Salam uolls.
Okay, kali ni Ty nak kongsi dan cerita dengan uolls mengenai pengalaman Ty sendiri ketika menyertai satu program team building sekaligus menginap di Cyberview Resort & Spa di Cyberjaya. Hanya berbekalkan selama 2 Hari 1 Malam sahaja tapi aktiviti yang ada teramat menarik yang pernah Ty buat dan ikuti dari sebelum - sebelum ni. Iya lah kan, dari zaman sekolah dan di alam pekerjaan yang hampir 10 tahun di sektor awam, ini adalah program Team Building dan Jungle Trail paling Ty sangat tercabar dengan aktiviti yang disediakan.
Oh ya, yang pastinya uolls semestinya seperti tidak percaya bukan kerana di hotel bertaraf 5 bintang ala mewah di Cyberview Resort & Spa ini juga turut ada program sebegini. Begitu juga dengan Ty pada pandangan di awal nya. Dan setelah berhempas pulas mengharungi onak liku sepanjang program dengan aktiviti yang ada , Ty sekali lagi kena akui yang ianya sangat best.
Walaupun hakikatnya , badan mental fizikal Ty kurang stabil kerana masih demam. Agak spoil juga mood bila tak dapat nak perform very well sebab doing outdoor activities is my passion. But , Alhamdulillah nothing stop me especially the spirit dan supports from the team.
Hari Pertama
Kami 10 orang blogger berkumpul di Restoran Verandah seawal 8.30 pagi untuk sarapan pagi dan juga sesi beramah mesra dan sedikit taklimat oeh pihak penganjur. Luggage masing - masing di kereta dan juga ada disimpankan di tempat penyimpanan yang disediakan di lobi.
Ice-Breaking / Aktviti Berkumpulan
Selepas sahaja kami selesai menjamu sarapan pagi yang enak , kami terus ke bilik Jasmine untuk aktiviti yang pertama pada pagi tersebut. Sesi Ice - Breaking dan aktiviti berkumpulan yang dikendalikan oleh Sarjan Idrus bersama anak - anak buah nya. Kami dibahagikan kepada dua buah kumpulan dengan 5 orang ahli setiap satu.
Sarjan Idrus , seorang bekas tentera yang penuh dengan pengalaman menarik.
Tugasan berkumpulan yang diawalnya perlu kami laksanakan ialah ;
- Nama Kumpulan
- Logo Kumpulan
- Tagline Kumpulan
- Misi & Visi Kumpulan
- Maksud setiap warna pada logo
- War Cry Kumpulan
Sejenis gigih mewarna logo
Kayu biru itu lah si Mila
Kami diuji dengan kehadirannya sebatang kayu yang diberi nama Mila. Boleh tahan berat , setiap kali mana - mana kumpulan cuai atau kalah dalam aktiviti maka penyerahan Mila akan diserahkan.
Antara aktiviti yang mencabar bagi mereka yang tak pernah buat , memastikan 8 paku boleh berdiri di atas satu lagi paku. Dan juga aktiviti membaling bola ke arah orang di hadapan dalam putaran 5 orang dengan jangkaan masa saat terendah.
Kumpulan Ty berjaya , applause to Angah Judin
Dari bulatan besar dengan saat besar , kena lengkap beberapa pusingan.
Apa yang diperolehi dan ingin disampaikan dari mulanya aktiviti pertama oleh Sarjan Idrus ini adalah kami perlu sentiasa fokus dan mendengar arahan.
Contohnya , pabila dia hanya menyampai arahan melalui isyarat perbuatan tanpa bertutur kepada orang lain , penyampaian kepada orang seterusnya pasti tidak akan lagi sama dari apa yang diarahkan pada mulanya. Sama juga kami diuji dengan arahan dari beliau , hanya dengan meminta kami melukis atau menulis di atas kertas sambil melipat kertas ke atas atau ke bawah tetapi kerana tiada kata sepakat hampir kesemua orang tidak dapat versi arahan yang sama pada sekeping kertas tersebut.
Selesai sesi Ice - Breaking , kami ke Restoran Verandah untuk makan tengahari sebelum masuk ke bilik masing - masing untuk berehat sebelum aktiviti seterusnya.
Bilik Superior Premier
Teruja teramat bila kaki melangkah masuk ke bilik , sangat besar dan selesa. Kami kesemua 10 orang blogger mendapat sorang satu bilik. Memang heaven , it's some sort like a "Me-Time".
Sedihnya takde siapa nak teman tido walaupun semalam saja. Besar oi!
Puas guling 360 darjah. Eh!
Aksi berendam fefeeling tak leh share uolls. HARAM!
