Belajar Pengalaman Baru Ketika Di Peladang Setiu Agro Resort

Wednesday, March 21, 2018

Salam uolls,

Peladang Agro Resort Setiu



Sebuah resort yang sudahpun lama beroperasi di daerah Setiu yang terletak di negeri Terengganu. Menjadi tempat percutian  bagi orang ramai juga secara umumnya menjadi tempat untuk membuat program seperti team-building terutamanya. Peladang Agro Resort Setiu ni adalah sebuah resort berkonsepkan Agrotourism dengan keunikan Hutan Simpan Gunung Tebu yang kaya dengan flora dan fauna serta hujan tropika.

📷: Ayah Ji

Kali ini Ty dan rakan Kelab Blogger Ben Ashaari terpanggil untuk ke pantai timut bagi merasai sendiri apa yang unik dan kelainan di sini.

SUASANA SEKITAR KAWASAN RESORT

Berlumpur Demi Lokan, Kepah Dan Tiram
Menaiki bot kecil ke Laguna Setiu

Ini adalah kelainan yang dikatakan, bukan sahaja untuk Ty yang kononnya membesar di bandar tetapi Ty juga percaya rakan lain juga gembira dapat terokai bersama dalam misi pencarian spesis makanan laut / sungai / paya ini.


Pendedahan diajar dengan oleh mereka yang  mahir ini, membuatkan masing - masing tidak sabar untuk meredah sungai yang berlumpur apatahlagi tanah selut hutan paya bakau demi mencuba sendiri teknik dan tektik yang telahpun diajar.




Walaupun hasil yang pencarian diperolehi  berbakul tetapi ianya sebenarnya bukanlah semudah yang disangkakan. Dengan berterikkan si matahari dek panas terpancak di atas kepala, ianya seperti hilang rasa kepanasan pabila masing - masing berjaya mendapat hasil yang banyak dan itulah suatu kepuasan yang amat mengembirakan atas pencapaian diri sendiri buat Ty.


Hasil tangkapan, di buat sebagai santapan barbeku pada sebelah malam sambil bersenaman mulut.

Aktiviti lain yang disediakan
Kayak

Flying Fox


Jungle Trekking
Pacat dia bersepah  , 1st dapat detect bila dia jejalan kat pipi gebu iolls

Water Confident

Dan khabarnya akan dibuka juga taman tema air dan kolam air panas tidak lama lagi. Pastinya Daerah Setiu akan meningkat jumlah pelancongnya, Ty sendiri tak sabar nak tunggu kemunculannya nanti.

Pakej Bilik Penginapan
VIP
- New Link Chalet - RM98
- Garden Chalet - RM128
- Pool View Chalet - RM148
- Deluxe Chalet - RM178
- Deluxe VIP - RM228
- Deluxe Family - RM238
- VIP Suite - RM398
Uolls, harga pakej adalah tidak termasuk sarapan pagi , ye.

Untuk sebarang maklumat lebih terperinci mahupun uolls nak ke sini , boleh buat tempahan  di  -
Tel : 09-6920059 / 6920039 / 6920017 / 019-9192240
Fax : 09-6099763
Alamat : Peladang Setiu Agro Resort , Lot 3912, Guntong, 22040, Setiu, Terengganu.

38 comments

  1. Cantik rupanya setiu ni , dekat dah dengan jerteh

    ReplyDelete
  2. best jugak ye Agro Resort ni..banyak aktiviti boleh buat dan banyak pengalaman kita leh dapat

    ReplyDelete
  3. Cantiknya pemandangan kat sini. InsyaAllah, satu hari nanti nak plan percutian ke Agro Resort.

    ReplyDelete

  4. Best aktiviti yg disediakan.. Cantik tempatnyaa

    ReplyDelete
  5. Memang win la permandangan kt sini ty...suka yer tgk...pandai korang cari seafood tu ye

    ReplyDelete
  6. bestnya... nak la cuba terokai sekali seumur hidup.Insyallah..tapi nak kena tunggu baby besar dulu.Kita jadikan sebagai wishlist dl

    ReplyDelete
  7. lawa view peladang setiu agro resort ni

    ReplyDelete
  8. Aktiviti flying fox dengan cari lokan tu paling best.

    ReplyDelete
  9. ni ye yang sampai muntah2 . Nasib baik dah sihat. Apa
    pon pengalaman kat setiu ni best juga. So far semua benda dah pernah buat 🤣 Satu je nak puji, resort dia cantik heee.

