Makan Tengah Hari Dengan Blogger Gegirl Putrajaya di Warung Tapak Sulaiman aka Bunian

Sunday, May 4, 2014

Salam u olls ,

Akhirnya terluang juga la masa dengan geng dari KBBA Putrajaya yang sekian lama tak bersua muka , terakhir pun bertentang mata masa awek – awek ni datang singgah sekejap di Hospital Putrajaya untuk melawat mummy. *Tenkiu ye u girls.*

Plan nak pergi makan bersama dah lama dan lapuk dek zaman , reput je semua plan. Masing – masing sibuk dengan hal masing – masing. Jadi kami cuba juga jadikan pada hari Sabtu (19 April lepas) atas request Ty sebab Ty kan outstation , so Sabtu tu je ada di Putrajaya dan Ahad dah kena bertugas semula di luar kawasan. 

Penat. Tapi dapat lepak berhuha dengan geng sengget ni , hilang la sikit. Walhal baju tak pack dan tak basuh lagi, esok Subuh nya nak bertolak dah. Ish3 , lupa diri kejap. Ty kutip sorang – sorang , kecuali Miza yang sentiasa tak boleh berenggang dengan motornya , dia ke sana terus sendiri. Senang gi satu kereta, sebab parking nanti tak susah.

Ye , memang susah nak dapat makan di sini. Sebab tu hari Jumaat Ty dah tolong call and book kan. Alhamdulillah , rezeki kami. Dapatlah kami makan bersama di situ. Alang , tuan kedai suh SMS je. Dan pagi Sabtu dikejutkan dengan satu SMS memaklumkan menu makanan akan dihidangkan nanti. Seronok gegurl ni semua bila salah satu menu nya ialah Gulai Ketam.

Gulai Ketam

Sambal Udang

Ayam Goreng

Sayur

Terliur tak? Oh memang sedap , Kak Fiza rupa – rupanya tak makan ketam , oh ruginya! Tapi bravo la kak Fiza sebab gigih juga makan bila semua pakat bako line. Baru dia tahu betapa sedap nya Gulai Ketam tu. Apa pun tak boleh la u , Kak Fiza. Ty kalau boleh nak cari husband yang terror kopek ketam untuk Ty macam Kak Sue dengan Abang Eddy (ni situasi terbalik).

Berjam la dok kat warung ni , macam dah ada share. Jakun sebab baru kenai batang selfie tu , namanya monopod. Senget kan sorang – sorang. Layankan je la. Selamat H/P tak jatuh dalam Gulai Ketam tu.

Patutnya masing – masing nak balik dengan tujuan tapi dapat panggilan dari blogger hebat semakin mencipta nama ; Mawardi Yunus untuk tengok wayang bersama. Kononnya nak layan Rio. Kanak – kanak sangat. Sampai je di Alamanda , Rio dah abis time nya , layan criter cina - ICEMAN. Sebelum balik , Evening Tea di Old Town dulu.

Alamat : 
WARUNG TAPAK SULAIMAN / BUNIAN 
NO 80 A JALAN JAMALUDDIN, 
DESA PUTRA, SG MERAB 
43000 KAJANG SELANGOR. 

No Tel (H/P) : 017 3812246 - Alang

Sebelum ni kami ke sana [klik] sebelum ke Gold Coast Morib [klik].

8 comments

  1. gulai ketam tu nampak sedap..tapi macam kecik, tak ada isi erkk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedang2 je la Dkna , banyak kot , 6 orang kami pun tak terabis nak makan... ada ja isi...

      Delete
  2. haha, tekak teringat kat ketam la.uhukkk ,=.=

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha kantoi la Kak Fiza ni , ketam pun tak makan..

      Delete
  3. nampak sedap2 tu menunyer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Kak , port memang tak boleh lupus dari list.

      Delete
  4. sedap sangat ka? sampai abang saya dari penang pon tercari-cari kedai bunian ni

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.