Staycation di Ancasa Residences Port Dickson Sangat Seronok Dan Menenangkan

Wednesday, April 27, 2022

Salam uolls,

Best staycation di 𝘼𝙉𝘾𝘼𝙎𝘼 𝙍𝙀𝙎𝙄𝘿𝙀𝙉𝘾𝙀𝙎 𝙋𝙊𝙍𝙏 𝘿𝙄𝘾𝙆𝙎𝙊𝙉 selepas lama terkurung dek PKP dan sibuk dengan kerja. Kira Ty ambil peluang sambil buat kerja tapi juga merehatkan minda dan badan. Me time katanya.

Pada mula Ty tak sangka tempat menginap Ty ini adalah besar. Mujurlah ada kawan yang sudi menemani Ty. Kalau tak mati kutu Ty sorang-sorang. 

Mana taknya gais, kat sini bukan sekadar bilik biasa tapi dah ala condo gais. Bestnya bilik yang Ty menginap ni apartment yang ada :

💼 2 bilik ; 1 master bedroom sekali dengan bilik air & 1 bilik lagi ada 2 single bed.

💼 Bilik air / bilik mandi

💼 Ruang Tamu dengan kelengkapan TV LCD, Kipas Silling & Air Condition

💼 Ruang Meja Makan (6pax)

💼 Dapur yang lengkap dengan peti ais & tempat memasak

💼 Wi-Fi , Sejadah dan Iron pun ada.

Memang selesa , sesuai dan mudah untuk mereka yang berkeluarga.

Sebabkan  datang sini di bulan puasa, makanya berbuka puasa dan sahur adalah disediakan bersekali jadi tak berasaplah dapurnya. 



Fasiliti lain seperti 𝘴𝘸𝘪𝘮𝘮𝘪𝘯𝘨 𝘱𝘰𝘰𝘭, 𝘧𝘳𝘦𝘦 𝘱𝘢𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 dan lain-lain juga disediakan. Kalau bosan boleh turun bawa dan jalan-jalan sekitar kawasan residensi ni. View dia gempak lawa untuk OOTD. Structure yang dibina juga ala di Bali. Sangat menenangkan.

Boleh juga menggunakan pintu belakang residensi ini untuk ke pantai Teluk Kemang yang terbentang luas. Ty memang suka pantai. Dapat berjalan dan bergambar sebelah petang memang sangat cantik pemandangan yang indah. Kalau tak puasa dah lencun mungkin dek main air laut. Layan banana boat dsb juga boleh gais.

Jadi seronok dan best lagi bila view apartment Ty menghadap pantai. Ya Allah, tenang sangat. Ye, dari pagi sampai ke malam pemandangan sangatlah menegangkan. Harapnya lepas bulan Ramadhan ni Ty ada peluang lagi bercuti ke pantai. 

Walaupun di sekitar kawasan residensi ini boleh dapat macam-macam makanan tapi restoran di sini pun makanan yang ada sedap belaka gais. Dan Ty rasa kalau spend makan di restoran tersedia pasti penghuni yang datang suka dan akan rasa tersangatlah berbaloi.

Ty xberkesempatan untuk ke spa, dimaklumkan oleh seorang teman Ty di pejabat lama katanya perkhidmatan spa di sini sangat baik. U olls yang ke sini nanti boleh lah cuba macam tu.

Bercuti dan berehat la di sini gais. Worth it!

More info : @ancasahotels_resorts

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.