    ReplyDelete
  10. Cantik kan tempat ni..seronok dapat join sekali..mmg best laaa.. nnt nak pegi la.

    ReplyDelete
  11. Bestnya tempat ini.. Cam nak gi juga.. suka aktiviti mencari lokan, kepah tu..

    ReplyDelete
  12. Menariknya kat sini. Bersatu dengan alam semulajadi. Best tu dapat pengalaman mencari spesis makanan laut. Tak pernah cuba lagi pengalaman ni. Harap suatu hari nanti ada kesempatan.

    ReplyDelete
  13. Seronoknya. Nampak gaya next holiday kena melawat Setiu pula. Macam-macam boleh buat di sini.

    ReplyDelete
  14. ciktom org terengganu..kat agro setiu resort ni memang biasa org dtg buat team building..xsilap plkn first batch dl kat sini jgk...mmg best sgt..untung Ty dpt experience ke sana..

    ReplyDelete
  15. Cantiknya resort ni..seronok pula boleh buat macam2 aktiviti kat sini..yg penting boleh mkn kepah fresh tu..

    ReplyDelete
  16. Ya allah cantik2nya gambar ko amik yanti. On point. Bestnya dapat beraktiviti kat sini. Ingat klu dapat bw famili lagi cun

    ReplyDelete
  17. cantiklah tempat ni. kalau family day sesuai sangat. nanti Rose nak suggest dekat office lah.
    Flying fox tu memang tak naiklah, takut. hahaha

    ReplyDelete
  18. Wah seronoknya! Banyak aktiviti boleh dilakukan di Setiu. Hehehe. Ruby suka flying fox tu. Terbang!!! Harap-harap next time boleh pergi dengan suami dan anak-anak. Adventure!

    ReplyDelete
  19. wahhh meriah betul ya! bolehlah lepas ni cadang ke sini lah pulak! banyak aktiviti.. kalau nak rehat je pun tak ada masalah sebab tenang je nampak suasananya. :D

    ReplyDelete
  20. waa cantiknyaa view kat sana! nampak sangat peaceful jugak! aktiviti2 yang ada tu pon semua macam best jee hehee, rindunya nak join aktiviti2 macam tu hehee, since jadi mak2 ni dah lama tak join outdoor/extreme hehe. Nice sharing tho! 😁

    ReplyDelete
  21. Betul2 pengalaman la..akak suka aktiviti macam ni..bestnya dapat kepah lokan fresh2 dan besar2 plak tu..berbaloi walau panas terik kan...

    ReplyDelete
  22. Seronoknya join aktiviti macam ni. Masa tinggal di rumah lama hari hari pergi pantai yang ada pokok bakau sebab boleh cari kerang tanah. Korek lumpur huna garpu je. Seonok tau. Leoas uh pergi dekat lasir cari remis pula. Aktiviti macam nih memang saya suka. Best

    ReplyDelete
  23. Tak tahu pulau setiu ada tempat best macam ni. Suka nya aktiviti kat sini. Menarik semua kalau pergi ramai2 kan. Harap 1 day dapat pi sana.

    ReplyDelete
  24. Bestnya aktiviti2 mcm nie Yanty. Duduk dekat resort yang kaya dgn kehijauan. Sedikit sebanyak boleh hilngkan stress. Mesti sejuk je dekat resort tu. Aktiviti2 pulak menarik. Mmg sesuai sangat dijadikan tmpt utk team building

    ReplyDelete
  25. Amboi menarinya aktiviti di sini. Teruja ikamelihat gambar2 yanty.harga chalet pun murah sangat. Berbaloi dtg habiskn cuti disini

    ReplyDelete
  26. seronoknya semua aktiviti jealous tengok tapi seram nak buat aktiviti yang adventures tu haha

    ReplyDelete
  27. Cantiknya resort ni. Tenang jer suasana. Seronok nya dapat buat banyak aktiviti-aktiviti menarik.

    ReplyDelete
  28. Resort ni nampak amazing... BOleh pergi plan n stay sana..

    Seronoknya dapat melibatkan diri dalam aktiviti macam ni..

    ReplyDelete
  29. Wow..that sunset view looks absolutely stunning...great shot! it also looks like a great place to stay..and with the activities there i am sure it will be hard to get bored here.

    ReplyDelete
  30. Best juga tempat macam ini, i tak pernah cuba flying fox yet. Macam best but i gayat giler, takut nanti pengsan terus.

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.