KAIO STUDIO - Studio Photoshoot Terbaik di Shah Alam

Tuesday, August 22, 2017


Salam u olls,

Selain bekerja tetap dan menjadi blogger /  social media influencer secara part-time , Ty telah berubah angin menjadi model. Hahaha , acah-acah saja mampu. Kalau ada ruang , apa salahnya bukan?

Straight to the point .
Walaupun hanya dapat berangan dan acah-acah jadi model , pengalaman bekerjasama dengan staf di KAIO Studio sangat mudah dan tidak sedikit pun terasa kekok. They are so professional also friendly.

Kenapa u olls pun mesti mendapatkan servis perkhidmatan dari jurugambar / juruedit daripada KAIO Studio ?
Sudah semestinya sebab mereka semuanya mempunyai berpengalaman dalam bidang ini , juga mudah untuk bekerjasama dan berurusan serta fasiliti di studio amat selesa dan lengkap. Di jamin u olls pasti akan berpuas hati dengan hasil.

Ini adalah antara hasil pose-pose maut model yang acah-acah ,


Sesi photography ini adalah anatara servis yang ditawarkan di dalam studio KAIO Studio sendiri yang terletak di Seksyen 13 , Shah Alam

Bukan sekadar model acah - acah macam Ty saja yang datang ke sini , malah ramai antara artis terkenal tanah air kita pun turut pernah ke sini untuk bergambar ye u olls. Nora Danish pun pernah datang hokayh!


Untuk makluman u olls , KAIO REKA adalah sebuah anak syarikat KAIO Studio  yang menawarkan servis rekaan grafik seperti poster. U olls boleh tengok sendiri contoh rekaan grafik dengan mengikuti mereka di Instagram : http://instagram.com/kaioreka .


Kejayaan yang pernah KAIO Studio kecapi adalah dengan memenangi dalam sebuah pertandingan "MOST GLAM FASHION VIDEOGRAPHER by GLAM MAGAZINE". Dan juga telah layak bagi membuat liputan tugasan dari majalah fesyen tersohor Malaysia tersebut. Tahniah , KAIO Studio!


Selain itu , KAIO Studio merupakan duta kepada sebuah jenama sistem pencahayaan fotografi iaitu jenama ONSMO


Beberapa selebriti juga turut menjadi duta bagi jenama ini , antaranya Eddie Putera , Alex Tan dan Saiful Nang.


Anwar Abdullah (Kaio) dan pasukannya juga turut mengadakan sesi pembelajaran dengan berkongsi ilmu fotografi dan videografi. Ini kerana , beliau yakin bahawa dengan menyampaikan ilmu-ilmu kepada generasi baru serta yang berminat dalam bidang ini tidak akan pernah putus dan senantiasa berkembang mengikut peredaran masa.


Overall , memang Ty suka akan hasil gambar yang diambil oleh photographer KAIO Studio ini. Sangat gembira dan berpuas hati dengan layanan dan keselesaan di studio walaupun hampir sehari berada di sana. Pengalaman Ty ni , pastinya u olls yang bakal mendapatkan servis mereka juga sama sahaja. TERIMA KASIH , KAIO Studio !

  

Ini ada sedikit al kisah dan sejarah untuk pengetahuan bersama ,
KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD adalah sebuah syarikat yang membekalkan servis fotografi dan videografi untuk studio photoshoot, wedding photography, wedding videography, video korporat, muzik video, short film (filem pendek) dan pelbagai lagi.

Anwar Abdullah, pengasas KAIO STUDIO bermula sebagai wedding videographer pada tahun 2012 dengan berbekal modal bawah RM5000 sahaja menggunakan duit simpanan ketika menjadi pemandu pelancong satu ketika dahulu.

Sebagai bekas pelajar Management & Science University (MSU) dalam bidang pengurusan hospitliti dan tourism, Anwar Abdullah turut dikenali sebagai Kaio tidak pula meneruskan kerjaya dalam bidang pelancongan.


Ini kerana minat dan hobi dalam video kreatif seperti fotografi dan videografi telah membawa Anwar Abdullah (Kaio) pergi jauh dengan kepakaran yang beliau ada.

Beliau juga pernah ke Paris, Mesir, Singapura, dan Thailand untuk menggalas tugasan bersama kameranya.

WEDDING VIDEOGRAPHY & PHOTOGRAPHY BY KAIO STUDIO
KAIO STUDIO turut menawarkan servis wedding photography dan wedding videography. Antara selebriti popular tanah air yang pernah mendapatkan khidmat video kahwin dari KAIO STUDIO adalah Shaheizy Sam & Syatilla Melvin, Saharul Ridzwan  & Deena Emir, Syukri Yahya, Ainan Tasneem.

KAIO STUDIO SHOWREEL 

PRE WEDDING SAHARUL RIDZWAN & DEENA EMIR

Selain video perkahwinan, KAIO STUDIO juga turut menawarkan servis fotografi perkahwinan. U olls boleh lihat sendiri hasil-hasil gambar perkahwinan dari KAIO STUDIO.


Ha u olls ! Memang cantik , kreatif dan sangat professional kan hasil dari mereka dari KAIO Studio ni? U olls yang nak cari Videographer Perkahwinan boleh dah nak book cepat-cepat mereka ni. Bukan sahaja orang - orang biasa , malah artis pun dapatkan khidmat mereka. Mana lah , calon I olls ni , eh. 

Dapatkan maklumat dan ikuti perkembangan KAIO Studio di ;

Ini Ty bagi peta lokasi buat u olls yang nak ke KAIO Studio, boleh gunakan MAPS/Waze juga :


Kaio Studio
1-06 Metia Residence Office, No 5, 
Persiaran Sukan, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor.
Contact: 0172360967

"A picture is worth of thousand words."

2 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.