RINDUNYA NAK BEREHAT DI TEPI PANTAI

Monday, July 26, 2021

Salam uolls,

Rasanya dah hampir nak masuk ke dua tahun dah kan dunia berdepan dengan virus Covid-19. Dan Ty percaya ramai yang hampir separuh gila asyik terperuk di rumah dengan keadaan yang sangat terhadap untuk kita bergerak ke mana saja.

Dan mesti ramai pembaca blog Ty juga antara kaki travel kan? Ty tak nafi mesti plan trip itu ini korang terhangus begitu sahaja tapi mesti korang yang dah dapatkan suntikan vaksin sebenarnya ada berniat juga dengan mengharap sempadan negeri juga negara di buka apatahlagi dunnia bebas dari semua virus merbahaya.


Basically Ty lebih suka untuk pergi ke pulau – pulau di dalam Malaysia. I doubt you all yang ikuti blog dan posting di Instagram mesti tahu betapa Ty suka bercuti di tempat yang semestinya tenang dari kesibukkan kota dan juga kerja di pejabat.

Salah satu pulau yang menjadi kegemaran Ty ialah Pulau Kapas di Terengganu.


Ty memang dalam perancangan untuk ke sini lagi sebelum dunia mengambil kegembiraan kita semua sebenarnya. Bagi Ty , antara pulau yang sangat cantik dan paling penting sesuai untuk mereka yang inginkan sebuah percutian yang cukup bajet sebab memang murah dan berbaloi.

Okay, Ty nak bagitahu korang yang Pulau Kapas is a must to go. Boleh search aje flow  Ty bercuti di sana nanti dalam blog even IG as usual.



Sebenarnya, perjalanan dari KL etc untuk ke pulau ni normally bagi mereka yang driving atau by bus selalunya waktu bertolak mesti waktu malam. Jadi korang akan sampai hampir waktu Subuh macam tu. Kalau sampai awal sangat boleh la pekena Nasi Dagang Tol tapi Ty syorkan put this wishlist to the last day korang supaya NO RUSHING.

Tapi Ty pun percaya juga , kalau lepas saja PKP berakhir bersama tiada lagi virus jahat Covid-19 membelengu hidup kita , mesti korang akan lebih prefer untuk travel by flight supaya mood untuk bercuti korang tidak menjadi satu yang meletihkan. So untuk dapatkan promosi flight yang gerenti kaw-kaw berbaloi nanti. Dan sejurus tiba nya korang di lapangan terbang , perjalanan nak ke Jeti agar makan masa juga so boleh la dapat servis Airport Transfer bagi mengelakkan korang dari kena tipu dengan pemandu teksi atau teksi sapu yang ada.

Lebih baik korang dapatkan penginapan sementara di sekitar kawasan jeti sebelum nak tunggu hari mula cerah. Bila kaunter tiket bot sudah di buka , bolehlah korang pun dapatkan bot untuk  dinaiki dan terus ke pulau. Untuk tidak melengahkan masa korang bila sampai di pulau dengan mencari hotel / chalet mana masih available , Ty galakkan korang untuk book  terlebih dahulu.

Waktu malam yang tenang di Pulau Kapas

Lebih baik korang dapatkan penginapan sementara di sekitar kawasan jeti sebelum nak tunggu hari mula cerah. Bila kaunter tiket bot sudah di buka , bolehlah korang pun dapatkan bot untuk  dinaiki dan terus ke pulau. Untuk tidak melengahkan masa korang bila sampai di pulau dengan mencari hotel / chalet mana masih available , Ty galakkan korang untuk book  terlebih dahulu.



Bila jejak kasi saja di sini,you really spend the day and night so peacefully guys. Malam ada live band , layan bersama desiran angin dingin dengan pukulan ombak di pantai. Ya Allah , terbayang terus. Oh , how I miss this. Banyak aktiviti boleh buat kat Pulau Kapas even its now such a big island.



Dari pagi sampai lah ke malam , korang boleh berkayak selain snorkelling dan menyelam , bermain bola tampar pantai , boleh hiking ke puncak Bukit Singa – its such a beautiful view. For those yang memang suka bergambar , this is the best OOTD shot korang. Please don’t miss it.


Kalau bermalam di tepi pantai mustahil takde makan santai  bertemakan barbeku. Moment to be kept guys. Sambil makan bercerita dan bergelak ketawa dengan kawan – kawan. I bet you guys mesti rindu kan?

Kalau korang tak dapat nak berjalan ke pulau, maybe korang boleh je bercuti secara Staycation KL. Atau macam Ty cadangkan pada kawan Ty di johor boleh je staycation di Johor Bahru Hotel yang menarik.

Apapun Ty harap dan mampu doakan kita semua kaki travel dapat enjoy life as usual back one fine day , supaya korang dapat realisasikan segala yang Ty kongsikan ni especially di Pulau Kapas. Trust me guys , you will not regret to step in Kapas Island.

Sama-sama lah kita jaga kita dengan mengikuti SOP , insha-Allah kita jumpa di Pulau Kapas soon. Amin

Post a Comment

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.