Iftar #22 & #23 - Weekend ! ♥

Tuesday, August 14, 2012

Salam u olls , 

Sabtu lepas , 
Ty keluar dengan mummy & kakak ke area Kajang. Destinasi pertama kami terjah Tesco Kajang dan seterusnya ke Metro Point, dan Ty jumpa dah baju kurung raya Ty ! Berbaloi ke tidak nanti la lepas puasa baru Ty tunjuk baju tu  ye, tak syiok la awal-awal dah tunjuk kan , tak surprise gitu. Lepas tu singgah sekejap Metro Plaza sebelum ke Alamanda. Tapi Ty tak berbuka dengan mereka, Ty hanya singgah dah keluar dari situ selepas si dia datang jemput Ty dan bawa Ty ke KL berjumpa dengan Ika. Kami ke Downtown Cheras dan selepas jam 12 tengah malam kami balik tapi destinasi seterusnya ke Downtown Jalan Reko. Shopping sampai 4 pagi , u olls! Siap bersahur sekali dan balik terus tak ingat apa nampak bantal buchuk melambai sahaja.

Ahad
Ty bangun dalam pukul 12 tengah hari macam tu noks! Itu pun kalau Ika tak call memang tak sedar , HaHa borak - borak melalui handphone lama la juga , kami dari sekolah ada ja nak berkongsi berjam-jam. Lepas tu , dapat SMS dari kawan kepada si dia yang ajak ke eCurve / IKEA dan beriftar bersama-sama dengan awek dia yang Ty memang kenal. Pastu Ty terus minta member ni sendiri kejutkan kawan dia yang confirm si dia susah nak sedar kalau dah tidur lewat.

Dalam pukul 3 si dia call dan suruh cepat siap , Ty minta izin nak ajak Ika sekali sebab Ty memang nak ajak Ika bermeatball tapi masa tak berkesempatan. Lama kot weyh tak jejak tapak sulaiman kaki Ty kat sana. Si dia izinkan. Jadi ada 6 orang dan 3 couples. Wheee... The Couples Iftar Day Out ! 

Sesampai sana dah pun pukul 6 , so terus kami serbu IKEA dan masing-masing nak cari tempat dan dalam pukul 7.15 gitu the boys dah mula lining up untuk beli makan berbuka. Yummy I   MEATBALL!

20 pieces of  meatballs ; My portion yet confirm la share with my 

Dessert ; Egg Tart , Dates.

Our c.h.i.c.k.e.n - w.i.n.g.s !

His!  Fish & Chips!

Lepas makan , solat dan some window shopping sedikit sebelum pulang dan membawa haluan masing-masing. Tapi as usual , kami still tak balik direct ke rumah tapi singgah pula Downtown Mines tapi tak beli apa sangat hanya si dia belanja satu jeans sahaja. Thank U ye Darling! Lik rumah , mandi sikit dan makan ubat terus Ty tak sedar diri. Tak bestnya ISNIN kerja! Tidur pun terganggu sebab dah ada mood malas nak ke office yang suck. Oppss..tapi aman sikit kot hantu menggilai dah tak da , wheee... stalker terkantoi Ty sebut before this.


4 comments

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.