Geng blogger / social media memang akan suka kalau ke mana - mana dengan plug power supply yang banyak. Di mana ceruk dalam bilik ini ada aje , uolls. Boleh caj handphone , pawerbank , notebaook , camera , segala macam la.
Insaf jap uolls.
It's a mini bar yang huge for me.
Bagaikan tak percaya , pergi program team building tapi menginap di bilik mewah. PERFECT for me sebab ada iron , hair dryer , peti simpanan rahsia etc. Uolls juga boleh merasainya. Tengah ada promotion , uolls untuk bilik yang Ty inap ni. Datang dan menginap sambil dapatkan pelbagai aktviti di sini. Klik untuk promosi DI SINI .
Antara permainan dan aktiviti indoor dan outdoor di sebelah petang yang kami buat adalah ;
Giant Dice
Salah seorang ahli kumpulan akan membaling dadu gergasi untuk membantu 4 lagi rakan yang mana kaki sebelah dirantai selari untuk melangkah ke hadapan sehingga ke garisan penamat akan dikira sebagai pemenang.
Monkey Walk
Imbang Bola Ping-Pong
Moral of the story : Hanya seorang sahaja yang mengarah bagi memastikan keadaan dalam baik. Maksud bahasa kasarnya , tak boleh banyak ketua dan hanya seorang serta walaupun ketua seorang tapi biar betul arahannya.
Keluarkan Bola Ping-Pong Dari Paip Air Berlubang
Water Confidence
Bila bab air ni , sejujurnya Ty suka. Bukan acah-acah pandai berenang ke atau sebabada lesen diving ke apa. Tapi passion. Apa yang diajar adalah lebih kepada keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan di tengah lautan tak mengira dalam kapal/bot besar mahupun kecil. Setiap pergerakan yaang diberi tunjuk ajar ada maksud dan cara yang betul untuk memohon pertolongan.
Bila bab air ni , sejujurnya Ty suka. Bukan acah-acah pandai berenang ke atau sebabada lesen diving ke apa. Tapi passion. Apa yang diajar adalah lebih kepada keselamatan sekiranya berlaku sebarang kecemasan di tengah lautan tak mengira dalam kapal/bot besar mahupun kecil. Setiap pergerakan yaang diberi tunjuk ajar ada maksud dan cara yang betul untuk memohon pertolongan.
Penerangan terleboh dahulu
Cara pakai life jaket pun kena betul dan keadaan life jaket yang atas bot island hoping tu bukan nya semua berfungsi dengan baik , jadi hati - hati k uolls.
Cara terjun atau rebahkan diri dari bot/kapal yang besar/kecil adalah berbeza.
Selain kami diajar untuk berenang , cara untuk memusingkan badan juga adalah penting.
Antara cara untuk selamatkan diri dengan meminta pertolongan secara berkumpulan. (atas& bawah)
Nak bagi mereka di udara sedar , teknik di perlu di buka dan di tutup beberapa kali.
Selepas sahaja aktiviti sesi petang , kami ke Restoran Verandah untuk minum petang juga makan malam dan kami perlu bersiap sebelum jam 9.00 malam untuk aktiviti sebelah malam pula.
Night Walk
Pengembaraan bermula dengan suasana gelap bertemankan sayup -sayup cahaya dari bulan sahaja pada malam itu. Kami meredahi memasuki kawasan hutan yang ada di Cyberview Resort & Spa. Paling tidak disangka setelah sampai di tengah hutan , kami dilepaskan seorang demi seorang melalui hutan hingga check point terakhir sejauh 140 meter berpadukan tali sahaja yang mana dikelilingi hutan kiri dan kanan. Dan mananya , dimaklumkan sepanjang perjalanan sebenarnya staf Sarjan Idrus ada tetapi tidak menonjolkan diri malah bakal menyakat bagi menakut-nakutkan pula. Fuh, seram pun ada tapi bila dah sampai check point terakir terus rasa lega teramat. Dup dap dup dap juga wei.
Itu sahaja untuk aktiviti seharian kami pada hari pertama.
Hari Kedua
Bangun lambat. Kelam kabut bersiap walaupun ternyata tertera muka dasar tak siap. Tunggu kengkawan , masing - masing memerut dan lambat juga rupanya. Pantang lewat 1 saat oleh Sarjan Idrus , seawal 7 pagi kami dah kena denda lari. Askar sanga uolls , rindu zaman sekolah - Kadet Polis.
Sebelum aktiviti dimulakan , sedikit renggangan otot senaman pagi diketuai oleh Sarjan Idrus dahulu.
