Salam uolls,
Dah pun masuk bulan Februari, bulan yang mana Ty dijangka melahirkan cahaya mata dan bergelar ibu. Tapi semuanya sudah menjadi ketentuan Allah SWT yang sebaik-baik perancang. Tipu lah sampai saat ini Ty tak rasa sedih, sebak, sayu, down dan segalanya berkaitan. Walaupun terpaksa bangun tiap hari 'tuk jalani ujian demi ujian seterusnya dengan penuh semangat dan kekuatan. Alhamdulillah juga, rezeki dikelilingi suami, ayah, adik beradik, keluarga mertua, keluarga ipar juga sahabat baik yang menjadi support system Ty semenjak saat itu hingga ke hari ini. Bersyukur juga ke hadrat Illahi Ty tidak seteruk tahap meroyan (ada ye manusia kat opis Ty nak Ty begini agaknya-perli kata Ty kuat semangat) dek kehilangan satu nyawa hasil cinta Ty dan suami.
Sesungguhnya Ty dan suami juga tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk fikir sentiasa bab anak. Tapi bila datangnya rezeki tu, siapa yang tak gembira kan? Dan bila ianya sudah tiada, pastilah akan sedih juga kan?
Rata-rata mereka yang disekeliling Ty berkata; "Kira cepat juga lekat, baru kahwin. Rezeki". Iyalah,Ty kan berkahwin bulan Januari, sedar berisi pula bulan Mei.
Apapun ceritanya biarlah Ty kongsikan di sini juga buat kenang-kenangan hari tua.
23 Mei 2023 8.00 malam
Al-kisahnya,Ty dah kemain lasaknya dengan ke Genting Highlands-main indoor games, tiap minggu 2 3 kali main bola tampar dengan morning walk/slow jog lagi. Malah dek kerana stress dengan boss Ty yang tahu mengarah kerja sahaja tanpa rasa bersalah untuk turut sama membantu menyiapkan tugasan kerja (oh ya,dia ja ada anak - kena balik on time) , jadi Ty menyangka kitaran haid terganggu akibat terlalu stress. Sehinggalah, jam 7 malam sebelum balik rumah dari ofis, suami call dan minta untuk ke farmasi bgi mendapatkan UPT dan check sebelum siap pergi latihan bola tampar. Bila dia farmasi, rasa malu segan sangat sampai pembantu kedai yang bantu untuk cadangkan Pregnancy Test mana yang baik dan efektif. Sejurus balik dari farmasi, terus buat ujian kehamilan bertemankan suami melalui Video Call (otp tapi HP di sinki). Dalam beberapa saat sahaja jelas kelihatan keputusan. Flip camera HP dan tunjuk pada suami. Its POSITIVE! Makanya sejak malam itu, tak lagi turut serta latihan bola tampar dsb.
DARI YANG MURAH KE MAHAL PREGNACY TEST TY BELI DAN CUBA
29 Mei 2023 @ 9.30 pagi
Ke Klinik Jamaeton Serdang (besties Ex JPA recommended) dengan husband untuk check dan Doktor pun sahkan memang Ty preggy. Hari tu Doktor bagi Medical Leave (MC). Makanya, balik rumah Ty pun restlah dengan husband yang alang² dah de sekali. Doktor detect Ty sangat stress. Allahuakbar, bila saat Doktor pesan untuk jangan bawa balik hal kerja dan fikir, sesungguhnya kita manusia yang ditindas ni takkan boleh lakukannya. Korang pernah rasai tak? Tapi Ty tetap lalui hari-hari kerja Ty macam biasa tanpa ada satu orang di pejabat pun tahu yang Ty sudah berisi.
7 Jun 2023 @ 4.00 petang
Kusyuk merangkap pulun kerja (pressure dengan arahan nak by tomorrow Data SSP APC-boss Ty seorang yang pushy, kerja tak urgent pun akan cakap urgent) dan bila sampai saat member depan meja cakap "ko solat belum?". Barulah Ty sedar, tengok jam kat PC terus bangun sebab berapa je minit nak ke waktu fardhu Asar, Zohor pun belum lagi. Sebelum ke surau singgah ke tandas. Kononnya nak kencing. Sekali tengok panties, Allahuakbar penuh darah dan it's bleeding. Bukan spotting ye. Penuh darah kat panties. Mengigil² sorang² dalam tandas. Waktu tu panik, ya sangat panik. Mujur Ty tak pitam ja tengok darah tu. Dapat sokongan bestie Ty cer diawalnya untuk sarankan Ty pergi ke klinik dan check keadaan kandungan Ty. Tanpa Ty berfikir panjang dan waras, terus balik ke tempat dan capai ambil kunci kereta dan wallet sahaja dan terus pergi ke klinik dengan harapan semuanya baik² sahaja hendakNya. Sampai Klinik Jamaeton dalam jam 5 lebih.
