

    ReplyDelete
  6. Sangat bagus apps ni. Dari membazir baik berkongsi.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen