Pengalaman Bersama Malindo Air

12:39 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls , 

Semua orang mesti ada pengalaman dalam hidup masing – masing kan , dan tak kira lah apa jenis dan keadaan pengalaman. Begitu la juga dengan Ty yang baru pertama kali berpengalaman menaiki perkhidmatan pesawat Malindo Air.


Bulan Jun lepas , Ty memang kerap balik ke Penang atas urusan peribadi dengan keluarga sekaligus menghadirikan diri ke majlis – majlis perkahwinan rakan alam maya – blogger yang rapat dengan Ty. Antaranya adik Afifah Sidek yang Ty kenal dari kelab atau group , Kami Blogger Utagha. Hubungan yang baik dan rapat bagaikan adik dan kakak. Sentiasa ada bila perlu. Apapun , tahniah dik ku , Eifa dan pasangannya Lukman yang selamat disatukan dan Alhamdulillah , majlis di Kulim berjalan baik hendakNya. Kenduri blogger ternama , MK Syahir dikenali dengan nama Dr.Fuh , pemilik fuh.my juga telah melangsungkan hari bahagia di Selama. Tahniah , bangchik!

Landasan :  Pandangan luar dari ruang menunggu sebelum masuk ke dalam perut pesawat

Demi persahabatan , Ty sanggup balik ke Penang dengan perkhidmatan Malindo Air - 2 minggu berturut – turut. Ty paling teruja sebab harga tiket pergi dan balik sangat berpatutan dan kos nya tidak mencecah RM100/-. 
Dari KLIA2 ke Penang = RM39/-   |   Dari Penang ke KLIA2 = RM42/- 
Keseluruhannya , hanya RM81/-. Murah la sangat bagi Ty dan berbaloi daripada Ty naik bus yang bakal tersangkut hampir 10 jam kalau jam. Ini salah satu pengalaman ngeri dan memandu kereta sendiri juga kos akan mencecah ratusan.

My boarding pass - I am ready to fly without my own wings

Pengalaman dengan Malindo Air sangat lain , salah satunya Ty akan terima emel sehari sebelum hari penerbangan Ty sebagai peringatan dan makluman bersama maklumat. Sangat terkejut pada mulanya , dan terus tersebut secara spontan , Baguihnya , peringat lagu ni. Ha , tu dia ,keluar habis loghat Penang , mentang- mentang nak lik Penang. 

Dekat KLIA2 , terjah je check – in luggage di kaunter W dengan mudah sekali. Beg berat bawah 15kg boleh masuk kargo dengan kadar percuma. I is like so much part ni. Tak perlu terkejar – kejar Ty nak heret dan angkat beg tarik Ty ke atas perut pesawat. 


Masuk je dalam perut pesawat , selesa sangat dengan tempat duduk. Tak sempit , ruang yang besar sedikit dan selesa sangat. Tak terasa tersempit la senang bagitau. Depan tempat duduk pula ada screen sentuh yang boleh kita tengok cerita , dengar lagu atau main games. Cuma perlu bawa earphone / headphone sendiri dan cucuk di lubang untuk kegunaan sendiri , maknanya takkan mengganggu orang lain yang nak guna perkhidmatan tu juga. Kalau kata henpon dah nak kong , boleh je guna usb untuk charge. Terbaik lah.

Walaupun perjalanan hanya mengambil masa 1 jam , penumpang disajikan dengan makan ringan secara percuma ; air mineral kecil dan sepaket biskut. Alhamdulillah , buat sarapan pagi Ty dan lapik perut sebabnya perjalanan dari Putrajaya dari pukul 5 pagi dah bangun nak kejar tren ERL di Putrajaya Sentral bagai. Rezeki dari Dia , syukran.

Sumber : Google

Semasa berlepas dan mendarat pun , tak ada la Ty mengalami tekanan di telinga atau sakit. Pendaratan yang baik. Pengalaman Ty , kalau orang lain tak mungkin nasib kita berbeza. Kita tak naik dengan juruterbang yang sama kan , Cuma Ty sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dari Malindo Air dengan pengalaman pertama Ty.

Apapun , terbaiklah!

P/S: Teringin nak naik FireFly pula. Tapi jauh sangat nun di Subang. 

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Mee Udang D'Laila MMA Santai Corner , Nilai

2:20 PM Yanty Lee 10 Comments

Salam uolls . 