Scan etc, Doktor bagi ubat kuat rahim dan Medical Leave lagi untuk 2 hari , Doktor minta untuk Ty banyakkan rest. Katanya mungkin baby tak jadi, it's a 50-50 thing. Agak terasa down bila sepatutnya pada minggu itu ia sepatutnya sudah pun 9 weeks tapi bacaan ultrasound scan tu baru 4th weeks. Dan Doktor kata akan cuba tengok lagi pada next appointment. Waktu ni susah hati dah dengan data yang boss kejar tu. Ty tetap patah balik ke ofis ya bukan balik rumah dan buatkan kerja setakat yang boleh sehingga jam 9 malam. Sebabnya dah MC tu siapa nak tolong siapkan? Cuba tenangkan diri dok diam-diam buat kerja sedaya boleh dengan kengkawan lain pun ada yang OT pada masa itu. Alhamdulillah tak lagi berdarah masa dapat MC.
19 Jun 2023 @ 9.30 pagi
Appointment di Klinik Jamaeton. Doktor cakap kantung membesar ke 5 weeks. Where sepatutnya nya dah 10th weeks. Doktor just nasihat untuk tidak stress, jangan bawa balik hal kerja ke rumah again-again. Baliklah on time pesanannya. So motherly. Tapi bagi tau MC je terus itu ini di mesej nya dari opis. Semak betul. Bagitahu ke tak pada sesiapa kat opis, tetap xda nya peduli la. Lebih ke acah² je concern tapi selit hal kerja. Walaupun boss pushy ni dah mula DM di Whatsapp tanya kenapa kerap MC, Sakit apa dan berharap berkongsi dengan dia. Memang tak la guys nak kongsi dengan dia. Budak muda asal dari kampung tapi rasa diri bagus nak mampus sikit pun tak da rasa hormat kita ni lagi tua dari dia yet apa pandangan kerja satu pun tak boleh dia terima. Macam bijak sangat dalam sektor kerajaan ni. Satu pejabat tu tak suka kerja dengan dia jadi suatu perkara untuk direnungkan. Kalau Ty cerita keadaan Ty pun dia kesah ke? Siap perli² dalam Whatsapp malam-malam buta pasal Ty susun semula fail² sulit tanpa pengetahuan dan persetujuan dia. Tak bersyukur bos Ty ni baru Gred 41 tapi Nauzubillah mendabik dada ke langit ke-7 bertemu AyahPin gitu. Kita bawahan ni yang buat kerja. Bukan dia, jadi fail ke apa ke kami kemas ikut cara kami yang memudahkan urusan kerja hari mendatang. Bab ni memang sakit hati, terluah pula perasaan sebab masa ni Ty dah mengandung hari Ty buat test tu tapi dia meleret-leret mengungkitnya ya.
29 Jun 2023 @ 7.30 petang - Hari Raya Qurban
Spotting bila ke toilet masa ni di Penang menjelang masuk waktu Maghrib. Pas tu baru rasa sakit perut. Pi klinik tapi majoriti tutup. Minta husband & adik balik je nak rest esok ja la ke klinik pagi². Mampu tahan rasa sakit tu sepanjang malam. Sesungguhnya Ty dah down dan sedih kenapa Allah nak uji Ty dengan keadaan Ty camni. Suami Ty pun sampai tak tahu nak handle Ty macam mana lagi bila tengok keadaan Ty yang hanya menangis sahaja.
30 Jun 2023 @ 2.00 petang
Husband bawa ke Klinik Tanah Melayu. Lama Doktor scan tapi tak nampak janin. Hanya kantung dan yolk sac tapi sat² cam ada. So klinik ni takda alat nak scan dari bawah untuk nampak lagi jelas. Doktor sarankan jumpa pakar di hospital. Doktor buatkan surat refer hospital.
