Salam uolls,
Baru-baru ni Ty ke Sandakan, Sabah. Tapi tidak bermalam di bandar kota sebaliknya menyambung perjalanan ke daerah Sukau.
Ty dan rakan blogger, menginap di Borneo Natural Sukau Bilit Resort selama 3H2M. Perjalanan dari check point - Hotel Sandakan ke resort menaiki bas yang disediakan oleh pihak resort mengambil hampir 2 jam. Jadi masing-masing mengambil peluang untuk repeat tidur memandangkan ada di antara kami bermalam di KLIA2 kerana penerbangan ke Sandakan seawal jam 6.25 pagi. Takut terbabas kekdahnya.
Setiba di resort, kami di sambut dengan minuman dan dendangan lagu tradisional. Sangat welcoming. Sebelum diberikan kunci bilik, sempat kami di beri penerangan serba sedikit tentang jadual sepanjang di sana.
Aktiviti Di Borneo Natural Sukau Bilit Resort
River Cruise
Kami ada 4 kali sesi, 2 di sebelah pagi dan 2 lagi di sebelah petang. Apa yang Ty paling tak sangkakan ialah kami sebenarnya telahpun menyusuri Sungai Kinabatangan yang panjangnya hampir 560km.
Sepanjang menyusuri sungai ini, kami berpeluang untuk melihat sendiri Buaya, Proboscis Monkey, Burung Helang, Burung Udang Merah , Hornbill. Sayangnya kami kurang bernasib baik kerana tidak dapat melihat gajah. Walaupun di sungai ini banyak buaya tetapi sepertinya mereka agak pemalu.
In the 📷: Hasif Hamsyari
Jungle Trekking
Ada 2 sesi , di sebelah malam dan pagi.
Pada waktu malam, kami amat teruja kerana dapat melihat langit yang dipenuhi dengan bintang. Cantik sangat. Ruginya part ni tak tersnap gambar pun. Bagi rakan yang berada di hadapan, mereka sempat melihat skunk. Masuk hutan malam ni, pengalaman baru Ty pakai kasut getah ala Phua Chu Kang tu uolls, jenuh juga pada mulanya nak jalan.
Lain pula dengan sesi sebelah pagi, kami redah hutan sampai ke sebuah perkampungan. Dapatlah lihat peninggalan najis gajah sahaja yang dah lama. Masa di perkampungan,rasa tenang, aman damai je uolls. Lepas aktiviti ini , kami lebih santai , ronda kampung sambil pekena pisang goreng sebelum ke river cruise sebelah petang.
FREE & EASY
Walaupun , sesi free and easy tetapi pihak resort ada acara santai untuk pengunjung yang menginap di resort. Antara , persembahan oleh pekerja resort , menari tarian poco-poco dan acara permainan.
Kami juga sempat mengambil peluang untuk berkongsi cerita dengan pemandu bot kami sebelum ke kamar , kira bed time story gitu.
Pengalaman yang Ty rasa bukan senang untuk dapat , bila bila di sini memang dapat berehat sepuas-puasnya. Uniknya kayu yang digunakan untuk keseluruhan resort ini adalah daripada kayu berlian. Walaupun sebenarnya berada di dalam hutan , tapi bilik tidur resort inin seperti di bilik mewah yang sangat romatik apatahlagi bilik air pun tak ada rasa timbul tidak selesa.
Bilik Dan Harga Bilik Untuk 3 Hari 2 Malam
Dormitory - RM385/
Dalam dorm ni boleh buat dalam kira-kira 6 - 7 orang , bilik airnya ada di luar yang lengkap. Sesuai untuk bagi kumpulan sekolah / universiti yang datang untuk program teambuilding etc.
Katil double decker , setiap penjuru katil di atas ada soket plug. Jadi tak ada masalah untuk berebut nak caj apapun gadjet etc.
Cottage - RM477/person
Sangat cantik view , bangun pagi mesti rasa tenang
Deluxe - RM530/person
Nak honeymoon , sesuai sangat olls.
Harga termasuk:
- Pengangkutan dari/ke Hotel Sandakan
- Guide untuk semua aktiviti
- 4x river cruise
- 1x night walk
- 1x jungle trekking
- Penginapan
- Makan dan minum
Harga tidak termasuk:
- Barangan kelengkapan lain (sewa)
- Perbelanjaan peribadi
- Makan dan minum selain dinyatakan
- Penginapan tambahan
Buat uolls yang ingin tahu lebih lanjut mahupun membuat tempahan boleh menghubungi ;
Emel : [email protected] / [email protected]
No.Tel : +6017 927 9128 (Fred) / +608 921 8372
Laman web : www.asiagreentravels.com
Sangat recommended , uolls!
Wahhh sangat back to nature, giler best!
ReplyDeleteBestnye sis. ..
ReplyDeleteCantik betul pemandangan di sana ya..harga penginapan pun berbaloi
ReplyDeleteFuyoo cantik betul pemandangan kat sini.. mesti seronok ni kalau dapat pegi..
ReplyDeletenyamannyaaa.......
