Garret Pop Corn , KLCC

Sunday, May 11, 2014

Salam u olls ,


Ty ke KLCC semata - mata nak belikan popcorn untuk akak - akak di opis yang dah kempunan. Semuanya bermula bila Ty yang bawa snek popcorn berperisa Caramel Crisp ke pejabat sebagai jajan untuk dikunyah semasa buat kerja. Bulan April kan bulan yang agak sibuk , balik lewat bagai. Kongis la juga dengan dierorang. Sedap kata mereka.

"Ty , bila ko nak beli lagi popcorn?" ; tanya Kak Nad.

Tengok , penangan Garret Popcorn ni sampai ada yang ingat. Kami berpakat dan kumpul duit untuk beli yang lebih besar dan letakkan di pejabat sahaja untuk jajan kunyahan bersama. Sambil tekanan dengan kenyang yang sentiasa tak pernah habis , kami kunyah jajan popcorn. Yang sebelum ni Ty beli saiz medium , untuk geng opis kali ni Ty dapatkan yang bersaiz 1 gallion (yang bertin biru).

Makan la sampai muntah.

Memang tak dinafikanlah kesedapan rasa popcorn yang bersalut sepenuhnya dengan perisa yang kita nak beli. Contonya Caramel. Banyak lagi perisa yang ada , Butter , Cheese Corn , Almond Caramel Crisp , Macadamia Caramel Crisp - ikut tekak sendiri la nak yang mana satuHancur la diet kalau non - stop makan sorang - sorang. 

Garret Popcorn ada dekat Suria KLCC & One Utama as I know so far. Furthermore ; http://garrettpopcorn.com.my/

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.