Pemeriksaan Khas Untuk Mata Di OPTOM EYECARE Bangi

Sunday, May 2, 2021

Salam uolls,

Sudah pun hampir ke penghujung Ramadan tapi Ty nak juga mengajak korang untuk perkongsian yang sebenarnya amatlah penting. Ia mengenai mata.


Baru - baru ini kengkawan blogger Ty sendiri dah pun ke OPTOM EYECARE Bangi untuk mendapatkan perkhidmatan dan juga rawatan bersesuai untuk mata mereka masing - masing. Dan perkongsian mereka ini menyedarkan Ty sendiri betapa pentingnya untuk penjagaan mata. Mana tidaknya , hampir setiap masa Ty dengan telefon bimbit , biasalah zaman IT dan pasti uolls pun sama betul tak? Tambahanpula , 5 hari seminggu Ty menghadap kerja di pejabat tu pun dengan komputer pula.

Kenapa Ty jadi tertarik dengan perkongsiaan mereka ialah Ty sendiri semakin meningkat usia ni , mata pun adakala jadi penat sampaikan penglihatan kabur ada ketika , kadang kala tu silau yang teruk bila memandu waktu malam. Kalau korang pun ada masalah mengenai mata korang , jom ke OPTOM EYECARE Bangi juga.

KENAPA OPTOM EYECARE BANGI MENJADI PILIHAN?
Kerana ia bukan hanya sekadar sebuah kedai cermin mata biasa tetapi lebih kepada klinikal servis iaitu pemeriksaan secara lebih mendalam mengenai mata. Uolls dapat membuat pemeriksaan secara menyeluruh tentang apa masalah mata uolls sedang alami di mana pemeriksaan adalah dari ke luaran mata hingga ke saraf antaranya check power mata, rabun, silau, periksa keadaan mata, pemeriksaan saraf mata depan dan belakang serta pemeriksaan mata yang lain-lain.


Lebih menariknya , pemeriksaaan terperinci ini semestinya menggunakan alat mesin yang canggih. Paling buat Ty teruja pula bila periksa mata dengan mereka, mereka pun boleh detect apa jenis penyakit yang kita hidap. Jadi pihak OPTOM EYECARE Bangi ni akan mengeluarkan surat untuk kita refer pihak klinik/hospital agar dapat membantu kita mendapat rawatan lebih lanjut.

CERMIN MATA "BESPOKE" 
Seperti kebanyakkan perkongsian kawan -kawan , OPTOM EYECARE Bangi ini tidak banyak menjual cermin mata semata - mata tetapi apa yang menjadi sebutan dan "signature" di sini ialah dengan adanya cermin mata 'bespoke' di mana ia adalah custom made.


Cermin mata 'bespoke' ini adalah di buat khas untuk kita sendiri setelah proses pemeriksaan mengenai mata yang mana bersesuaian dengan kondisi keadaan mata kita. Ini membuatkan Ty tersangatlah teruja untuk pergi dapatkan satu. Yelah , kalau buat certain cermin mata tak kena dengan si pemakai atau wajah kan, jadi why not uolls pun cuba.


Di OPTOM EYECARE Bangi alat mesin yang digunakan dapat membantu kita untuk custom made cermin mata kita itu sendiri mengikut kesesuaian dan keselesaan kita sendiri seperti bentuk muka dengan saiz cermin mata dan sebagainya.

PILIHAN JENAMA
Di sini juga uolls boleh pilih cermin mata dari pelbagai jenis pilihan berjenama seperti Nike , Rayban , Oakley, Adidas , Coach , Bonia , Sembonia , Revlon , Swarovski , Celine Dion , Alain Delon dan banyak lagi.


Walaupun custom made tetap boleh bergaya, mana tahu nak raya dekat ni bergaya sakan dengan cermin mata baru.

KANTA STANDARD HINGGA PREMIUM
Ty pun bukan orang hado-hado , jadi faham kalau nak cari kanta @ lense yang harga mampu milik gais. Kat sini semua ada , pilihan di tangan uolls dan bagi Ty is for your own eyes and why not spend lil bit bukankah penglihatan yang jelas dan selesa juga penting untuk hadapi hari demi hari.


Kanta @ Lense sebenarnya bermula dari 3 peringkat iaitu pertama - standard clear , untuk yang kedua pula adalah (intermedate / pertengahan) ada mempunyai dua jenis - blue light protection dan changeable colour, serta yang akhir sekali iaitu ketiga pula adalah premium (semua fungsi  ada) di mana mereka akan cadangkan mengikut keperluan dan kesesuaian uolls setelah pemeriksaan mata di buat dan sudah tentu juga mengikut kos bajet kita sendiri.

Menarik kan kedai cermin mata yang berklinikal ini, jadi kalau uolls pun nak juga mendapatkan rawatan di OPTOM EYECARE Bangi bolehlah ke sini sendiri untuk merasai pengalaman rawatan.


Untuk makluman  , OPTOM EYECARE mempunyai 2 cawangan iaitu ;
OPTOM EYECARE Bangi
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi , 43650 Bangi , Selangor (Berdekatan Marrybrown)

OPTOM EYECARE Kedah
No.17-GF , Taman Bandar Baru Mergong , 05150 Alor Setar , Kedah.
Tel : 011-10641167

Untuk maklumat lebih lanjut boleh dapatkan di ;

Kredit gambar dari blog Qaseh & Sue Izza

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.