Aku , Kak Nad dan Pil Chi-Kit Teck Aun

Monday, June 2, 2014

Salam u olls , 

Pil "Chi-Kit" Tek Aun , sinonim sangat la bila sakit perut , tak kira lah diarrhea (penggunaan bahasa molek) atau perut masuk angin , mesti kelam kabut cari segala pelusuk sudut alam semesta yang seboleh - boleh nak dapatkan pil atau sebenarnya merupakan ubat herba cina mujarab ni.


Ceghita Kak Nad

Kak Nad - Opismate Ty

Pagi - pagi , Whatsapp ting tong ting toink toink dah memekak. Kak Nad rupanya dah sampai opis tapi sibuk dengan pelaburan emas lebur kat toilet. Memerut di awal pagi , yang tak hening mana tanpa kokokkan ayam. 

Tak cukup memerut , memekak pula minta member sebelah dapatkan dia Pil "Chi-Kit" Tek Aun. Dapatlah dia makan 1 sachet lepas jamah sikit makan tengahari dengan air 100 Plus. Ty mampu tersenyum teringat al kisah Ty yang dulu - dulu sekian abad dengan pil ni. Tambahan pula , bila Kak Nad kata "makan 5 biji ja ni". Okay , dia bajet dia 1 / 2 years olds. Haktuihh sangat.

Terus snap gambar.




Cehgita Ty

Bukan tak pernah sakit memerut cherry berry aka diarrhea cumanya dan sejujurnya hampir 20 tahun hidup di muka bumi , tak pernah amik pun Pil "Chi-Kit" Tek Aun ni , sebabnya memang tak suka makan ubat. Baik kapsul , mahupun cecair. Harem la. Anak ja kepada pharmacist dan nurse tapi kokoot.

Terpaksa makan juga bila berada dalam situasi yang kritikal bila satu geng dak sewa umah mengalami keracunan makanan. Salah sorang turun gi kedai mamak bawah ghumah , belikan apa yang patut dan semestinya pil ni sekali.

Bila nampak ubat , muka dah cuak. Tapi 3 - 3 orang dah dok depan dan memaksa juga untuk telan. Kenal sangat dah dierorang ni , yang ada spesis sorang dalam ghumah tak suka makan ubat. Gugup len macam , bau pil pun alahai mengundang macam nak diluah - muntah balik ada la.

Masuk bilik , cubaan untuk makan sendiri tanpa diperhati akak - akak dan seorang adik. Yeah! "Dah makan" , dengan muka bangga bila keluar bilik. Muka heran pula dibalas dierorg. Macam tak percaya , siap sorang akak ni tanya , "Habis sepaket?". Terbeliak mata , sebab makan sebijik bukan sepaket. [Haipp jangan gelak!]

Sekali lagi , semua bersila dok depan , ala ada spiritual. Gigil dowh , nak telan sepaket face - to - face. Jenuh nak mampuih , mati liat pula. Apa punya palat la kan. Memang tak berhasil pun , habis tersembur ada la.

Pengalaman Ty dan Pit "Chi-Kit" Tek Aun yang tragis lagi sadis. 


iwillneverforgetmyexperiencefortherestofmylife

16 comments

  1. Sampai macam tu sekali tak suka makan ubat. Ekekekeke. Ena memang telan je ubat ni sebab fikir nak elok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak makan dah sangat pun pil ni , Ena. Ada ja alternatif ubat lain. Ngee.

      Delete
  2. Hahahahahahahahahahahahahahahahaha ! Sebijik je ? Naye memang naye. Kekekeke. Kita kalau ceri beri ni memang laju je g 7e beli pil chi kit teck aun ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uwaaaaaaa T_T. Haha. Tak dapat nak nolong kan? Ty memang tak suka la makan ubat. Oh , pengakuan jujur.

      Delete
  3. Ohh susah jgk nk mkn obat ropenyer, x gentle lah hikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni bukan tak gentle , ni penyeksaan JM... cuba sedap sikit ubat tu,sedap gak rasa kan.. Eh.

      Delete
  4. kahkahkah sama!!!! memang pesyen tak reti telan ubat. sejak2 preggy je baru pandai lepas nadh ajar dan beri motivasi kahkahkah

    sama la kita ingatkan kena makan sebijik aje rupanya sepaket :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Preggy memang banyak jenis ubat kn kena amalkan. Bertabahla ye.

      OMGEEEE! Sepp , Kira! Ty ingat Ty ja pelik tapi hado geng ghupenya. Wheee.

      Delete
  5. Tp mmg bagus pil ni Ty ....okje pernah makanlah ... Bukannya rasa apa pun kan, apa yg takut sangat! Kalau anak okje ni mng dah kena marah hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ubat dan marah tu dah lali Okje. Tapi Ty mmg jarang dh amik ubat pil ni , de je ubat len yang seketoi ja telan pun boleh baik.

      Delete
  6. klu x biasa mmg camtu lagunya ... tersembur ... hehehee

    ReplyDelete
  7. Bajet bagus aka keras kepala Tak nak mkn ubat konon tapi nak sihat manjang...

    ReplyDelete
  8. Haha, memang kelakar la pengalaman Ty dan Kak Nad dengan Pil "Chi-Kit" Tek Aun ni! Tapi memang ubat yang mujarab bila sakit perut. Siapa yang tak pernah kenal, kan? Terima kasih share cerita ni! khind washer dryer

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.