Iftar #9 - Burger Bakar Kaw Kaw

Thursday, August 2, 2012

Salam u olls ,

Recently , Ty dan Ika (overnight my place) ke KL untuk jemput mummy pada Ahad lepas bersamaan dengan Ramadhan yang ke - 9.  Mummy dan kak Ros dari Penang. So memandangkan dah turun KL , akan berbuka puasa bersama sebelum hantar Ika balik ke Pandah Indah. Setelah berbincang nak pergi makan mana, kak Ros tanya pernah makan tak Burger Bakar  yang dekat Wangsa Maju tak?

Ha ! Burger bakar ni je Ty tak kesempatan nak cuba sebab jauh dari Putrajaya dan tak de sebab untuk ke situ tapi memandangkan bila di tanya sedemikian , Ika sebagai pembantu co - pilot di sebelah diarahkan untuk bukan maps melalu Samsung Galaxy Note Ty dah get direction  dari tempat kami berlegar-legar di atas jalan raya sekitar KL.

Alhamdulillah dah hari ke - 9 berpuasa , kali ni dapat makan Burger Bakar Kaw Kaw di Wangsa Maju dengan penunjuk arah yang ada dengan tempat sekali. OK, kalau suruh pi lagi memang ingat-ingat lupa tapi gambar tempat ingat la sebab berdekatan juga lah dengan Wangsa Walk.

Sebab terlalu awal kami ke sana , Ty apa lagi gila gambar la katakan so tak henti- henti ambil setiap sudut gambar sampai la makanan aka burger kami yang telah siap ketika hendak berbuka. Warung burger ni sebenarnya hanyalah di tepi jalan sahaja.

Ini la warung nya!

Ini pula menu nya.

Puasa yang ke 9 dapat nombor giliran ke 29 , kena ade juga 9 tu!

Dapur chef-chef nak membakar daging 

Ha tu la chef-chef kat warung Burger Bakar Kaw Kaw

Ini warung nya ; pembelian sekali dengan set - ambil air Mojitos di sini

Warung Burger Bakar Kaw Kaw beroperasi jam 5:00 petang

Banyak GILER order , tak menang tangan tengok mereka bekerja

Ha kasi zoom sikit! Operation on burger babeh!


 Okay waktu nak berbuka pun dah dekat , pekerja di situ pun sedang sibuk menghantar makanan yang dah diorder ke meja-meja tertentu mengikut nombor giliran yang telah diberikan.Dan apabila tiba giliran meja kami , inilah hasil burger bakar kami berempat berbuka puasa ;

Single Chicken Turkeynizer + 1 slice cheese + 1 turkey slice

Single Beef  Turkeynizer + 1 slice cheese + 1 turkey slice

Double Beef Cheese + 1 slice cheese - it's mine.

Semua burger bakar ini diorder bersekali dengan set bermakna ada air Mojisto ; campur ice-cream soda dan sirup perisa buah-buahan + daun pudina serta 2 sosej dengan harga tambahan dari burger yang diorder  hanya sebanyak RM2.50/-. Sebab terlalu kenyang tak dapat la nak merasa chicken wings. Maybe some other time pula la.

Hooray ! Tercapai juga hasrat nak merasa burger bakar ni. Korang dah ke? Cuba la ye. Lepas tu sendiri bandingkan burger bakar mana yang betul-betul tangkap leleh.

Terjah Wangsa Maju plak jom!

2 comments

  1. Pergh! Tengok gambar pun dah meleleh air liur.. Kang best kalau duk dekat sana.. Boleh cuba.

    NI duk jauh,tgk gambar je la. Hehe. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai sedih nye la bunyi. Datang ke sini nanti bila - bila boleh la ambil kesempatan untuk singgah.

      Delete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.