BUFET RAMADAN 2024 RESTORAN REBUNG CHEF ISMAIL - CEQ LAPAQ NASIK LAH!

Sunday, March 17, 2024


Salam uolls,

Rindu pada kampung halaman korang apatahlagi dengan masakan kampung? Kan seronok dapat berbuka puasa ni dengan suasana dan makan masakan laup pauk ala kampung Melayu tradisi ni. Jom korang ke Restoran Rebung Chef Ismail di Perdana Botani Garden, Kuala Lumpur sebab di sini korang pasti dapat melepaskan rasa kerinduan yang membuak tu.


Seperti tiap-tiap tahun , antara Bufet Ramadan yang dinanti-nantikan , Restoran Rebung Chef Ismail ini membawakan tema "Ceq Lapaq Nasik Lah!". Iya,nasi guys! Menu utama yang diketengahkan ialah Nasi LemuniNasi Daging, Nasi Ikan, Nasi Ulam dan Nasi Kerabu.


Kesetiap jenis nasi ini ada tarikan dan keunikan yang tersendiri dan nostalgia dari segi asal usulnya juga. 


Antaranya berasal dari Utara Semenanjung dan negeri Kelantan yang pasti semua pembaca tahu iaitu Nasi Kerabu. 


Generasi sekarang mesti tak mengenali Nasi Lemuni, favourite Ty ni guys! Ianya diperbuat daripada Daun Lemuni dan di makan pula bersama Sambal Ikan/Sambal Telur sama seperti kita makan Nasi Lemak. 

Nasi Daging pun sedap bila perkena dengan Ayaq Asam perghh memang terangkat oi! 

Begitu juga dengan Nasi Ulam, mana nak cari nasi vibe kampung ni semua gais. 

Di sini juga la Ty mengenali Nasi Ikan katanya dari Utara tapi mungkin Ty tak pernah tahu nama nya kot.


Selain 5 jenis nasi utama yang ada ini, Chef Ismail juga menyajikan nasi putih ye korang yang datang bersama pelbagai jenis masakan lauk pauk ala kampung untuk di makan bersama. Antaranya;

Gulai Kawah Kambing

Tempoyak Ikan Tempoyak

Keli Berlado

Ayam Masak Kicap








Dah makan berat-berat tu mestilah ada juga kudap-kudapan dan pencuci mulut seperti manisan dan sebagainya untuk para pengunjung dan pastinya setiap menu dan hidangan baik main menu atau dessert semua ada rasa dan sangat sedap.

Tauhu Sumbat

Bubur jagung

Sira Pisang

Pulut & Serawa Durian

Dodol

Bubur Lambuk


Mi & Mihun Sup

Cucur / Pisang Goreng & Ikan Bakar

Live Station : Kuih Gula Melak , Popia & Roti Jala

Martabak Ayam & Martabak Daging

Rojak/Pecal

Kuih Muih

Air Panas

Air Balang 

Persembahan ghazal dari kumpulan Orkes Melayu Rojer akan menghiburkan para pelanggan sambil menikmati makanan.

Di sini juga ada disediakan bilik solat untuk korang menunaikan fardhu solat. Dan yang pastinya lokasi juga mudah untuk di cari dan pasti lot parkir yang banyak untuk pengunjung parkir kereta. Pas makan kenyang-kenyang boleh jalan-jalan di sekitar KL sebab restoran ni di tengah kota KL.


Bagi yang dah kecuq ayaq liuq tu apa kata pakat plan dan tempah teruih untuk berbuka puasa di sini dengan kawan ka, famili ka atau yang tersayang. Kalau rezeki korang dapat berjumpa dengan Chef Ismail yang sangatlah humble to earth dan ting-tong orang nya ya. Kalau arwah mummy Ty ada lagi pasti Ty bawa jumpa dengan Chef kegemaran dia ni.

Jom lekaih ikut Ty berbuka puasa di Restoran Rebung!

Pakej Bufet Ramadan Restoran Rebung 2024 akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan bermula 12 Mac hingga 8 April 2024.

𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 (𝗥𝗠);
𝗗𝗲𝘄𝗮𝘀𝗮 : 𝗥𝗠 𝟵𝟵 𝗻𝗲𝘁𝘁
𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸-𝗞𝗮𝗻𝗮𝗸 : 𝗥𝗠 𝟲𝟵 𝗻𝗲𝘁𝘁 (𝘂𝗺𝘂𝗿 𝟱-𝟭𝟮 𝘁𝗮𝗵𝘂𝗻)

Untuk Tempahan Bufet Ramadan boleh hubungi :
📞 : 03-22763533 / 03-22762525

📍𝙍𝙚𝙨𝙩𝙤𝙧𝙖𝙣 𝙍𝙚𝙗𝙪𝙣𝙜 𝘾𝙝𝙚𝙛 𝙄𝙨𝙢𝙖𝙞𝙡
5-2, Aras 5, Parling Bertingkat Bukit Aman
No.1, Jalan Tanglin
Taman Botani Perdana
50480 Kuala Lumpur.

Pakat pi naa!

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.