Salam u olls,
AVCO yang juga dikenali sebagai Aromatic Virgin Coconut Oil , orang Melayu kita sebut minyak kelapa dara asli. Perkongsian Ty kali ini mengenai AVCO dari D'AURA , di mana Ty gerenti semua pembaca sedia tahu tentang kebaikan dan kelebihan AVCO.
Aromatic Virgin Coconut Oil atau AVCO terdiri daripada 99% minyak kelapa dara asli dengan 1% ektrak tumbuhan semula jadi dan semestinyalah ianya tanpa bahan kimia, tiada SLS, plumbum serta tiada paraben. Yang menariknya AVCO ni kaya dengan antioksidan dan Vitamin E. Ada 2 bauan ; Floral Fresh dan Morning Dew.
Sekali tengok tesktur seperti berminyak tetapi sebenarnya tidak sama sekali , bila guna dan sapu rata ia akan meresap ke dalam kulit dengan cepat.
KELEBIHAN AVCO
Pelembab Bibir
Sejak kebelakangan ni Ty memang terlalu sibuk dengan urusan kerja luar pejabat yang mana Ty perlu bergerak ke beberapa negeri lain. Faktor cuaca dan kekurangan minum air juga telah membuat bibir Ty menjadi kering dan kerap mengelupas. Alhamdulillah , dengan adanya AVCO ini , Ty hanya sapu pada bibir , hasilnya sangat menakjubkan.
Pelembab Kulit Muka / Tangan / Kaki
Sama juga , Ty ni kerja dalam pejabat yang berhawa dingin dan bila kena outstation back to back memang kulit muka turut sama jadi kering dan kusam. Untuk lebih nampak lebih segar dan glowing , Ty akan amalkan AVCO setiap kali selepas mandi atau sebelum tidur. Ty akan sapurata di bahagian yang kering sehingga AVCO ini meresap ke dalam kulit. AVCO juga bertindak sebagai anti penuaan, selain melembabkan kulit muka ia berfungsi untuk menganjalkan dan mengurankan parut.
Merawat Rambut
Make-Up Remover
Cantikkan Kuku
Teringin nak kuku yang cantik dan bersinar , AVCO sedia membantu gais.
Sebelum ini kita lebih tahu VCO / minyak kelapa dara dalm bentuk softgel ataupun kapsul. Untuk pengetahuan uolls , D'AURA adalah jenama minyak kelapa dara yang pertama di Malaysia telah mengeluarkan minyak kelapa dara asli untuk kegunaan luaran sahaja, tak perlu minum atau makan. Selain ianya mudah untuk di bawa ke mana - mana sahaja , AVCO ini amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.
Terbukti ye gais , minyak kelapa dara ini sememangnya asli kerana apabila Ty berada di tempat yang sejuk atau berhawa dingin , ia menjadi keras - membeku gitu. Untuk mencairkan AVCO ni mudah saja gais , hanya perlu rendamkan dalam air panas.
Jom dapatkan juga produk buatan Malaysia ni dan Ty pasti uolls akan gembira dengan keputusan selepas menggunakan AVCO ni.
Untuk ketahui lebih lanjut,boleh dapatkan di :
Website: www.daura.com.my
Facebook: www.facebook.com/daura.hq.official
Instagram: www.instagram.com/daura_hq
Patutlah cantik rambut sistur
ReplyDelete