Salam u olls ,
Semua orang mesti ada pengalaman dalam hidup masing – masing kan , dan tak kira lah apa jenis dan keadaan pengalaman. Begitu la juga dengan Ty yang baru pertama kali berpengalaman menaiki perkhidmatan pesawat Malindo Air.
Bulan Jun lepas , Ty memang kerap balik ke Penang atas urusan peribadi dengan keluarga sekaligus menghadirikan diri ke majlis – majlis perkahwinan rakan alam maya – blogger yang rapat dengan Ty. Antaranya adik Afifah Sidek yang Ty kenal dari kelab atau group , Kami Blogger Utagha. Hubungan yang baik dan rapat bagaikan adik dan kakak. Sentiasa ada bila perlu. Apapun , tahniah dik ku , Eifa dan pasangannya Lukman yang selamat disatukan dan Alhamdulillah , majlis di Kulim berjalan baik hendakNya. Kenduri blogger ternama , MK Syahir dikenali dengan nama Dr.Fuh , pemilik fuh.my juga telah melangsungkan hari bahagia di Selama. Tahniah , bangchik!
Landasan : Pandangan luar dari ruang menunggu sebelum masuk ke dalam perut pesawat
Demi persahabatan , Ty sanggup balik ke Penang dengan perkhidmatan Malindo Air - 2 minggu berturut – turut. Ty paling teruja sebab harga tiket pergi dan balik sangat berpatutan dan kos nya tidak mencecah RM100/-.
Dari KLIA2 ke Penang = RM39/- | Dari Penang ke KLIA2 = RM42/-
Keseluruhannya , hanya RM81/-. Murah la sangat bagi Ty dan berbaloi daripada Ty naik bus yang bakal tersangkut hampir 10 jam kalau jam. Ini salah satu pengalaman ngeri dan memandu kereta sendiri juga kos akan mencecah ratusan.
My boarding pass - I am ready to fly without my own wings
Pengalaman dengan Malindo Air sangat lain , salah satunya Ty akan terima emel sehari sebelum hari penerbangan Ty sebagai peringatan dan makluman bersama maklumat. Sangat terkejut pada mulanya , dan terus tersebut secara spontan , “Baguihnya , peringat lagu ni”. Ha , tu dia ,keluar habis loghat Penang , mentang- mentang nak lik Penang.
Dekat KLIA2 , terjah je check – in luggage di kaunter W dengan mudah sekali. Beg berat bawah 15kg boleh masuk kargo dengan kadar percuma. I is like so much part ni. Tak perlu terkejar – kejar Ty nak heret dan angkat beg tarik Ty ke atas perut pesawat.
Masuk je dalam perut pesawat , selesa sangat dengan tempat duduk. Tak sempit , ruang yang besar sedikit dan selesa sangat. Tak terasa tersempit la senang bagitau. Depan tempat duduk pula ada screen sentuh yang boleh kita tengok cerita , dengar lagu atau main games. Cuma perlu bawa earphone / headphone sendiri dan cucuk di lubang untuk kegunaan sendiri , maknanya takkan mengganggu orang lain yang nak guna perkhidmatan tu juga. Kalau kata henpon dah nak kong , boleh je guna usb untuk charge. Terbaik lah.
Walaupun perjalanan hanya mengambil masa 1 jam , penumpang disajikan dengan makan ringan secara percuma ; air mineral kecil dan sepaket biskut. Alhamdulillah , buat sarapan pagi Ty dan lapik perut sebabnya perjalanan dari Putrajaya dari pukul 5 pagi dah bangun nak kejar tren ERL di Putrajaya Sentral bagai. Rezeki dari Dia , syukran.
Sumber : Google
Semasa berlepas dan mendarat pun , tak ada la Ty mengalami tekanan di telinga atau sakit. Pendaratan yang baik. Pengalaman Ty , kalau orang lain tak mungkin nasib kita berbeza. Kita tak naik dengan juruterbang yang sama kan , Cuma Ty sangat berpuas hati dengan perkhidmatan dari Malindo Air dengan pengalaman pertama Ty.
Apapun , terbaiklah!
P/S: Teringin nak naik FireFly pula. Tapi jauh sangat nun di Subang.
x pernah try lagi naik malindo nie
ReplyDeleteTy pun first time ni..
Deletemurah klau nk balik drive sndiri dgn keta kn
ReplyDeleteHaah , murah la berbanding drive sendiri.
Deletetak pena try lagi naik malindo. huhrmm
ReplyDeletecuba la nanti Maria , pengalaman..
DeleteTapi why me tak dapat biskut tu...aishhh
ReplyDeletesebab dia tau sepaket tak cukup for u , so dia rather tak bagi terus. Haha...
DeleteCT tak pernah naik Malindo Air waaaah murahnya tiket dia ulang alik KL-Pen memang berbaloi baloi. ihiks.. CT follow sini :D
ReplyDeleteNanti bila2 try la , haah berbaloi sangat CT .Thanks
DeleteSelf check in malindo kalau awal sebulan blh ke?
ReplyDeleteSis klia 2 yer ? Dlm kertas yg x check in lagy tlis klia1 mcm mne tu
ReplyDeleteSis klia 2 yer ? Dlm kertas yg x check in lagy tlis klia1 mcm mne tu
ReplyDeleteTakpasti . Kalau tertera pada eticket klia1 mungkin ye la sis.
Delete