Salam uolls,
Berbuka puasa nanti bersama NASI PADANG DENGAN SELERO NEGERI SEMBILAN hanya di Klana Beach Resort, Port Dickson.
Buat semua yang membaca entri Ty ni, ayuh kecur air liur bersama-sama. Pengemar masakan selera Negeri Sembilan pasti takkan rasa satu kerugian bila datang ke sini unuk berbuka puasa. Apatahlagi jika uolls suka makan masakan pedas tapi menambah selero engko.
Seperti ramai yang tahu Ty ni tak senang nak mencuba menu-menu baru dalam kamus hidup Ty, tapi semakin dewasa ni lain sikit. Tambahan pula bila ternampak sahaja menu-menu terhidang sedikit sebanyak mengingatkan Ty pada arwah Mummy Ty kerana dia seorang yang suka dengan masakan kampung apatahlagi mencuba terutamanya buat julung pertama kali nya. Her favourite is ulam-ulaman dan seangkatan, di mana dia mengajar Ty sejak sekolah menengah lai untuk cuba. Dan di sini Ty, pueh engko den kaba dapek makan kek sini!
ONE WORD TO DESCRIBE SEMUA MAKANAN DI SINI - SEDAP!
MENU ISTIMEWA
Seumur hidup Ty, ini adalah pertama kali Ty merasa daging Kibas. Walaupun ianya spesis kambing dan Ty tidaklah seorang pengemar kambing tetapi bila Ty cuba untuk merasa daging Kibas Golek ni terus keluar dari mulut; "Sedap, lembut" dan bila dicicah hampir 5 jenis pencicah yang disediakan such as Air Asam, Cili Kicap, Mint Sauce, Black Pepper Sauce, Rosemary Sauce. Favourite pencicah Ty dan suami goes to Mint Sauce. Engkau kono torai, kalau tak rugi.
SUP KIBAS
Kedua-dua menu ini adalah dikatakan menu buruan para yang datang untuk berbuka puasa di sini. Menu rare dan killer gitu.
MENU-MENU SELERO NEGERI SEMBILAN
RENDANG KUPANG PUCUK PAKIS
ASAM PODEH URAT KETING
GULAI NANGKA TELOR SOTONG
SAMBAL KERING PUCUK UBI IKAN BILIS
Sedap sangat!
Walaupun pedas yang menyengat rongga hidung tetapi tekstur ia sangat membuat nak makan lagi apatahlagi bila makan dengan nasi putih panas.
AYAM MASAK LOMAK CILI PADI
SAMBAL IKAN GORENG
TEMPE KICAP
ANEKA SAMBAL
ULAM-ULAMAN
ULAM- ULAMAN
Menu masakan yang podeh tapi menyelerakan ini juga turut dilengkapi dengan 4 jenis Air Balang; Air Jus Kurma, Markisa, Air Soya dan Air Tebu dsb.
Hot Drink Corner juga ada.
MENU SAMPINGAN - 14 GERAI
ANEKA CUCUR (live station)
APOM BALIK (live station)
SATE MINANG
SPAGETHI CARBONARA
LAI CHEE KANG
MARTABAK
ANEKA MANISAN
ANEKA KURMA
Menu-menu sajian tahun ini semua dapat dinikmati mengikut lima putaran menu bermula dari 3 Ramadan sehingga 27 Ramadan 1445H. Nanti boleh lihat paparan menu dibawah.
LIMA PUTARAN
MENU MASAKAN PANAS
RAMADAN - 3 / 8 / 13 / 18 / 23 / 28
NASI PUTIH
AYAM PENCEN MASAK GULAI
DAGING DENDENG BATAKOK
IKAN PATIN ASAM PODEH
TELOR DADAR
PUCUK UBI MASAK LEMAK PUTIH
RAMADAN – 4 / 9 / 14 / 19 / 24
NASI PUTIH
KALIO AYAM KAMPONG
PARU BERLADO
GULAI IKAN TONGKOL
SAMBAL TAUHU PETAI
KOBIS TUMIS IKAN BILIS
RAMADAN – 5 / 10 / 15 / 20 / 25
NASI PUTIH
MASAK LOMAK AYAM PADANG
GULAI DAGING
SAMBAL IKAN GORENG
TEMPE KICAP
GULAI NANGKA TELOR SOTONG
RAMADAN – 6 / 11 / 16 / 21 / 26
NASI PUTIH
AYAM MASAK LOMAK CILI PADI
RENDANG DAGING
GULAI URAT KETING KIKIL
TELOR GULAI PADANG
TERUNG CABAI RAWIT
RAMADAN – 7 / 12 / 17 / 22 / 27
NASI PUTIH
AYAM LADO HIJAU
GULAI PEROT PADANG
TENGGIRI MASAK LEMAK KENCUR
CABAI JERING IKAN BILIS
GULAI PUTIH PADANG
Pengunjung akan didendangkan dengan nyanyian sepanjang menjamu selera.
MENU SAHUR
CEREAL CORNER
ANEKA RENCAH UNTUK BUBUR NASI
PULUT
SWEET POTATO
UBI KAYU REBUS
WEDGES
BAKED BEANS
BUBUR CHA CHA
PAKEJ RAMADAN akan bermula pada 14 Mac hingga 8 April 2024 (3 - 27 Ramadan 1445H) mengikut harga bersih pada kategori seperti di gambarajah di atas. Dapatkan harga istimewa sebelum Ramadan dengan merebut peluang promosi tempahan awal.
Buat mereka yang bukanlah berasal sekitar daerah Port Dickson mahupun dari Negeri Sembilan, Klana Beach Resort juga datang dengan Pakej Penginapan & Pakej Seminar yang lengkap dari bilik, bufet ramadan hingga sahur sekali. Untuk non-muslim, disediakan sarapan pagi seperti biasa.
Selain dapat menjamu selera, secara tidak langsung dengan setiap pembelian Bufet Ramadan pengunjung telah menumbangkan sebanyak RM1 yang akan disalurkan kepada tabung Wakaf Tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sebagai saham akhirat jua.
Tidak ketinggalan juga, ada diadakan solat tarawih berjemaah yang dipimpin oleh Imam jemputan sekitar Port Dickson.
BILIK PENGINAPAN
VIEW BILIK TY & SUAMI
Rasa kosong bila tengok laut pantai dan langit luas terbentang.
Berbaloi dengan harga dan dilengkapi dengan kelengkapan yang memudahkan pengunjung. Paling Ty teruja ialah bukan sahaja sejadah disediakan malah telekung dan kain pelikat juga ada.
Oh, ya! Pengunjung boleh bersiar-siar disekitar pantai dan laluan jalan juga akan bertembung dengan kolam renang resort. Bolehlah singgah berehat di situ juga.
waaahhhh... rambang mata di buatnya! menu istimewa... dan mint souce tu mcm kena try tu....
ReplyDeletebetul , memang rambang mata sampai tak tahu nak makan mana satu kenyang erk sedap sangat semua amik rasa ala sesudu. ya , mint souce tu omg!!!
DeleteSambal kering pucuk ubi dia mmg sedap
ReplyDeletekan kak , adoii kecuq sat teringat
Delete