Buka Puasa Dengan Anak - Anak Yatim Di Ancasa Residence Port Dickson

Saturday, April 16, 2022

Salam Ramadan uolls,

Sudah hampir 2 minggu kita umat Islam di seluruh dunia menyambut bulan Ramadan dan menunaikan ibadah puasa. 

Menariknya tahun ini kita semua terutamanya yang berada di Semenanjung Malaysia dan negara jiran dapat berjumpa dengan keluarga tersayang serta kita juga bebas ke mana - mana sahaja. Tetapi SOP tetap kita jangan lupakan.

Begitu juga dengan pelbagai aktiviti yang kita dapat lakukan bersama. Seperti tahun sebelum adanya pandemik virus Covid-19 , majlis berbuka puasa adalah antara yang mesti ada dalam perancangan sebulan berpuasa kita.


Semalam bertempatkan di Ancasa Residence Port Dickson , Ty dan rakan- rakan blogger serta ahli keluarga mereka berkesempatan untuk meraikan seramai 35 orang anak -anak yatim dari Yayasan Anak -Anak Yatim Piatu Islam Port Dickson dalam sebuah Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak - Anak Yatim.






Comel - comel melihat telatah anak - anak kecil ini semua.

Anak - anak yatim ini telah diraikan oleh Encik Azrudyn Rashid (Group Chief Operating Officer dari Group Asset Management , UDA Holdings Berhad) , Encik Shah Azam Khan (Senior Vice President , Head of Hospitality , Ancasa Hotel & Resorts) , Encik Baharin Baharuddin (General Manager of Ancasa Residences Port Dickson) dan Encik Mohd Rajib (Operations Manager of Ancasa Residences Port Dickson).

Azan maghrib dilaungkan pula oleh salah sorang adik senior dari di kalangan anak  yatim. Anak - anak yatim diberi keutamaan terlebih dahulu untuk mengambil hidangan juadah berbuka serta ditemani dan dilayani dengan staf -staf jelita dari hotel yang ramah melayan telatah adik - adik comel ini.

Apa yang Ty leh katakan , juadah berbuka puasa yang bertemakan Warna Warni Ramadan ini , kesemua makanan yang disajikan tersangatlah sedap. Seronok Ty tengok adik - adik dari Yayasan Anak - Anak Yatim Piatu Islam Port Dickson menjamu selera.


Sebelum majlis diakhir , sesi penyampaian duit raya berjumlah RM50 serta baju raya yang bernilai RM250 diberikan kepada setiap seorang anak-anak yatim ini. Mereka juga telah mendapat sebuah goodies bag cenderahati untuk di bawa pulang bersama. Ketika sesi penyampaian ini terserlah kegembiraan di wajah mereka. Ty pula sebak dan tersentuh melihat mereka semua.


Diharapnya program dan inisatif yang mulia sebegini akan terus diadakan demi membantu anak-anak yatim ini agar mereka tidak terasa terasing daripada masyarakat di luar. Tahniah kepada pihak Ancasa Residences kerana telah memberikan satu moment indah buat adik-adik ini, semoga sentiasa dilimpahi rezeki agar dapat membantu masyarakat yang memerlukan di luar sana jua.

Last but not least, terima kasih juga kerana telah menjemput kami dari rakan blogger untuk bersama -sama meraikan majlis ini.

Untuk makluman lebih lanjut :
Ancasa Residences Port Dickson
Batu 81/2 , 
Jalan Pantai , 
Teluk Kemang ,
71050 Port Dickson , 
Negeri Sembilan .
Tel : 06-6627288
Fax : 06-6627900

1 comment

  1. Memang seronok join event mcm ni. Sama2 berkongsi rasa dgn anak2 tu kan...

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.