Salam uolls,
Buat julung kalinya Chef Ismail bawakan Restoran Rebung 2 di Putrajaya! Bagi mereka yang berhampiran Cyberjaya,Bangi,Kajang, Banting,Sepang,even Nilai dsb juga dah tak payah lagi harungi kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur sebab dah boleh datang di Empangan Putrajaya dan nikmati sepenuhnya masakan Chef Ismail.
Ramadan kali ni juga merupakan pembukaan baru beliau Restoran Rebung 2 di Putrajaya ni.
Masih kekal dengan konsep dan tema yang sama iaitu "Ceq Lapaq Nasik Lah!".
Nasi Lemuni
Nasi Ulam
Nasi Ikan
Nasi Daging
Nasi Kerabu
Seperti entri Ty sebelum nya, kesemua menu utama seperti Nasi Lemuni , Nasi Daging, Nasi Ulam, Nasi Ikan dan Nasi Kerabu pasti menantikan kunjungan korang yang berdekatan untuk mencuba sambil menikmati keindahan malam tepi tasik empangan di Putrajaya.
Lauk pauk ala kampung halaman juga turut serta ada ya, guys.
Sebagai "orang Putrajaya" hampir 16 tahun, Ty sangat kagum dengan Chef Ismail yang berjaya membuka restorannya yang ke dua di sini. Dulunya meriah Empangan ini tapi makin hari makin suram dan kali ini tidak lagi. Mana taknya Ty pasti Restoran Rebung 2 pasti menjadi tumpuan orang-orang Putrajaya dan sekitar kawasan.
Jom semua orang Putrajaya dan sekitar kawasan berdekatan untuk datang beramai - ramai ke Restoran Rebung 2 ini untuk menjamu selera berbuka puasa di sini.
Bagi yang nak menunaikan solat pun ada surau disediakan.
Kalau dah ada di Putrajaya bolehlah singgah di Bazaar Jualan yang juga berlangsung di hadapan Perbadanan Putrajaya. Sambil jalan-jalan di Putrajaya.
PersemBahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer akan menghiburkan para pelanggan sambil menikmati makanan.
Pakej Bufet Ramadan Restoran Rebung 2024 akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan bermula 12 Mac hingga 8 April 2024.
Kalau konsep yang sama semestinya harga juga sama ya korang. Dan pastinya ianya berbaloi sangat.
𝗗𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 : 𝗥𝗠 𝟵𝟵 𝗻𝗲𝘁𝘁 𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸 :
𝗥𝗠 𝟲𝟵 𝗻𝗲𝘁𝘁 (𝘂𝗺𝘂𝗿 𝟱-𝟭𝟮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻)
Taman Seri Empangan
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen