Haruman Minyak Wangi Eksklusif Dari Mont Cabana


Salam uolls ,

Alhamdulillah dah genap seminggu kita umat Islam serat dunia menunaikan ibadah puasa.

Dan keperluan menjelang hari raya nanti juga sepertinya orang ramai di luar sana sudah pun membuat persiapan sedikit demi sedikit. Selain dari kelengkapan rumah , diri dan keluarga untuk beraya sakan nanti di pagi hari raya , Ty jamin uolls juga akan mula mencari minyak wangi yang semestinya wangi untuk tampil lebih wangi sambil bergaya , bukan?

Okay , Ty nak kongsi sikit dengan uolls minyak wangi yang eksluksif dari Mont Cabana adalah pilihan yang mesti uolls dapatkan. Kenapa? Pelakon sado ; Zul Ariffin pun guna , uolls!


Mont Cabana akan bergandingan dengan selebriti terkemuka yang akan menjadi lambang signature untuk keluaran produk mereka. Ya , Zul Ariffin adalah artisnya yang telah bergandingan untuk keluaran pada kali ini.

Okay , minyak wangi eksklusif dari Mont Cabana ini adalah Eau De Parfum yang mana telah pun mulai berada di pasaran mulai Mei 2018. HOT ITEM yang disebut - sebut uolls. Untuk pengetahuan uolls , Mont Cabana merupakan minyak wangi premium ataupun ayat yang lebih digunakan oleh netizen ialah "minyak wangi orang kaya". Have-have sangat kekdahnya ye? Tapi minyak wangi ini bukanlah yang jenis tiruan dari yang asli ; inspired , ok uolls. Dah ia sudah mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam urusan perniafaan atas talian 

Minyak wangi eksklusif dari Mont Cabana ini adalah minyak wangi yang mempunyai wangiannya tersendiri kerana ramuan menghasilkannya adalah sendiri dari kilangnya.


KEISTIMEWAAN MINYAK WANGI MONT CABANA
1. Tahan sehingga 24 jam
2. Bau Haruman Wangian Unik
3. Mempunyai kelas tersendiri





Bagi keluaran tahun 2018 ini , sebanyak 24 jenis wangian dikeluarkan dan pada pelancaran baru - baru ini Mont Cabana telah memperkenalkan 2 jenis wangian bagi lelaki dan perempuan. Dan difahamkan 22 jenis wangian lagi akan dikeluarkan secara berperingkat dalam masa terdekat mengikut perancangan yang telahpun dijadualkan seperti berikut ;
- Mont Cabana 1 , 2 - Mei
- Mont Cabana 3 ,4 , 5 , 6 - Jun
- Mont Cabana 7 , 8 , 9 , 10 - Julai
- Mont Cabana 11 , 12 , 13 , 14 - Ogos 



CARA PEMBELIAN MINYAK WANGI MONT CABANA
1. Atas talian melalui laman web ; montcabana.com.my {klik} , atau
2. Cash On Delivery (COD)

Uolls tak perlu risau , pembelian ini bukan sahaja buat mereka yang berada di dalam negara Malaysia sahaja malah uolls juga boleh membuat pembelian walaupun berada di Singapura , Brunei dan Indonesia. Yang pastinya pembelian secara atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Kad Kredit , Bank Transfer . Debit Card yang mana cara pembayaran yang jelas telah dinyatakan pada laman web mereka.

Untuk melihat dengans siapa untuk dapatkan minyak wangi Mont Cabana ini klik link ini - Senarai Ejen . Dah ia sudah mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam urusan perniafaan atas talian , jadinya uolls tak perlulah rasa khuartir sekiranya pesanan uolls tak sampai. Dijamin sampai.

3

MENCARI WAKIL JUALAN
Okey uolls , selain daripada membeli dan meragakan diri dengan minyak wangi ini , uolls juga boleh menjana pendapatan dengan menjadi wakil jualan. Ini kerana pihak Mont Cabana sedang mencari wakil jualan di seluruh negara malah di Singapura , Brunei dan juga Indonesia.
Keistimewaan sebagai wakil jualan yang ditawarkan ; 
1. Mont Cabana akan membantu dari segi pemasaran , offline dan online.
2. HQ sudah memperuntukkan lebih 2 juta untuk marketing termasuk memasang 60 billboard di seluruh Malaysia , membuat pengiklanan di TV , Radio , SuratKhabar , dan beberapa mediam iklan lain.
3. Untuk yang berminat menjadi ejen , tools online dan offline disediakan termasuk banner , risalah dan lain- lain.
4. Sistem jualah adalah canggih.
5. Bonus dan ganjaran juga akan diberikan.


Dapatkan sekarang ye uolls , nanti habis lak stok menyesal tak sudah nak wangi - wangi.

