Blogger Bersantai di Hari Cuti Umum - Laksa Sarawak

Thursday, May 1, 2014

Salam u olls ,

Firstly , Ty nak ucapkan Salam Rejab dan Selamat Hari Pekerja kepada semua. 1 Mei , Cuti Umum buat rata - rata semua yang bekerja bercuti. Ty dan rakan blogger sekitar Putrajaya juga Kajang berkesempatan untuk bersantai bersama - sama.

Laksa Sarawak

Alhamdulillah , perut masing - masing kenyang. Kami makan Laksa Sarawak bersama - sama merangkap bekpes , lunch dan dinner la. Blurrpp , sedap sehingga licin pinggan.

Baru ni Ty ke Sarawak , urusan rasmi pejabat. Kak Sue pula pesan belikan pes Laksa Sarawak. Jadi memandangkan hari ni cuti , Kak Sue berhasrat nak bertukang di dapur umah Ty untuk makan bersama dengan yang lain.

Resepi 

Sambil masak , sambil tengok resepi yang Kak Sue dah print out dan dari paket pes. Sementara tunggu geng blogger yang lain datang , Ty seperti biasa tolong la mana patut.

Kak Sue , thank you untuk masakan mu yang superb walaupun percubaan pertama.


Geng Blogger yang datang ; 
Dr.Fuh ; MK Syahir , Mawardi Yunus , Qaseh Dalia dan Kak Fiza Fantagiro.

Tenkiu geng. Nanti kita men masak - masak lagi dan guling - guling lepas kenyang lalu terbabas terbongkang. Haha.

Nampak sangat sedap dan kenyang semua orang lepas makan masakan Kak Sue. Cayalah! We want more , eh.

Blurpp , kenyang. Alhamdulillah.


10 comments

  1. Waauu best nya dpt lepak ngan geng blogger..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala luang masa bersama , skrg masing2 sibuk Vanessa.

      Delete
  2. Laksa sarawak ada udang ek...tak penah rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seperti fi dalam resepi. Ikutla kekreativiti tukang masak ye Cik Nun..

      Delete
  3. uhukk, kak fiza telan ailio je teringat. sedap macam hirup kuah ketam masak lemak kt warung bunian ritu.alaa, kak sue buat la lagi..sobss.nakk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kot! Bawa mai opis depa pun kata sedap. Ahahaha kuah ketam katanya. ngekla akak ku ni.

      Delete
  4. nyum nyum nyumm.... sedap nya!!! laksa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ajak pun abg Kid bukan ada kan...hahha

      Delete
  5. assalamualaikum yanty...wah sedapnya tengok...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam Mama , sedap tak tipu ... try masak mama Mas Zull... perghhh!

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.