Misi Bantuan Banjir | Alhamdulillah , misi bantuan banjir ke Kuala Lipis , Pahang selama 2 Hari 1 Malam bersama geng blogger #kelabbloggerbenashaari berakhir dengan jayanya. Terima kasih semua atas sumbangan dan kerahan tenaga bagi bantuan yang dihulurkan kepada mangsa - mangsa banjir. Tak dapat digambarkan perasaan ketika melihat keadaan rumah mangsa.
Agihan sumbangan
Mampu tengok , tak terkata sepatah pun
Kampung Aur Gading
Penduduk kampung ni meredah titi walaupun sedar akan bahaya dengan air arus sungai yang deras , semata - mata nak tengok keadaan rumah. Runtuh hati tapi mereka redha. Kambing biri - biri hampir 20 ekor mati , antara haiwan peliharaan hanya seekor kucing sahaja berjaya selamatkan diri ia sendiri di atas bumbung masjid. This is so amaze me.
Kampung Dura
Kampung Chegar Perah
Sepanjang kami di sana , bila nak makan dan tidur , masing - masing teringatkan mangsa - mangsa banjir ini. Terkenang , apa yang dijamah , tidur macam mana, segala terlintas tapi mampu doakan mereka tabah tuk lalui hari - hari mereka. In sha Allah.
Perjalanan 3 buah kereta semuanya dalam keadaan selamat dan baik. Walaupun terputus hubungan dengan yang lain atas sebab signal di kawasan kami berasa tidak baik. Syukur jugalah , ada ketika signal internet tiba - tiba ada. Insan terpilih je merasa , yang lain monyok je penuh dengan ke"jealous"an pada raut wajah.
Hujan masih turun , harap mereka dah bersiap sedia andainya berhadapan dengan gelombang seterusnya.
tahniah dan terima kasih.
ReplyDeleteteruskan berbakti geng #kbba.
insan terpilih eaaa hehhe Alhamdulillahhh tq ty sudi datang...
ReplyDeletesayu tengok rumah terkene lumpur
ReplyDelete