Info Tentang Mont Cabana
Harga : RM129/50ml
Whatsapp : 012-3377045
Facebook : Mont Cabana My
Instagram : @montcabana.my

Percutian Santai Dengan Pakej Murah Di Pulau Kapas


Salam uolls ,

Kalau cuti uolls buat apa saja selalunya?
Adakalanya mesti tak tahu mana nak tuju , bukan?
OK , Ty ada port baru untuk uolls lepak bersantai dan sekiranya nak melayan perasaan sorang - sorang pun boleh sangat - sangat.

JOM KE PULAU KAPAS !
Nak ke sini , dari KL ke Jeti Marang mengambil masa kira - kira 6 jam.
Dan dari Jeti Marang , naik bot selama 15 - 20 minit untuk ke Pulau Kapas.


KENAPA PULAU KAPAS
Sebab sebuah pulau yang tak la berapa besar bagi Ty , tapi seronoknya ada pelbagai jenis aktiviti yang boleh dilakukan. Sangat yang menenangkan dan boleh bersantai. 

AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN KETIKA BERCUTI DI PULAU KAPAS
1. KAYAK
Caj dalam RM20 , hirup udara segar uolls boleh mengayuh canoe sambil menikmati suasana pada hari petang sebelum fajar senja terbenam. Ambil kesempatan ini untuk bergambar sepuasnya , pasti hasilnya cantik. Kenangan kot , uolls.



2. SNORKELING
Peralatan snorkeling selalunya dan pastinya akan disediakan oleh pihak resort / chalet yang mana dikira bersekaligus dalam pakej. Masa snorkeling ini , bukan sahaja dapat lihat batu karang , ikan , gamat malah brader bot ajar we olls cara untuk panggil jerung di dalam air lagi.

📷 : Ainny Zain

📷 : Aryl

3. HIKING KE BUKIT SINGA
WAJIB! Aktiviti ini rugi kalau uolls tak cuba sedaya upaya untuk jejak juga ke puncak Bukit Singa. Walaupun penuh dengan cabaran untuk mengharungi sepanjang laluan. Apapun berhati - hati , kerana curam bukit ini Ty tak nafikan sedikit men"cuak"kan TAPI permandangan dari puncak memang meletop cun habis uolls.



Gigih shoot berbaju jubah konvo , mampu?

4. BERMAIN BOLA TAMPAR PANTAI
Beriadah kekdahnya. Bila rasa stress tengah bercuti pun ada sahaja malaun menganggu hidup uolls , boleh la tampar bola dari tertampar orang lain kan,atleast berfaedah dapat bersukan.



5. Berpeleseran Di Tepi Pantai
Tak kira seawal subuh ke , pagi ke tengahari , petang menjelang senja ke malam ke , uolls boleh sahaja berjalan kaki menikmati pemandangan sekeliling pulau ini. Uolls nak bermandi-manda juga boleh.

Cantik kan permandangan mata tengok luas lautan terbentang

Dah nak senja oi!

Jauh termenung , Rindu sapa erk?

Rehat santai di buaian

Main buaian

Layan perasaan sambil buai diri sendiri dalam hammock

6. LIVE BAND - VIOLIN
Tiap - tiap malam memang lepas makan dinner mesti lepak layak brader hensem manis and the gang hiburkan weolls. Kenapa leh terpaut sampai habis , sebab bukan selalu dapat tengok orang perform dengan violin. Teruja yakmat oi.


📷 : Fuad

7. BBQ
Layan makan BBQ dengan suasana waktu malam bertemankan angin malam pula pergh memang terangkat oi. Menikmati BBQ sambil layan live band , asyik owh hoi.

Ainny , dia la tukang bakaq tapi tertido dulu

8. ISLAND HOPING


Ada nampak macam kepala singa tak?

Pukulan kuat air laut lalu terukir bentuk hati pada permukaan bukit 

Bisakah ku pahatkan cinta kita di situ?

Menarik kan? Dalam 3 hari sahaj uolls boleh tapau Pulau Kapas ni. Nak ke sini , meh tengok pakej apa yang ditawarkan oleh Kapas Vacay ;


Pakej 3 Hari 2 Malam Pulau Kapas
RM305 / seorang (1 bilik 4 orang)


Pakej termasuk;
1) Bilik penginapan yang luas dan selesa dengan penghawa dingin (2 malam).
2) Bot pergi balik dari Jeti Marang ke Pulau Kapas.
3) Snorkeling di Taman Laut.
4) Keperluan snorkeling.
5) 2 kali sarapan, 2 kali makan tengahari dan 2 kali makan malam.

Tambahan aktiviti (harga untuk seorang);
1) Snorkeling set (one day used) + RM15
2) Hiking Bukit Singa dengan tour guide + RM15
3) Island-Hopping / tour dengan bot selama 45 minit + RM25

MURAH dan BERBALOI , jadi bagi uolls yang ingin merancang percutian boleh la membuat tempahan dengan menghubungi talian - 011-2195 6220 / 017-501 7517 ataupun bagi sebarang maklumat lebih lanjut boleh mendapatkan di ;

Terjun !! Arus ombak kuat tapi demi sekeping gambar sis cuba !
Berendam di Bukit Singa

Nak pesan sikit , 
Keperluan semasa bercuti di Pulau Kapas yang perlu atau mungkin diperlukan ,
- Dry Bag 
- Water Proof Casing (Handphone / GoPro / SJCam)
- Aqua Shoe {nak sea trekking dulu baru boleh mendaki Bukit Singa}
- Sunblock
- Sunglasses 
- Extra stoking

dan yang terakhir ,
nak pergi nanti sila la hello2X , kot iolls leh join buat ramai. EH!

IRENE CATALINA DUTA PROGRAM ROAD TOUR CHARITY ZUMBA 2018 - FAB DANCE


Salam uols ,


Ty berkesempatan untuk turut serta di Majlis Perasmian Dan Menandatangani Nota Kerjasama Antara Fabulous Empire Bersama Artis Irene Catalina Sebagai Duta Program "Road Tour Charity Zumba 2018 - FAB Dance" pada pagi Ahad ; 13 Mei 2018 yang berlangsung di  Ali Hall - Dewan Perkahwinan dan Katering , Wangsa Maju.

Selepas selesai sahaja sesi pendaftaran dan semua jemputan VIP tiba , majlis dimulakan dengan acara tarian Zumba oleh ZIN Why , ZIN Wady , ZIN Watie Elite & ZIN Ewone







Tu dia , bertambah sakan semua bergojet zumba bagi panas badan di keheningan pagi yang dari malam semalamnya sejuk sebab hujan. Ikutkan liat juga oi nak bangun pagi - pagi , sedap lena sejuk - sejuk.

Zumba ini bukanlah sekadar sempena Road Tour Charity Zumba 2018 - FAB Dance , ini adalah juga bagi memberikan impak yang sangat besar dan membolehkan para peserta merasai sendiri pengalaman berzumba , berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama para peserta yang berjinak dan mengenali sukan altenatif "Zumba" ini.


Fabulous Empire juga telah menandatangani nota kerjasama bersama artis Irene Catalina sebagai Duta Program. Irene Catalina yang dikenali dengan lagu single terbaru berjudul "Ajari Aku" akan diiiringi kehadirannya oleh konvoi motosikal berkuasa tinggi "BIKERS CARE" (Lady Riders) sebagai "OPENING GAMBIT" program.

Tujuan utama program amal ini supaya ianya mengumpul dana untuk disalurkan kepada pihak MAKNA (Majlis Kanser Nasional) di samping ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama sesama pihak individu  , masyarakat , insitusi , persatuan , organisasi kerajaan mahupun swasta yang melibatkan diri dan bekerjasama secara langsung di dalam program ini.

Program yang julung kalinya dari Fabulous Empire ini juga telah menjalinkan kerjasama di antara pihak penaja iaitu ;
PRINCE COURT MEDICAL CENTRE 
- A  FAMOSA RESORT
- VOUK HOTEL MANAGENMENT (VHM)
- TS SKIN SOLUTION
- NOURLIEX PREMIUM HANDMADE CONFECTIOS
- MIA MIKHAIL
- ROYAL LEAF
- BELACAN RATU
- BEYOUTIFUL
- NS DAIRY FARM
- KAISAR THAI RESTAURANT
- PERTUBUHAN WANITA ELIT
- USAHANITA CAWANGAN DAERAH AMPANG 
- TV WANITA (Program Zoom Power) 
- ARTIS ASH HAFIZZ di bawah naungan DR.IRMA Entertainment

Program amal ini dirasmikan oleh Datin Sri Nurzarina Sepran  , beliau adalah seorang peniaga wanita yang sangat berjaya dan merupakan Pengerusi Pertubuhan Wanita Elit.

Untuk makluman lebih lanjut mengenai Road Tour Charity Zumba 2018 - FAB Dance ini oleh emelkan ke alamat [email protected]

Wangian Dashing Untuk Lelaki Aktif - Sangat Menggoda,Aum!


Salam uolls , 

Dashing, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. Rangkaian Dashing Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.


Lelaki Dashing mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang.


Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.

Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.


Memahami keperluan lelaki aktif untuk berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk botol yang sporty bersaiz 50 ml. Rangkaian produk DASHING Sport boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.


DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Didahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender beserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.


Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodorant 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari :

Memang wangi uolls! Ty tergoda pula dengan bau dia. Aummmm.