Kajang BBQ Steamboat

Thursday, August 2, 2012

Salam u olls ,

Ty hanya nak kongsi satu lagi tempat makan dan mungkin dah ada yang tahu juga la. Tempat makan yang Ty pergi baru - baru ni terletak di dalam sebuah pusat membeli belah sekitar Kajang. Restoran yang dinamakan Kajang BBQ Steamboat di terletak dalam Metropoint Kajang.

Si dia terpaut dengan poster yang berada di luar restoran yang hanya menawarkan RM18.00++ untuk hidangan 2 orang. Dan terdapat 4 jenis  kuah / sup ; sup ayam , sup tomyam , sup herba  dan kari. Tapi pelanggan hanya boleh memilih 2 jenis daripada 4 tersebut. Ikut selera masing - masing la kan?

Ini adalah hidangan kami berdua tapi sesungguhnya sangat berbaloi sebab termasuk air dengan harga yang sangat berpatutan. Makanan untuk berdua tetapi umpama untuk 3 - 4 orang , termengah-mengah kami makan dan sememangnya tak boleh menghabiskan kesemuanya.

Cantik kan hidangan kami yang dihias dan dihidangkan?

Nak grill ke nak celur ke , apa pun boleh.

Seriously , kami bercadang nak bawa my family atau kawan - kawan yang lain datang makan ke sini sebab tak crowded dan berbaloi-baloi. Buat yang suka makan steamboat boleh la terjah tempat makan ni juga.

Enjoy your steamboat darlings!

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.