Aktiviti mencabar satu demi satu pun bermula hampir 3 jam untuk selesai kesemuanya ini ;
Kumpul Bola Dengan Tutup Mata
Salah seorang ahli ditutupkn mata dan perlu mengutip sebanyak mana pun bola dan memasukkan ke dalam baldi yang berada di hadapan pihak lawan dengan mendengar arahan dari rakan lain.
Latihan Sebelum Hadapi Jungle Trail
Uolls yang tengok dari gambar mungkin rasa alahai kacang aje cam itu la Ty pada mula tapi bila kena buat "Oh No!" , susahnya la oi. Nak kena imbang badan , mental dan fizikal sangat memainkan peranan.
Berpusing - pusing Ty , berbelit -belit kaki nak capai. Genggaman pun dah tak kuat.
Tapi suka betul Ty tengok Blogger Uzu (Emas Putih) sangat agresif dan berjaya semuanya pagi tu. Salute you sis , susah oi nak tengok dia ni buat semua aktiviti dengan kepala masuk air.
Memanjat pun bukanlah semudah mana ye uolls, rasa cam tak ada la tinggi mana. Fuh , hakikat nak melepasi tu memang kena cekal dan hati kering.
Ujang ni ingat dia ringan , Fuh! Berat sebab gemuk ke dosa xpasti tapi yang pasti kami kena pastikan si Ujang ni melepasi tayar besar ini dengan jayanya.
Memandangkan perlukan volunteer hanya seorang , kami wakilkan Qaseh untuk menyahut cabaran terakhir sebelum mengharungi onak liku sebenar Jungle Trail.
Jungle Trail
Sangat mencabar mental dan fizikal beb. Bayangkan Ty demam dan xberapa berdaya tapi atas sokongan dan semangat berpasukan , Ty tetap mencuba.
This are the OBSTACLES babeh!
Rimas betul dengan pengepit rambut dan beg tersangkut.
Kecian Angah hampir 3 jam la berusung si Mila ni dengan semua rintangan.
Meniarap habis nak lepas rintangan ni. Dengan beg lagi dan masa ni la henpon budak Mimin Adam non stop berbunyi alarm. Rasa nak baling dalam sungai aja.
Lemah juga dah Ty , sampaikan terluka jari Ty dek geseran dengan tali mungkin part ni , melecet oi.
Pedih baq ang. Selepas kena tu terus rasa bila la nak habis ni oi.
Pedih baq ang. Selepas kena tu terus rasa bila la nak habis ni oi.
Lencun habis kasut sukan sis melalui air berlumpur dalam terowong.
Senyum ala manis walaupun dah terasa lembik.
Menurut Yus pegawai yang incharge , di kawasan yang kami lalu ni bukan sahaja dekat dengan laluan highway Cyberjaya tapi banyak juga burung akan singgah berteduh. Sayangnya kami tak jumpa pun seekor burung.
Penat dah tapi dengan tenang sis redah aja uolls.
Kenapa Ty katakan seronok dan best sangat tak seperti aktiviti teambuilding yang Ty pernah sertai sebelum ni adalah kerana semua cabaran sangat REAL. Nak atau taknak , takut atau tidak , kena juga buat. Demam lembik pun iolls buat hokeyh!
Harungi air , lombong , lumpur dan part best seumur hidup Ty ialah kena tangkap berudu dan itu adalah saat pertama kali Ty pegang berudu oi. Oppss terserlah budak bandar kan.
Cooling down sesi.
Apapun pengembaraan Jungle Trail ni sedikit pun tak de rasa menyesal sertai prorgram ni , terasa alangkah baiknya sihat walafiat boleh guna sepenuh tenaga untuk cuba harungi semua rintangan dengan lebih baik.
Majlis Penutup
Dan Ty cadangkan buat uolls yang nak buat aktiviti sama macam ni sambil makan dan menginap di tempat yang selesa dan rasa lebih mewah , dapatkan maklumat lebih lanjut dan tempahan uolls di :
Majlis Penutup
Kami perlu melakonkan semula apa sahaja aktiviti dan memberitahu kepada semua , apa yang diperolehi sepanjang program kami di sana.
Terapi hilangkan stress kekdahnya , berchicken dance. Dua brader la melayan kerenah dak demam merenget sepanjang program. Maceh uolls!
Yeah , dapat sijil.
Cyberview Resort & Spa
Website : www.cybeviewresort.com
Facebook : Cyberview Resort & Spa
Instagram : @Cyberviewresort
Twitter : @Cyberviewresort
No.Tel : 03-83127000
Believe me guys , uolls gonna really do have fun here.
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen