Satu Rumah Satu Henpon

Thursday, January 15, 2015


Prrffttt.

Sejak bila Daddy jadi PM , Mummy jadi bini kepada si PM pun tak tahu.  Jiwa kacau tak pasal - pasal. Jenuh sungguhla nak bercakap dengan mak pak cheq sendiri. Sesungguhnya memang sibuk kalah PM

Tak menahan , adik & kakak pun 2X5 busy. Tak tahu pula ada darah keturunan anak - anak VIP. 

Risau dik non. Menyirap tak terteguk air sirap.

Brader Bangla pinjam henpon gua amikkan gambar mak pak gua der, not bad.

Menanti Whatsapp dari tercinta berbin-dan-bintikan golongan VIP ni memang boleh buat rasa nak clash setiap saat. Tapi sekali masuk je mesej , xde nya nak direply. Terus CALL. Sebelum bermadah kasih , memamg kena berdas tembakan dengan pakej bebelan. 

"Ada hp mahal2 , call xreti nak jawab. Xreti nak caj. Bek pi toq buang kt jambatan dalam laut ". - ayat standard bila xdapat minum air sirap.

Part paling tak faham , yang di sini telefon yang di sana tapi di sana kata "cepat cakap nanti bil banyak". Hakikatnya , tak pernah pula minta tolong bayarkan bil fon. Kecelaruan sungguh dan satu rumah gelak.

Apa "satu rumah"? Yang ni lagi pening kepala , raplah. Mentang - mentang henpon mahal, boleh loudspeaker kononnya, semua rindu betul nak dengar suara. 

Yang ni part paling kelakar , sebab semua berebut nak cakap. Ko ghase? Nak je letak henpon jejauh sambil kunyah cikedis sebab harem apa pun tak berjaya sampai corong cuping telinga. Alkisahnya , depa sembang pakat gaduh sesama kat dalam rumah berbumbungkan satu.

Best part , bila Mummy nak cakap , Daddy kat sebelah nak nyanyikan lagu. Tertiba abang gelak , kakak mencelah. Adik je tak ada sebab pulun OT , kerja dan kerja. Ntah dia ingat lagi tak, ada kakak sorang sebatang kara jauh nun over the Penang Bridge.

Makanya , Daddy la cempian. Hero gua sejak azali sebab advance sang me birthday song. Nek cempian mestilah Mummy , siap tunggu tepat detik jam 12. Nyanyi sambil nangis , aduh berkaca juga gua yang sado berjiwa kental. 

Thanks Daddy & Mummy also my sister and brothers. My best ever gift from Him for the rest of my life.

Xoxo , 
Sweet 17th & Forever 21.

8 comments

  1. olooo loo loooo anak manja daddy na,hahhaha happy besday mucuk intan payung...

    ReplyDelete
  2. hehehe cute aje.. iols ade kat penang ni haaa hello hello la muahaha
    ^^ happy birthday..

    ReplyDelete
  3. Huhu comel je family kakty.. sayang dan rindu sgt tu mereka kat kakty..♥ semoga umur bertambah makin kakty berjaya dalam apa jua bidang y kakty ceburi.. dan sy harap kakty ketemu insan yang bernama suami..yg leh temankan kakty..jaga kakty.. bimbing kakty dlm hdup..aminn ♥

    ReplyDelete
  4. Hehe. Comel pula. Happy Birthday Ty! :)

    ReplyDelete
  5. penat je baca. rupanya pasal birthday dia..cis cis..


    btw.


    happy birthday mata bulat. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. keep strong and always believe on your self.

    ReplyDelete
  6. manja ni.haha...happy sweet 17th..eh..haha

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.