ReplyDeleteBESTNYA ty..dah la tempat cantik sangat2
ReplyDeleteseronoknya TY, tak pernah sampai sandakan, nak masuk dalam bucketlist cuti-cuti malaysia la resort ni. damai dan tenang jer
ReplyDeleteWaaa, cantik-cantik view kat sini ye.
ReplyDeleteAkak kalau nak release Minda dan cari inspirasi. Suka masuk Hutan macam ni. Best sangat. Barulah lega. Tapi itu dulu. Sekarang ni akak suka tido kat rumah. Hahaha. Penat la lately. Nanti tunggu anak besar. Mereka nak tengok crocodile.
ReplyDeleteWa.. bestnya. Ritu gi sabah area kk n kundasang je.. sandakan untuk next plan.. boleh la nk try kesini
ReplyDeleteCantik! Nampak tenang ja kat situ. Bestnyaaa
ReplyDeleteFuuuuhhh cantik..
ReplyDeletebestnya view sana.. nampak tenang je.
ReplyDeletebestnya pergi borneo.. tempat dia mengasyikkan... harga untuk 3D2N pon berbaloi.... jimat jugak tu.... mmg tmpt2 macam ni best utk release mind kan... sbb tu kalau kem kecemerlangan pelajar, dia akan bawa ke hutan2 cmni.. hehehe... nk survey la nnti tmpt ni g holiday..
ReplyDeletecantikkan pemandangan. Sesuai untuk lari hiruk pikuk bandar. Tunggu anak-anak dah besar dan nak berjalan dengan suami habiskan duit keliling Malaysia jela dl hahahha
ReplyDeleteBaru nak tanya, buaya tu semua baik-baik ye? Takut pula nak naik bot kalau tahu ada buaya..hahaha...cantiknya bilik tuuuu
ReplyDeleterindu nak pergi lagi!
ReplyDeleteperghh... cantiknya! rindu sangat nak pergi lagi. memang tenang! dengan suasana yang cantik, awan-gemawan yang berkepul-kepul macam tu. malam pulak penuh dengan bintang. pergh!
ReplyDeleteKalau trip back tu natural macam ni, memang kena kosongkan minda betul-betul. ineternet connection campak ke tepi dulu. berkawanlah dengan alam..kalau jumpa Tombiruo, kirim salam..
ReplyDeleteMemang cantik pemandangan di Borneo. Tenang saja tengok suasana di sana. Memang sesuai sangat kalau diadakan aktiviti aihat dan dijadikan twmpat kita melepaskan tekanan.
ReplyDeletesuka sangat tengok penginapan dlm hutan tapi modern mcm ni
ReplyDeleteYa ampun, bestnya..kalau ada rezwki boleh datang sini. Tengok ukiran kayu tu, tempat tinggal dia, cantik betul. Tenang je.
ReplyDeleteSebenarnya not bad juga harga tu sebab pakej dah siap semua. Tinggal nak beli tiket flight and pergi je.
ReplyDeletewah menarik betul tempatnya, memang sangat gorgeous indahnya ciptaan tuhan, paling best i tengok yang ada jacuzzi tu, betullah siap dengan harga pakej, nampaknya kena pergi lah satu hari nanti berhoney mooon ;)
ReplyDeleteBestnyaa awak ! Kita jeles ni
ReplyDeleteBestnya tengok..rasa nak lari hari ni terus ke sana..nak tenangkan fikiran. Harga pun nampak berbaloi sangat
ReplyDeleteCantiknya bilik dia..nampak antik dan klasik gittew...pling best setiap kali bangun tido dapat tgk view hijuau yang cukup mendamaikan
ReplyDeleteback to nature. Memang boleh hilang terus stress ni bercuti kat sini
ReplyDeleteSubhanallah. Cantik sangat dear tempat penginapannya. Kita tak pernah sampai Sandakan lagi. Kena tambah 1 lagi wishlist nampaknya ;)
ReplyDeleteCantiknyaaaaa ..
ReplyDeletewow cantiknya bilik dia..suka tengok design kayu macam tu..vintage sangat..view pun cantiknya..back to nature sangat...nak holiday jugakk..
ReplyDeleteTy mmg suka aktiviti lasak mcm ni kan. Hakak kurang suka Ty....Takut weyh nak masuk hutan hahaha....
ReplyDeleteYa Allah cantiknya bilik u duk yantee...
ReplyDeleteBestnya back to nature kan
Love the sights and photography that was taken here- you can definitely see the beauty of it all. Love the activities that you did there too-looks like it was so much fun :)
ReplyDeletethank you for your entry . hehehe rindunya sukau. best meriah kan semua gelak ketawa je kita kat sana hehe
ReplyDeletekakkk. rindu sukau camne ni? bilik best, suasana best, makan best. semua pun best! rasa fresh otak ni pas balik. next kumpul kat kapas pulak okay.
ReplyDeleteLawanya tempat !
ReplyDeleteHey what a brilliant post I have come across and believe me I have been searching out for this similar kind of post for past a week and hardly came across this. Thank you very much and will look for more postings from you. สล็อตออนไลน์
ReplyDeleteI really appreciate this wonderful post that you have provided for us. I assure this would be beneficial for most of the people. horseshoe bay custom pool construction
ReplyDelete