Terkejut Dari Tidur

Wednesday, January 21, 2015


Di mana mulanya, masih tiada jawapan.

Terlebih pasti bila balik kerja awal dan berada di rumah dari waktu yang sememangnya tak masuk dek akal. Bukan tak pernah tapi jarang sekali berlaku apatah terjadi.

Fobia sebenarnya balik awal. Hanya +Echa Amat  dan +Suehana Zakaria saja yang tahu punca dan kenapa.

Kerja tak banyak, letih datang entah dari mana tak tahu. Merebahkan badan di katil sambil bantal kesayangan diterkupnya ke muka. Terbuai seketika.

Tersedarnya dari tidur sungguh mengejutkan. Gelap sealam semesta. Bangunnya fikiran melayang tapi lebih ke arah terkejut samada dah lambat ke pejabat ke? Sudah! Tingtong dia agak jauh tersasar di landasan terminal mana entah pula.

Sumpah, gelabah capai enset.
Mampu hembus nafas lega. Dan sengih.


Niat nak ke tidur terus tapi gagah mandi dulu. Makan malam hampir ke jam 10 malam. Kemalasan teramat sangat cuma sempat teguk segelas susu dari Nutri Goat Miracle 8. Selaku melapik perut. 

Dalam tengah bancuh air susu,  baru teringat makan petang merangkap malam dah dilahap pun sebelum jejak telalak kaki ke rumah. Ya, sekeping roti telur dari si bunian. Oh bukan, tempat makan namanya Bunian.

Kenapa Ty minum susu Nutri Goat Miracle 8, boleh baca sini.

4 comments

  1. Bunian tu sedap tak Ty ? Famous gak tu. :D

    ReplyDelete
  2. ni mesti tido nak dekat maghrib kan. kira pun selalu gitu. kalau konon nak tido barang 5 minit mesti terlajak sampai entah pukul berapa. pastu gelabah kot dah terlambat kerja kihkihkih

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.