Salam uolls,
Orang pulau tapi bukan asal dari pulau. Camna tu? Ty orang Pulau Pinang tapi bukan hidup di atas pulau yang tenang dari kesibukan kota. Huh , Penang pun dah macam KL , everywhere is busy and hectic traffic jam. Walaupun tak lagi menetap hampir 6 tahun bersama tersayang di Pulau Pinang , sekali sekala balik pun rasa lemah longlai kepala lutut kalau bawa kereta manual daddy.
Baru ni , terpanggil dari sebuah pulau dan tak jauh mana pun. Masih lagi dalam Malaysia , kami awek – awek dari Pulau Pinang di seru untuk ke Pulau Perhentian , Terengganu dan bercuti. Pulau dan pantai lagi. Dan lagi. We girls just love playing around with water , I guess.
Plan punya plan , dari 6 awek patut ke sana tapi hanya ber4 je yang menjejakkan telapak kaki di Pulau Perhentian.
Sabtu , 4 Mei 2014
Packing! Part paling baloq liat nak mampuih nak dibuat. Letih 2 minggu outstation dengan pulun kerja sebelum cuti pun tak abes lagi. Ty sangkakan 3 awek lagi dah pack , rupanya seghupa ja , semua last minute. Dekat 3 – 4 jam juga la pack , sambil mengemas baju – baju yang diselongkarkan dari almari dan ampaian.
Hujan. Mandi dan sambung tidur. Repeat! Sebelum Maghrib tersedar sendiri dari lamunan mimpi yang tak pernah sudah.
Bersiap , member blog – Kak Sue Izza jemput dan tolong lempaq Ty kat Putrajaya Sentral lebih kurang jam 8 malam. Memandangkan tak jamah dan tak minum apa pun seharian , sempatlah Ty kedarah ringan – ringan sambil tunggu Affida yang senantiasa lambat untuk ke mana – mana dan bas ke Kuala Besut (RM49.50 – Putrajaya ke Kuala Besut) pada jam 9 malam.
2 orang lagi awek merangkap dan selaku BFF juga ; Arina dengan Ain bertolak bersama - bergu - berdua dari Terminal Bas Sungai Nibong , Pulau Pinang yang diiringi dengan lambai suami , anak – anak , bonda tercinta masing – masing. Tambang bas dari Pulau Pinang ke Kuala Besut – RM50.50.
Kami pilih untuk naik bas , sebabnya penjimatan dari segi kewangan , masa dan yang pasti tenaga moyang batin masing – masing. Walaupun ikutkan boleh ja berkumpul di KL , dan gilir – gilir drive , ye ke gilir? Silap – silap kena gilis Ty ja drive deme semua sampai Jeti Kuala Besut. Lagipun agak bahaya untuk kami awek – awek sahaja pula. Katanya si mereka - mereka dan seanteronya yang kononnya concern.
9.05 malam baru nampak batang Affida , batang hidung dia ye. Selamatla bas tu tak gerak dan tinggalkan dia. Bukan kata bas , Ty pun confirm tinggalkan ja sebab selalu lambat. Tak abis – abis dengan kerja. Dedikasi sangat. Phuii! Dah lambat , tak sempat bagai pula nak withdraw duit. Please do not follow her style of traveling.
“Bring along extra cash with you when traveling.” - Tips masa naik ERL .
Expectation of mine are always right. Perjalanan ke Pantai Timur memang tak sama la dengan nak balik Utagha. Affida berangan je la nak cucuk duit , lupakan ja. No stop yang ada mesin ATM. Sorry to say , very the kokoot. And too bad , kami berdua sangat yang like “WHAT”? , bila driver bas kecek Kelate – Terengganu , mampuh wei ,dop pahe sepatah hare. Umpama ayam dengan kambing dah berborak. Ty memang berat sikit mulut , sebab penat so target naik bas , ambe nok tido , tak kire guane care janji sampai ke Kuala Besut. Gitu deh.
Pengalaman naik bas ke Pantai Timur buat julung kali yang pertamanya memang takkan mudah dilupakan. Baru mata nak lena sambung mimpi yang tak sudah – sudah tu , ada pula yang mengganggu. Kejadian nya secara spontan dan tanpa disedari. Bila seorang pakcik , merayan bukan meroyan ye. Seolah-olah marah dan bercakap sekuat – kuat alam dalam bas yang sunyi sepi. Semua orang terkejut beruk mak yeh dan terjaga dari tidur , dia elok dok lena pejam mata lagi. Mak aihh , alahai. Terkejut sampai lemah satu badan baq ampa. Nak ke tidur semula memang jenuh. Cubaan tuk tidur berkali - kali gagal.
Alhamdulillah , selamat sampai ke Jeti Kuala Besut dengan ting tong nya.
Belum mula bercuti dengan air pantai , dah ada pengalaman. Ko hado?
Best sokmo...huh...=(
ReplyDeletePercutian dop mule lagi crite nye , pe pula best nya?
DeleteBlum masuk pulau lg dh mcm2 jd kan....hahahah best2..2nd part plzzz
ReplyDeleteSangat la. Dalam bus pun cukup la. OkOk, on the way! Tunggu.
DeleteHehehe tak mengapa, belajar bahasa negeri lain. Apapun, bestnyaaa dapat pergi Pulau Perhentian. Nak pergi juga. Ena tengok lately ni sokmo kwn2 ena pergi Pulau Perhentian, hati membuak buak nak pergi. Huaaaaaaaaa
ReplyDeleteMe tak byk songeh. Kawan la , itu ini. bercakap la dia , me buat dek blah. HaHa. Gi la dear , memang tak rugi. Go!!!
Deletebest gila. xpernah g ganu huhu~~~
ReplyDeleteSangat best. Intro baru ni. Tunggu .. more coming.
DeleteYelah jauh tu nak drive ke sana.....naik bah jelah senang boleh relaxkan...
ReplyDeleteHehe,,....nape pokcik tu menjerit Ty..... bizi body nak tau gak ni hehe.....
Rindunya nak gi ngala Pantai Timur....sebab nak makan sata ngan kepok leko....
Pakcik mgigau!
DeletePakcik tue ngingau letewwww kahkahkah
ReplyDeletebetul.... hahahaa
DeletePercutian yang menarik..
ReplyDeleteKne tunggu anak-anak besar dulu baru bleh gi.... :)
=) bole je bawa anak2.
Delete