Tekad Menjelang 13 Tahun Setia Dan Akur

Saturday, August 7, 2021

Salam uolls,

Sepanjang PKP kerana pandemik Covid-19 ni mesti banyak yang kita lalui. Ada yang kehilangan kerja kiranya sumber punca pendapatan sampai kena keluar dari rumah sewa sebagainya. Paling menyedihkan bila mana ada di kalangan kita juga kehilangan orang tersayang selepas dijangkiti virus jahat ni.

Bagi Ty, Kerajaan Malaysia dah cuba buat sehabis mungkin. Menteri ke Artis ke semua juga rakyat. Andai satu malaun dari kalangan kayangan ni buat hal, toksahlah maki hamun semua sekali. Pastu rakyat marhaen yang gatai balik kampung especially negeri Kelantan masa raya aidiladha tu awat tak hamun sama? Be fair la. Jadi  jangan tahu pompang aja ibarat sertai perhimpunan, hari ini kerajaan sekarang step down, esok terus hilang Covid-19 pastu kita back to normal life. Bullshit! Nak hapuskan tol n PTPTN dulu pun satu Malaysia kena tipu. Renung-renungkanlah.

Eh melalut pula.

Work From Home(WFH)
Ramai kan yang WFH tapi ye ke buat kerja? Rezeki masing-masing, kalau tipu jangan pertikai kenapa ye, sebab tak ada keberkatan la tu bangang oi. Mudah sahaja.

Sepanjang tempoh PKP ni , Ty memang kena WFH saja. Alasan tak cukup kuota untuk selit nama Ty untuk kerja di pejabat. Ibarat tak penting kerja Ty kan? Hakikatnya , workload kerja yang dapat berpuluh ribu dan semua kerja Ty tu melibatkan banyak pihak di mana semuanya tidak function. Derang semua betul² WFH yang makan gaji buta. Susah betul bagi kerjasama.

Susah betul deal.

Bukan hanya banyak pihak tu saja. Tapi bos yang hebat claim diri sendiri workaholic dengan cara kerja yang sistematik tu pun hanyalah konon je ye ,wak! Propa. Hakikatnya, suka mengipas dan berjanji sana sini sehingga tak ada hati perut bila assign kerja, kemain kejar output yang tak masuk akal. Output team lain tak da nya segila team Ty. Cian rasa kat diri sendiri dan team.

Makin menjadi-jadi bila dia sedar dia bagi kerja  banyak kot , dia boleh sembang cam kawan. Konon dia beli laptop ka desktop even peti ais pun hanya dari Shopee Sale. Jadi asyik berulang suruh kita ni pun beli ja sebab murah. Sekarang ni perlu sangat ke? Kerajaan (sebab kerja gomen) ada bagi ke peruntukkan untuk beli tu dan buat kerja? Bil telefon untuk data pun tak ada ya. Bila cakap laptop kecik 10 inci begitu pula dia respon. Dan bila cakap orang semua keliling pun WFH dengan PDPR mungkin line slow. Dia up lagi diri dia,wak! Sambil up diri sambil suruh kita ni pun langgan Unifi pe semua.

Kerja banyak bagi. Tapi tak bagi masuk pejabat. Siap suruh masuk curi-curi kalau nak masuk konon apa² dia as boss jawab. Ha gitu ,wak. Kalau dah sweet talker suka berjanji , memang kerja ikut sedap mulut ja dia bercakap. Minah Propa!

Apa yang 13 tahun setia dan akur?
Adakala memang terpaksa masuk pejabat sebab kat rumah mana ada printer dan scanner. Jadi semalam adalah hari yang Ty rasa alang-alang masuk secara haram tu. Ty tekad untuk submit borang permohonan pertukaran. Memandangkan Pengarah pun kerja. Satu level pula.


Tak sampai 1 jam , Pengarah dah pun tandatangan dan apa lagi terus scan muat naik dalam sistem HRMIS.

Doakanlah semoga urusan Ty dipermudahkan.

Maaflah , Ty  dah letih sangat dengan kerja kat tempat yang sama dengan perangai berapa ramai bos dan kawan yang hanya suka ambil kesempatan dan mempergunakan hanya kerana Ty paling lama iaitu 13 tahun. Paling menyedihkan bila dipergunakan untuk kepentingan mereka sebab Ty masih lagi bujang. Selalunya dengar senior buli junior kan. Kini terbalik.

Well Ty terpaksa claim diri sendiri terlalu baik. Sampai orang sekeliling makin melampau dengan tak beradab pijak kepala Ty. Lagi Ty sabar , akur dan diam lagi itu mereka semua menjadi-jadi. Sampaikanlah ramai yang kenal Ty , pesan tolonglah jangan jadi baik sangat.  Jadi sebab tu Ty dah kurang nak berinteraksi dan Ty membuang kawan yang tak respect Ty. Sikit pun Ty tak rasa rugi.

Betul kubur masing-masing , takkan nak sombong kalau mati nanti urus sendiri segala bagai tu. Tapi kita berkawan dan buat baik dengan ikhlas ,  yang berkawan dan buat baik depan kita ja sebab nak gunakan kita atas kepentingan mereka. Baik get rid ,gais. Cari kawan yang betul-betul ikhlas. Tak berdendam, jangan tersalah faham terus maki hamun kau kat social media bagi seantero baca yang konon kau tu jahat seperti contoh kawan tikam belakang, dah lama sabar, dah nampak kawan tak leh tolong bila dalam kesusahan sedangkan kau lah orang yang sentiasa ada untuk dia tak kira siang atau malam. Hati-hati gais,Ty dah terkena. Jangan baik dengan orang sangat macam Ty ,tau.

13 tahun kerja, macam-macam ragam manusia dah tengok. Memang semuanya fake sikit pun tak ada yang ikhlas. Bab kerja, memang menyakitkan hati bila semu "taik orang" tolak sebab alasan hanya kerana "orang lama" walaupun kerja tu bukan skop kerja jawatan kau.

Jadi, takkanlah korang nak stay kan? Dengan boss pun baru gred terendah tapi act acah bagus. Beban kan kau aje. Jadi masanya Ty tukar anginlah. Melampau sangat dah rasa. 

The more I give for the best , the more they take for granted on me.

Doakan Ty dapat juga tukar by this year , ASAP ,please. Doa yang baik-baik korang tuk Ty, Ty doakan balik untuk korang. Amin.

4 comments

  1. insyallah kak, ada rezeki akak. orang kata doa orang teraniya akan dimakbulkan kan.. hehehehe

    ReplyDelete
  2. memudahakn dipermudahkan. Kadang-kadang menyampah jugak bila sendiri terlalu baik. haha

    ReplyDelete
  3. Semoga dimudahkan ya..salam ziarah blog

    ReplyDelete
  4. Semoga tabah hadapi semua ujian tu dan selamat kembali ke negeri tercinta..

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.