Ty nak kongsikan dengan u olls semua , satu port makan yang best dan berbaloi sekitar Nilai. Kali ini Ty dan geng blogger dari #kelabbloggerbenashaari terjah gerai D'Laila di MMA Santai Corner yang menghidangkan Mee Udang yang super power meletop. Selain Mee Udang , ada juga Mee Ketam dan Mee Udang + Ketam. Hidangan ada 2 jenis ; bersaiz M untuk medium dan juga bersaiz L untuk large yang dikenakan harga bayaran berpatutan. Bagi Ty , sangat murah.


Ini Mee Udang bersaiz L yang Ty order dengan harga RM10/-. Disajikan dengan udang galah yang besar dan masih lagi segar. 10 ekor udang yang di susun rapi bukan sekadar untuk tarikan atau hiasan tetapi terasa manis isi nya. Perggh! Memang terangkat , superb sedap


Yang ni pula antara pesanan dari rakan blogger , Mee Udang + Ketam . Harga nya hanya RM15/- sahaja. Murah kan? Murah u olls dan lagi berbaloi. Kalau terror makan ketam dah lama bedal , tapi I is segan dengan geng yang ramai , keayuaan perlu dijaga. Ahaks. 

Sangatlah direkemen! Pasti u olls berpuas hati dan akan datang lagi. 

D'Laila Mee Udang beroperasi dari jam 5.30 petang hinggga  12 tengah malam. Bagi u olls yang nak ke sana boleh la ikut arah ini - http://4sq.com/bKyfyC . Layari FB D'laila Suppower [klik] untuk lebih lanjut.

Kak Laila , Terima kasih atas masakan yang sangat sedap dan menerima kami yang sangat huha meriuhkan gerai malam tu.

U olls , selamat mencuba dan mesti pergi cuba okay!

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Blogger Mamee Chef Day Out

12:00 AM Yanty Lee 14 Comments


Salam u olls , 


Berhujung minggu di negeri bersejarah Melaka bersama rakan – rakan blogger lain bagi lawatan ke kilang Mamee Double Decker yang beroperasi di Ayer Keroh dan juga melawat Mamee Jonker House di Jalan Hang Jebat , sekitar kawasan atau lebih dikenali oleh orang ramai juga pengunjung iaitu Jonker Street. Alhamdulillah , sesi lawatan sepanjang satu hari telah bermula dan berakhir dengan baik hendakNya.

Perjalanan bagi kedua –dua buah bas yang dinaiki kami yang bertolak dari Subang , Selangor ke Melaka berjalan dengan lancar.


Sebelum Ty teruskan cerita lawatan lebih mendalam , Ty nak kongsikan sedikit maklumat ringkas untuk tujuan pengetahuan pada u olls semua. Meh sesama kita kenali tentang Mamee Double  Decker ;
  • Mamee Double Decker Berhad merupakan sebuah syarikat dalam sektor perkilangan , pemasaran dan pengedaran makanan ringan , minuman juga pelbagai jenis produk lain.
  • Telah ditubuhkan sekitar pada tahun 1971 oleh pengasasnya iaitu  Datuk Pang Chin Hin , yang juga merangkap selaku Pengerusi Eksekutif.
  • Produk – Produk Mamee Double Decker juga telah dieskportkan ke seluruh dunia seperti di negara Australia , Afrika Selatan dan juga di negara – negara Antarabangsa lain.

Syarikat Mamee Double Decker sudah lama bertapak dan berada dalam industri pemasaran dan perniagaan di negara Malaysia. Kumpulan daripada syarikat ini juga sentiasa menitikberatkan juga percaya akan kecanggihan teknologi yang kian canggih dapat menghasilkan satu produk yang baik dari masa ke semasa. Contohnya , Mee Tarik yang diperkenalkan dari aspek pemprosesan teknik tarikan daripada adunan oleh La Mian yang juga hampir sama sahaja dengan teknologi mesin. Namun , tekstur yang dihasilkan ada kelainan dan cara tersendiri.


Antara anugerah yang telah dikecapi oleh pihak Mamee Double Decker ialah ; 
  • Mamee Chef Curry Laksa – “Top 10 Best Instant Noodle” di dunia pada tahun 2014 oleh The Ramen Rator ; seorang penulis blog terkenal dari US (www.theramenrater.com) di mana beliau telah mencuba hampir 1,200 jenis mee segera di seluruh dunia.
  • Putra Brand Awards Bronze Recipient 2014 di bawah Kategori Makanan.
  • Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient.



