TAKSIR ZAKAT DI ZAKAT SELANGOR DAN TEBUS BAUCAR UNTUK DI MENANGI

Sunday, July 17, 2022

Salam uolls,

Tak lama lagi kita ke penghujung tahun 2022. Jadi sudahkan korang menunaikan "Taksir Zakat" yang wajib dilaksanakan? Eh! Ty bukan tanya pasal Zakat Fitrah tau, tau tak banyak jenis zakat yang kita semua kena ambil tahu dan menjadi kewajipan kita untuk bayar. Dan sebab itulah ia di panggil sebagai taksir zakat.

Sepertimana yang kita sedia maklum , hanyalah Zakat Fitrah. Namun terdapat Zakat Harta seperti :

Jadi dengan adanya senarai di atas , Ty tak perlu ceritakan panjang-panjang lah erk tapi jika ingin tahu lebih lanjut boleh klik pada yang berkenaan untuk ketahui dengan lebih terperinci.


Buat mereka yang belum lagi menunaikan tanggungjawab untuk taksir zakat , jangan risau kerana Lembaga Zakat Selangor sekarang tengah mengadakan satu kempen "Sempurnakan Zakatmu" sempena Bulan Taksir Zakat yang bermula dari 15 Jun - 31 Julai 2022. Bila korang buat taksir zakat di https://jom.zakatselangor.com.my/ , korang juga boleh tebus baucar serta berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik.


TERMA & SYARAT

OBJEKTIF
  • Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
  • Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
  • Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
  • Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

CARA PENGIRAAN ZAKAT 

2. Kira Zakat bagi semua jenis pendapatan dengan Kalkulator Zakat , contohnya ;

 
Pada kalkulator ni , boleh pilih jenis zakat yang nak dikira dengan hanya pilih di sebelah kanan tu.

3. Selesai pengiraan , klik pada butang Bayar Zakat.

Mudah kan? Nak lagi mudah , muat turun aplikasi di telefon bimbit dan semuanya hanya dihujung jari.

Sesudahnya korang menyelesaikan kewajipan ini , jangan lupa ye tebus baucar dan mana tahu rezeki memenangi hadiah menarik nanti.


Zakat adalah antara rukun Islam yang paling penting. Hukum zakat mempunyai dalil-dalil mu’tamad (القطع) dari sudut petunjuk (الدلالة) dan sabitnya. Ia menjadikan hukum zakat itu jelas dan mudah diketahui dari sudut agama. Oleh itu, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ

Maksudnya: “Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat.

(Surah al-Baqarah: 43)

Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Lembaga Zakat Selangor 

Web :  https://www.zakatselangor.com.my/

No tel : 1-300-88-4343

Jom tafsir zakat dan tebus!

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.