Bayar Zakat Online Dengan FPX Payment Pun Boleh!

Monday, April 26, 2021

Salam uolls ,


Dah masuk separuh bulan kita berpuasa gais. Makanya, ibadah puasa memanglah kena buat tapi jangan lupa tanggungjawab bersama untuk yang memerlukan. Apa lagi bayar zakat la gais. 


Satu dunia tengah berdepan dengan situasi genting kerana pandemik virus Covid-19 , pasti ramai yang kehilangan kerja tetapi ada yang dah juga mula berjinak dalam bidang perniagaan dan sebagainya. Tambahpula bulan Ramadan , jual kuih raya , juadah berbuka puasa , pakaian untuk persiapan raya dan sebagainya. Jangan ingat tak ada zakat nya ye, uolls.


BAYAR ZAKAT DENGAN PILIHAN FPX PAYMENT




Mudah sudah zaman sekarang ni , tak kira di mana sahaja kita berada dan pada bila-bila masa jua kita dapat menunaikan tanggungjawab seperti salah satu saripada Rukun Islam iaitu menunaikan zakat secara atas talian (online) dengan FPX Payment sahaja!


SELAMAT , MUDAH DAN PANTAS!



FPX PAYMENT
ialah bayaran secara atas talian (online banking yang membantu pada setiap individu untuk membuat sebarang transaksi bayaran dengan mudah mengikut pilihan bank yang telah tersenarai. Penolakkan bayaran tersebut akan lebih selamat , mudah dan pantas di mana proses ini dapat menjimatkan masa individu tersebut.


Jadinya , uolls nak bayar zakat fitrah atau harta sangatlah senang yakmat. Banyak pilihan bank yang ada seperti :
- Maybank ,
- CIMB Bank ,
- Bank Rakyat ,
- Bank Islam , 
- Public Bank , 
- RHB Bank , 
- AmBank ,
- Hong Leong Bank ,
- Affin Bank , dan
- Alliance Bank.


Bukan cara pembayaran FPX Payment sahaja yang disediakan , banyak kaedah lagi seperti Online eZakatPay , Online Channel dan e-Wallet


Bagi yang tak tahu cara pembayarannya , bolehlah imbas QR Kod pada gambar di atas atau layari https://fpx.zakatselangor.com.my . Uolls tidak perlu lagi menunggu lama di kaunter , tidak perlu mencari parkir dan semestinya tidak perlu beratur panjang. Medium yang ada pada abad ini sungguh membantu untuk menyelesaikan segala masalah tersebut dengan sekelip mata sahaja.


ZAKAT FIRAH MENGIKUT BERAS DI MAKAN




Baru ni dah kecoh pun di media sosial sejurus sahaja kita masuk bulan Ramadan mengenai pembayaran zakat mengikut jenis beras iaitu 'beras yang di makan'. Pembayaran zakat adalah mengikut jenis beras yang di makan individu tersebut dan kategori kumpulan isi rumah. 


Sejujurnya Ty sendiri pun baru tahu bila tengah santai - santai sendirian sambil scroll Instagram , ada perkongsiaan sebegini. Jadi korang sila ambil tahu juga ya! Banyak zakat dah mudah , jangan pula ambil mudah untuk sesetengah perkara. Niat tu kena betul kerana 'niat tidak menghalalkan cara'.


SUMBANGAN SALURAN ZAKAT YANG TELUS



Ty percaya , ramai juga yang agak kurang yakin dengan zakat yang dibayar samada disalurkan kepada mereka yang memerlukan atau tidak. Jangan risau, tanggungjawab sudah dilakukan. Pihak Lembaga Zakat Selangor yang dipercayai akan menyalurkan sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti golongan asnaf , golongan berpendapatan rendah dan pada mereka yang memerlukan.


Malah ada juga keliru kenapa gelintir golongan berstatus kaya raya masih layak dapat zakat? Bukankah zakat hanya untuk orang miskin? Demikianlah antara persoalan semasa mengenai agihan zakat. Tidak dinafikan, umumnya umat Islam sering mengaitkan zakat dengan fakir dan miskin. Dengan dalil ini, maka terjawablah semuanya ; iaitu saat Nabi Muhammad SAW mengutuskan Muadz bin Jabal ke Yaman, maka nabi telah berpesan: “Zakat itu hendaklah dikutip daripada orang-orang kaya dan diagihkan kepada orang miskin di kalangan mereka” (Riwayat Bukhari).


JANGAN LUPA BAYAR ZAKAT, ye!
Okay , mana yang tengah mengemas rumah nak menjelang raya lagi 2 minggu ni , kot - kot lah baru sedar pinggan mangkuk set bertahun - tahun beli tak guna hanya simpan dalam almari aje , barangan kemas yang gemar beli tapi tak guna sekadar suka tenung sebab cantik atau sayang nak pakai tu berhati - hati kerana itu semua juga perlu dibayar zakat. 




Sebelum ini , Ty ada kongsikan berkaitan dengan Zakat Emas , pada yang nak tahu siapa yang perlu menunaikan zakat ini dan cara pengiraan boleh klik dan fahami - GUNA PAKAI ATAU TIDAK BARANGAN DARI EMAS PERLU BAYAR ZAKAT?


