Salam semua ,
Menu berbuka kami ,
Rabu lepas Ty dan si dia juga dengan senior sekolah si dia yang Ty dah anggap kakak / kawan bercadang nak berbuka bersama tetapi sebabkan si dia degil untuk tidak menelefon terlebih dahulu restoran yang kami nak tuju telah menyebabkan kami terpaksa memilih restoran biasa-biasa di kaki lima janji ada ikan bakar sebab Kak Aisyah nak makan sangat. Jadi kami bertiga end up di D'Kenali Ikan Bakar,Bangi. Lokasi? Maafla ye Ty memang tak pandai nak guide tapi ianya terletak di simpang empat lampu isyarat / bertentangan dengan balai bomba.
Menu berbuka kami ,
Ikan Siakap 3 Rasa
Sotong Goreng Celup Tepung
Ikan Kerapu Bakar
Kami bertiga juga ada order tomyam campur , telur dadar dan sayur kailan masak belacan yang dihidang bersama nasi putih. Ini lah gambar kedai makan yang kami singgah dan harga nya bagi si dia murah jika nak dibandingkan dengan Tasik Idaman.
Memandangkan Ty mula selsema dan rasa tak sihat badan , maka lepas makan terus hantar Kak Aisyah balik dan kami singgah solat Maghrib & Isyak di surau Ptronas Presint 16 sebelum terus balik ke rumah. Kalau sihat boleh gi jalan-jalan cari baju raya tapi keadaan badan tak mengizinkan.
bestnye ! banyak btol makanan. hihi
ReplyDeleteMenu yang sama sahaja kalau makan macam ni tak pernah ada beza pun.
Delete