Bayar Zakat Melalui Potongan Gaji (ESPG) Online

Saturday, December 18, 2021

Salam uolls,


Tahu tak selain cara pembayaran zakat terus dari kaunter , drive-thru , pembankan secara atas talian ada cara lain yang mungkin lebih memudahkan proses pembayaran terutamanya buat uolls yang begitu sibuk dengan hal kerja sehingga tidak ada masa untuk buat bayaran zakat ni. Meh Ty kongsi sikit info yang Ty pun baru tahu ada kaedah mudah ini.


Difahamkan kakitangan kerajaan adalah diwajibkan untuk membuat potongan gaji  pembayaran zakat pendapatan seperti surat Hebat SUK Bil.6 Tahun 2020 yang lepas jadinya senanglah untuk penjawat awam untuk urusan zakat mereka.


ESPG

-satu kaedah pembayaran zakat melalui potongan gaji. Selalunya kita ada buat apa-apa pinjaman dan saving sahaja yang kita akan buat kaedah ini kan? Kali ni kaedah potongan gaji juga dapat memudahkan tugas uolls untuk menunaikan pembayaran zakat tanpa susah payah lagi. Kiranya, tahu-tahu semuanya dah tersedia siap di bayar. Segalanya kini mudah dan pantas.


Satu inisiatif yang terbaik bagi Ty dengan kaedah yang sangat inovasi yang dibuat untuk semua orang ini sangatlah membantu dan memberi manfaat yang dapat memudahkan pihak Lembaga Zakat Selangor dalam usaha dari segi memegang amanah , menguruskan dan memanfaatkan kutipan zakat serta memastikan pengagihan zakat yang lebih efisien , efektif dan berkesan.


KAEDAH MUDAH DAN PANTAS


Hanya dengan dua (2) langkah mudah untuk membuat potongan gaji zakat pendapatan :

1. Taksir Zakat - https://www.zakatselangor.com.my/zakat-pendapatan/

Bila uolls klik link akan dibawa ke sini , boleh lah korang buat sesi kira mengira korang untuk tahu Jumlah Zakat untuk Setahun.


Tak perlu susah-susah kira pakai kalkulator sendiri kerana semuanya tersedia , korang hanya perlu masukkan amaun yang perlu dan semuanya akan generate secara automatik.


Ha , satu bab dah mudah dan pantas kan?


2. Isi Borang e-SPG - https://www.zakatselangor.com.my/espg/


Dan cara daftar pun sangat mudah dan pantas kerana korang hanya perlu :

·         Masukkan No Kad Pengenalan / No Passport

·         Pilih pilihan Majikan samada Swasta / Kerajaan/Badan berkanun


Jadi kaedah pembanyaran potongan gaji dengan cara register pun semuanya sangat memudahkan dan teramatlah pantas.


Bila semuanya selesai diisi dan berjaya , korang akan terima e-mel permohonan yang berjaya. Jadi dah boleh maklumkan kepada majikan korang supaya pembayaran potongan gaji berjalan dengan lancar.


Jangan tunggu lagi mulakan dari sekarang supaya mulai tahun depan ; 2022 semuanya urusan korang berjalan dengan baik dan dipermudahkan segala urusan.



Selain itu , korang boleh menang sambil berkongsi dengan menunaikan ibadah zakat yang mana pihak Lembaga Zakat Selangor anjurkan kempen “ Jom Tunai Zakat “Menang & Kongsi” yang telah bermula 15 November 2021 lepas dan akan berakhir pada 31 Disember 2021 ini. Hadiah pun lumayan korang. Jom sama-sama kita tunaikan zakat!

Untuk maklumat lanjut :

1 comment

  1. The team remains organized and accessible as they proceed with development. The team remains organized and accessible as they proceed with development pricing web design agencies

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.