Kejayaan produk Mamee Chef bagi menghasilkan resipi adalah merangkumi dari pelbagai faktor tertentu dengan teknik tersendiri. Seperti mana yang kita semua tahu dan dapat lihat sendiri di kaca televisyen , gandingan chef terkenal ; Dato’ Chef Ismail yang telah berjaya menghasilkan pes – pes segera bersama bahan – bahan yang segar seperti herba dan rempah ratus bagi mendapatkan perisa. Antaranya ialah Mamee Chef Tom Yam Thai  dan Mamee Chef Laksa Kari yang dibungkuskan bersama pes perencah yang datang bersama udang , tofu , cendawan dan pelbagai jenis sayur – sayuran supaya ianya mendapatkan satu kelainan ketika menikmati makanan itu. Di samping itu , pasti nampak lebih menarik.

Mamee Double Decker merupakan salah satu produk yang telah mendapatkan pengesahan dan disahkan status HALAL dan juga mempunyai sijil HALAL bagi pemasaran untuk perniagaan.

Gambar lawatan semasa di kilang ;






Dan ini pula adalah turutan bagi pemprosesan dari awal hingga akhir secara kasar yang boleh digambarkan kepada u olls ;


Bagi u olls yang nak ke Melaka , jangan lupa singgah ke Mamee Jonker House untuk merasai sendiri dan melihat secara lebih dekat tentang pemasaran makanan dan produk Mamee. Pengunjung berpeluang untuk menghasilkan dengan sendiri cup Mamee Chef dan little Mamee Monster mengikut hasil kreativiti masing – masing di tingkat atas pada ruang yang telah disediakan iaitu Noodle Doodle dan ‘Lil Monster Kitchen.

Blogger +Namee Roslan  nampak eksaited di situ

U olls yang teringin nak rasa Hainan Nasi Ayam Kepal , boleh didapati di Mamee CafĂ© yang menyediakannya dengan “top – secret recipe” daripada keturunan nenek kepada Datuk Pang sendiri. Dan dimakan bersama dengan ayam dan sos yang disediakan dengan kaedah tersendiri juga. Alang  - alang tengah musim cuti sekolah ni , bolehlah singgah dan merasainya dengan sendiri. Semuanya hanya di Mamee Jonker House.


Apa-apapun , lawatan ke kilang Mamee Double Decker dan Mamee Jonker House sangat menyeronokkan sambil lawatan Ty juga dapat belajar dan tahu serba sedikit cara penghasilan produk – produk Mamee. 


Dapatlah juga Ty berkenalan dengan rakan blogger yang lama dan baru. Terima kasih semua.
#mameechefday

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Review Produk : B'Vite Mencantikkan Kulit dan Menyihatkan Badan

6:02 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam U olls ,


B'Vite | Penampilan cantik dengan tubuh badan sihat , sememangnya menjadi keinginan dan kehendak kepada setiap manusia. Tak kira lah dari atau di dalam golongan wanita mahupun lelaki. Yakni , selain penjagaan dalaman , penjagaan luaran adalah menjadi faktor utama juga. Dan terutamanya penjagaan kulit , ini kerana pastinya akan ada rasa pada setiap orang mahukan kulit yang cantik dan bertampilan menarik.

Okey , begitu juga dengan Ty.

Baru ni , Ty baru saja mengamalkan dan sudah menghabiskan 2 buah botol B'Vite selama sebulan. Orang lain nak cantik dan sihat , Ty pun nak mencuba juga.

Alhamdulillah , dengan pengambilan 2 sudu besar pada setiap pagi dan sebelum masuk tidur. Semasa pengambilan , sedikit perubahan yang Ty dapat lihat dan rasa secara tidak langsung terhadap tubuh badan Ty. Contohnya , senang membuang toksin - toksin dari badan , terasa berat badan ringan. Niat sebenarnya Ty nak cuba tengok perubahan dari segi tona warna kulit akibat terbakar rentung hangus selepas bercuti dan bersantai di bawah pancaran sinaran uv matahari yang terik.


Nampak tak sedikit perbezaan dan perubahan pada tona warna kulit Ty ? Mungkin tak jelas dan walaupun tak ketara , ye lah u olls Ty pun baru cuba 2 buah botol jadi mustahil untuk kulit jadi putih melepak. Sikit demi sikit , tona warna kulit sudah berkurangan dan cerah sikit demi sikit. Yeah , great so far , dah tak macam anak Negro dan kembali menjadi anak kepada daddy dan mummy. Ahaks.