Jika uolls tertanya-tanya siapa yang wajib menunaikan zakat tentang kaedah dan proses pembayaran zakat dilakukan dengan betul. Sekiranya masih lagi tidak jelas , boleh sahaja berhubung dengan pegawai di Lembaga Zakat Selangor untuk maklumat secara lebih terperinci di talian 1-300-88-4343 .


JOM SERTAI PERADUAN DENGAN HANYA BAYAR ZAKAT DI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS) ! 





3 LANGKAH MUDAH
1. Hanya perlu bayar zakat secara ONLINE tidak kira dengan apa cara kaedah , yang pasti CASHLESS!
2. Imbas kod QR / isi borang di - https://bit.ly/PeraduanZakat2021
3. Daftar e-zakat online di - ezo.zakatselangor.com.my


Kempen ini terbuka kepada semua pengeluar zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS) bermula 13 April – 12 Mei 2021. Pelbagai hadiah menarik menanti anda dengan hanya menunaikan zakat melalui pelbagai saluran bayaran tanpa tunai yang disediakan.




Untuk lebih lanjut atau nak dapat penjelasan secara lebih dekat boleh cuba hubungi pihak LZS di : 
Bayaran Zakat / Fidyah : https://fpx.zakatselangor.com.my
Talian : 1-300-88-4343


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA DAN BAYAR ZAKAT SEPATUTNYA!

22 comments

  1. Dah tak perlu susah nak beratur di kaunter zakat kan. Bagus kaedah pembayaran macam ni

    ReplyDelete
  2. Mudah kan sekarang , lagipun banyak pilihan dan cara nak bayar zakat. Kena jaga SOP so bayar online lebih selamat dan mudah. Tahniah LZS

    ReplyDelete
  3. Betul dah banyak cara dan ruang disediakan kalau masih tak bayar zakat bukan salam pusat zakat tapi salah diri sendiri sebab alpa dan juga lupa dengan kemewahan yang adakan hurmmmm..

    ReplyDelete
  4. Senangnya ty. Sebab kdg susah juga nak pegi sebab ramai org kdg2 sebab kena beratur especially covid ni lagi risiko. Jadi bayar online je kan

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah tahun nie pun akan bayar online sepertimana tahun lepas sebab nak kurangkan jumpa orang dan pastinya lebih selamat insyaAllah

    ReplyDelete
  6. Tiada alasan untuk tak bayar zakat. Ni minggu gaji jangan bebuat tak ingat bayar zakat. Hehehe. FPX lg mudah sebab terus dr akaun bank.

    ReplyDelete
  7. Tahun ni mudah nak bayar zakat, banyak cabang app dan online untuk membayarnya.. so takde alasan takde masa sampai lupa nak membayarnya kan...

    ReplyDelete
  8. This is so convinient, now people can easily pay their payment online without the hassle to go out.

    ReplyDelete
  9. senang bila boleh bayar atas talian ni kan.. jimat masa dan sangat praktikal

    ReplyDelete
  10. Bagus la mereka buat sistem bayaran zakat atas talian! No more alasan tak keluar pergi kaunter lepas ni!

    ReplyDelete
  11. Banyak cara nak bayar zakat sekarang, memudahkan kita. Bayr online lagi senang, cashless. Takde contact dengan orang. Wkatu pandemik ni kena kurangkan contact dgn orang kan

    ReplyDelete
  12. Best sangat kempen Pay Smart Stay Smart ni.. mana tau ada rezeki dan bertuah kan. La ni nak bayar zakat tak perlu keluar rumah bersesak. Kita online je. Settle !!

    ReplyDelete
  13. Bagus ade pembayaran macam ni. orang selangor boleh la bayar zakat online kat sini.. iena pun biasa bayar zakat fitrah and zakat pendapatan online tapi dekat wilayah perseketuannya portal la sb stay KL and keje kat KL

    ReplyDelete
  14. Baguslah ZAKAT adakan Pay Smart Stay Smart utk byr zakat sng keja semua urusan online jer

    ReplyDelete
  15. Mudahnya. Bayar zakat secara online je. Mudah urusan kerja

    ReplyDelete
  16. Mudah kan zaman sekarang semua boleh bayar online. Buat pula musim pandemik macam ni, lagi la nak elak jumpa orang.

    ReplyDelete
  17. Memang baik kan sebab ada kemudahan sebegini. Boleh terus bayar zakat secara online sahaja dan tak perlu keluar.

    ReplyDelete
  18. Yes, saya pun dah a few years bayar online. Sebab segan nak jumpa amil. Haha. Memang bagus servis ni.

    ReplyDelete
  19. Zakat adalah kewajipan. Bagus zakat selangor sebab boleh bayar online. Memudahkan cara kita menunaikan kewajipan

    ReplyDelete
  20. Kaedah macam ni perlu diperkenalkan di waktu sekarang ni, dapat mengurangkan penyebaran wabak Covid19 melalui sentuhan. Tahniah Zakat

    ReplyDelete
  21. That gives off an impression of being brilliant anyway i am still not very beyond any doubt that I like it. At any rate will look significantly more into it and choose by and by!
    cross border payments

    ReplyDelete
  22. "Avoid driving with low engine oil - it can damage your engine." car battery replacement gold coast

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.