3 Jun 2023 @ 8.00 pagi
Dari 8 pagi pergi Hospital Putrajaya ke Klinik O&G tapi Doktor suruh SN bagitau pi Pusat Bersalin Berisiko Rendah (PBBR) di Presint 8 pula. Alhamdulillah Doktor sangat lembut dan baik, sikit pun tak rasa sakit waktu scan dari bawah, happy nampak janin tapi no heartbeat pula. Allahuakbar. So Doktor minta banyakkan berehat dan jangan stress sebab BP Ty tinggi sangat.
4 Jun 2023 @ 4.20 pagi
Rasa nak kencing, bangun terus ke toilet, sekali kencing darah penuh toilet bowl. Panik! Kejut husband, husband bawa gi hospital. Dari kecemasan ke Hospital Bersalin ke CAC rupanya. Doktor² & SN di CAC ni memang "kerek". Tengah daftar, Doktor dah cakap, 'nak gugur dah ni'. Down rasa masa tu. Bila scan atas kata kantung pun dah kemek tapi scan dari bawah kata eh kantung ok ja. Dapat 5 hari MC lagi. Dan Doktor kata bila-bila masa pasti gugur jadi kena banyak berehat sahaja.
Dan masa ni baru la cakap terus terang kat dua penyelia sebab dua² sibuk dah sangat nak tau awat Ty ni kenapa asyik MC² sahaja.
8 Jun 2023 @ 4.30 pagi
4 hari sudah berlalu. Husband pun dah balik ke Singapore. Sakit sangat perut ala period pain. Pergi ke toilet dan ya, terasa ianya sudah pun kuar tanda ia sudah meninggalkan saya buat selamanya, 😭. Kuatkan semangat, dengan mengigil. Bersihkan sendiri. Siapkan diri. Kawan datang bawa ke CAC.
HANYA MAMPU MERASA PAKAI KAIN PINK
DAN PAKAI GELANG PINK
Rupanya keguguran Ty tak keluar habis, sakit sangat dan Doktor check lagi rupanya ada lagi sisa dengan ketebalan 18mm gitu. Terus kena refer Wad Bedah untuk cuci. Tunggu nak masuk wad bedah sahaja sampai ke tengahari. Anxiety etc melanda diri dengan Ty tak lagi dapat berjumpa dengan kawan apatah suami. Doktor pun minta rehat dulu dan bagi jumpa suami untuk bertenang sebelum ke OT.
TANGAN KURUS JADI LEMBAB BILA DARI 5 PAGI DOKTOR TAK JUMPA URAT
KENA PANTAU SEBELUM DI BAWA KE WAD
Specialist Doktor sampai tahap datang cakap baik² dan pujuk sambil buat scan again baru rasa tenang. Dan dok sat tu ke OT tapi as request they do full body bius (GA) kalau tak half body. Bermalam la Ty semalaman di hospital tanpa suami,bantal buchuk, si putih dan anak lagi dalam perut.
DARI KECIL TERINGIN DOK WARD, MERASA LAH CHECK-IN 1 MALAM
Makanya, Ty tak ada la kenangan buka buku pink sebab appointment lagi 2 hari menjelang minggu ke-12.
KENANGAN
Doakanlah Ty dan suami , semoga ada rezeki lagi satu hari nanti, آمِّينَ. dan permohonan pertukaran Ty mendapat keputusan yang cepat dan ditempatkan di suasana kerja yang baik dengan kawan serta boss yang baik dan berilmu serta tidak mengambil kesempatan.
Katanya Ustaz ada cakap kena juga namakan walaupun jadi atau tak bila gugur, suami as bapa kepada anak sis namakan , Muhammad Lutfi bin Muhammad Luqman Hakim. Semoga dia di syurga dengan Nenek Mommy dan Uncle Boy dia.
Ujian yang hebat untuk insan yang hebat. Terus tabah Ty. InsyaaAllah Allah rencanakan yang terbaik utk Ty n husband. Fiza doakan segala kebaikan utk Ty. Amiinn
ReplyDeleteye, Allah masih sayang Ty sebab tu tak putus beri ujian dan bersama Ty. Tipulah tak sedih kan bila kiri kanan depan belakang mata Ty pakat mengandung tapi nak buat macam mana bila tak rancang ada rezeki tp tak lama bila dalam mode berjaga-jaga ni tak ada pula rezekinya,mampu serah ada Dia sahaja la. tqsm Fiza.amin.
Delete