Kalau u olls pun nak kulit cantik , putih gebu juga keanjalan yang tenang juga sihat luar dalam bolehlah mencuba produk B'Vite untuk mendapatkan hasil yang positif. Ty sendiri pun pasti akan yerus mengamalkan, in sha Allah. Mudah - mudahan berhasil dan terus kekal cantik. Chewah , gitu.


U olls yang ingin jadi cun juga , jom sama - sama kita terjah FB Page B'Vite Official HQ dan cepat - cepat buat pesanan produk B'Vite ni untuk jadi lebih cantik ala - ala awek muda kerana produk ini dapat juga kedutan di wajah dengan menghindarkan anti penuaan.

Bagi yang berminat untuk mencuba dan mendapatkan produk B'Vite juga keterangan lebih lanjut boleh lah dapatkan di : -

Facebook : 
Legacy Secret Trading [klik]
B'Vite Official HQ [klik]

Apa - apa pun , pastikan u olls mendapatkan produk yang ORIGINAL. Selamat mencuba dan kekal cantik sambil sihat.

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Wordless Wednesday : BABI - Bercinta Di Balik Api

12:01 AM Yanty Lee 10 Comments



Bacaan seterusnya , tiada kaitan dengan isu HALAL dan HARAM antara BABI dan CADBURY.

Lejen Press | Penulisan : Azwar Kamaruzaman

10 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

Aku , Kak Nad dan Pil Chi-Kit Teck Aun

4:43 PM Yanty Lee 14 Comments

Salam u olls , 

Pil "Chi-Kit" Tek Aun , sinonim sangat la bila sakit perut , tak kira lah diarrhea (penggunaan bahasa molek) atau perut masuk angin , mesti kelam kabut cari segala pelusuk sudut alam semesta yang seboleh - boleh nak dapatkan pil atau sebenarnya merupakan ubat herba cina mujarab ni.


Ceghita Kak Nad

Kak Nad - Opismate Ty

Pagi - pagi , Whatsapp ting tong ting toink toink dah memekak. Kak Nad rupanya dah sampai opis tapi sibuk dengan pelaburan emas lebur kat toilet. Memerut di awal pagi , yang tak hening mana tanpa kokokkan ayam. 

Tak cukup memerut , memekak pula minta member sebelah dapatkan dia Pil "Chi-Kit" Tek Aun. Dapatlah dia makan 1 sachet lepas jamah sikit makan tengahari dengan air 100 Plus. Ty mampu tersenyum teringat al kisah Ty yang dulu - dulu sekian abad dengan pil ni. Tambahan pula , bila Kak Nad kata "makan 5 biji ja ni". Okay , dia bajet dia 1 / 2 years olds. Haktuihh sangat.

Terus snap gambar.




Cehgita Ty

Bukan tak pernah sakit memerut cherry berry aka diarrhea cumanya dan sejujurnya hampir 20 tahun hidup di muka bumi , tak pernah amik pun Pil "Chi-Kit" Tek Aun ni , sebabnya memang tak suka makan ubat. Baik kapsul , mahupun cecair. Harem la. Anak ja kepada pharmacist dan nurse tapi kokoot.

Terpaksa makan juga bila berada dalam situasi yang kritikal bila satu geng dak sewa umah mengalami keracunan makanan. Salah sorang turun gi kedai mamak bawah ghumah , belikan apa yang patut dan semestinya pil ni sekali.

Bila nampak ubat , muka dah cuak. Tapi 3 - 3 orang dah dok depan dan memaksa juga untuk telan. Kenal sangat dah dierorang ni , yang ada spesis sorang dalam ghumah tak suka makan ubat. Gugup len macam , bau pil pun alahai mengundang macam nak diluah - muntah balik ada la.

Masuk bilik , cubaan untuk makan sendiri tanpa diperhati akak - akak dan seorang adik. Yeah! "Dah makan" , dengan muka bangga bila keluar bilik. Muka heran pula dibalas dierorg. Macam tak percaya , siap sorang akak ni tanya , "Habis sepaket?". Terbeliak mata , sebab makan sebijik bukan sepaket. [Haipp jangan gelak!]

Sekali lagi , semua bersila dok depan , ala ada spiritual. Gigil dowh , nak telan sepaket face - to - face. Jenuh nak mampuih , mati liat pula. Apa punya palat la kan. Memang tak berhasil pun , habis tersembur ada la.

Pengalaman Ty dan Pit "Chi-Kit" Tek Aun yang tragis lagi sadis. 


iwillneverforgetmyexperiencefortherestofmylife

14 comments:

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen