Mee Udang D'Laila MMA Santai Corner , Nilai

Thursday, June 26, 2014

Salam uolls . 

Ty nak kongsikan dengan u olls semua , satu port makan yang best dan berbaloi sekitar Nilai. Kali ini Ty dan geng blogger dari #kelabbloggerbenashaari terjah gerai D'Laila di MMA Santai Corner yang menghidangkan Mee Udang yang super power meletop. Selain Mee Udang , ada juga Mee Ketam dan Mee Udang + Ketam. Hidangan ada 2 jenis ; bersaiz M untuk medium dan juga bersaiz L untuk large yang dikenakan harga bayaran berpatutan. Bagi Ty , sangat murah.


Ini Mee Udang bersaiz L yang Ty order dengan harga RM10/-. Disajikan dengan udang galah yang besar dan masih lagi segar. 10 ekor udang yang di susun rapi bukan sekadar untuk tarikan atau hiasan tetapi terasa manis isi nya. Perggh! Memang terangkat , superb sedap


Yang ni pula antara pesanan dari rakan blogger , Mee Udang + Ketam . Harga nya hanya RM15/- sahaja. Murah kan? Murah u olls dan lagi berbaloi. Kalau terror makan ketam dah lama bedal , tapi I is segan dengan geng yang ramai , keayuaan perlu dijaga. Ahaks. 

Sangatlah direkemen! Pasti u olls berpuas hati dan akan datang lagi. 

D'Laila Mee Udang beroperasi dari jam 5.30 petang hinggga  12 tengah malam. Bagi u olls yang nak ke sana boleh la ikut arah ini - http://4sq.com/bKyfyC . Layari FB D'laila Suppower [klik] untuk lebih lanjut.

Kak Laila , Terima kasih atas masakan yang sangat sedap dan menerima kami yang sangat huha meriuhkan gerai malam tu.

U olls , selamat mencuba dan mesti pergi cuba okay!

11 comments

  1. Wahh tengok pun meleleh air liur ni ty

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la makan kat sini Ummi , mesti tak meleleh dah air liur tu.

      Delete
  2. teringin nya nak makan...ty 12 tghri or tgh malam sayang..hehehe

    ReplyDelete
  3. 5.30 petang sampai 12 tengahari? Tengah malam bukak jugak ke?

    ReplyDelete
  4. pada sesiapa yang mencari kedai makan dekat Penang yang ada macam macam menu dalam satu kedai, bolehlah cuba makan dekat Laila Food Corner dekat Bukit Mertajam ni. Dia satu blok dengan Pizza Hut Pauh Jaya. Buka untuk makan tengah hari sampai ke malam.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.