Penting Berada Di Rumah Sepanjang Masa Sepanjang Perintah Berkurung

Thursday, November 12, 2020

Salam uolls , 


Tahun 2020 berbeza dengan tahun-tahun lain kerana kita perlu menghabiskan lebih banyak masa di rumah disebabkan oleh virus COVID-19. Ini bermakna kita perlu banyak bersabar dan saling mengambil tahu tentang perkembangan terkini mengenainya. Covid-19 bukan satu perkara yang boleh diambil mudah sebaliknya ia merupakan sebuah isu besar yang melibatkan seluruh dunia.


Walaubagaimanapun, hati tetap rasa agak terkilan bila mana masih ada yang memandang masalah virus COVID-19 ini sebagai satu perkara yang mudah. Buktinya, walaupun di minta hanya untuk memakai penutup muka ketika keluar dari rumah, masih ada yang gagal untuk mematuhinya.




Tidak hanya itu, bila diminta untuk terus berada di rumah sepanjang masa melainkan keluar untuk perkara yang betul-betul penting saja, masih ada juga yang melanggarnya.

Ini belum lagi tiba bulan puasa, harap-harap jika ditakdirkan akan terus dalam situasi ini ketika Ramadhan nanti, semoga kita semua dapat berpuasa dan iftar dalam keadaan terus berjaga-jaga untuk kekal berada di rumah masing-masing.


Sukar! Memang sukar. Semua orang merasainya, kerana itu demi untuk memastikan keadaan segera pulih, kita perlu sentiasa saling berhati-hati. Tambahan pula penularan virus ini tidak nampak dengan mata kasar.


Kehidupan Masing-Masing Berubah Sejak Kedatangan Virus COVID-19


Jika kita rasa bosan berada di rumah, begitu juga dengan orang lain. Jika kita rasa susah pendapatan isi rumah telah terjejas, sama juga seperti orang lain di luar sana. Kerana itu kita sama sekali tidak boleh bersifat penting diri. Sambil duduk di rumah fikir juga keadaan frontliner yang sedang bertungkus lumus dengan mempertaruhkan nyawa mereka demi kita semua.


Menyedari akan perkara itu, ramai juga yang mula memikirkan cara bagaimana untuk mengisi masa lapang yang ada. Antaranya ada yang bercucuk tanam dengan menyemai benih-benih sayur, ada juga yang aktif bertukang, menjahit pakaian dan sebagainya. Anak-anak yang bercuti pula sibuk menelaah pelajaran dengan kelas online di rumah.



Internet Mula Digunakan Sebagai Cara Pembelian Barangan Dari Rumah


Internet yang ada tidak hanya digunakan untuk memudahkan anak-anak belajar malah semakin digunakan sebagai salah satu cara untuk membuat pembelian pelbagai barangan untuk rumah juga.


Antara barangan yang sering dibeli adalah seperti :

  1. Lampin pakai buang
  2. Minuman harian seperti Milo, Nescafe dan teh
  3. Sabun basuh
  4. Produk kebersihan badan
  5. Sabun pencuci pakaian dan banyak lagi.


Bahan mentah dan makanan siap di masak juga turut dibuat pesanan dan belian secara atas talian berbanding dulu yang akan membelinya secara terus sendiri. Secara tidak langsung, servis penghantaran barangan runcit dalam talian seperti Pandamart dari Foodpanda menjadi sangat berguna dalam keadaan seperti ini.


Bagi yang belum tahu, Pandamart adalah sebuah platform penghantaran bahan makanan dari Foodpanda dengan lebih dari 40,000 produk dari kedai-kedai seluruh negara. Dengan perkhidmatan penghantaran makanan dan bahan makanan yang cepat dan mudah, masalah sukar keluar bagi menambah stok makanan di rumah menjadi lebih senang.


Beli Biar Berpada, Jangan Membazir


Sebelum mula memesan bahan makanan di Pandamart, berikut adalah beberapa petua yang boleh dipraktikkan supaya tidak berlaku pembaziran akibat membeli barang makanan yang tidak penting.



#1 - Rancang Makanan Terlebih Dahulu

Kenal pasti makanan apakah yang sering di ambil. Sebagai untuk sarapan selalunya akan makan apa. Jika roti, bijirin sarapan, Milo atau susu yang paling kerap diambil maka bolehlah membelinya. Ini kerana ia pasti akan habis dan tidak akan sesekali berlaku sebarang pembaziran untuk ini.


#2 - Ruang Penyimpanan

Kenapa perlu beli dalam kuantiti yang banyak jika ruang penyimpanan tidak sebesar mana. Memadai membeli dalam kualiti tertentu untuk beberapa hari saja berbanding membelinya secara pukal. Tamabahan pula semua barangan ini ada tarikh luputnya.


#3 - Keperluan memasak

Beli barangan keperluan memasak yang penting seperti minyak masak, bawang merah, bawang putih, gula dan garam. Jika nak lebih mudah, boleh beli bahan keperluan memasak dalam bentuk pek seperti perencah nasi goreng segera dan sebagainya. Dengan cara begini tugas memasak juga akan menjadi lebih cepat dan mudah.


#4 - Jangan Sesekali Lupa Beli Beras Untuk Makanan Utama

Beras adalah makanan yang mesti ada di rumah, jadi jangan terlajak beli pelbagai makanan sampingan hingga terlupa untuk tambah stok beras di rumah. Jika mahu ubah selera boleh juga beli stok pasta, bihun dan mee kering sebagai stok tambahan untuk karbohidrat.


#5 - Makanan Dalam Tin

Makanan dalam tin boleh juga dibeli sebagai stok makanan di kala kecemasan. Ikan sardin dalam tin, kacang bakar, susu dan sebagainya, ini semua antara makanan dalam tin yang berguna di kala darurat.


Nak beli semua keperluan ini, tidak susah. Boleh terus buat pesanan grocery delivery secara atas talian di website Pandamart Foodpanda.



Itulah dia sebahagian daripada info berkaitan pentingnya berada di rumah sepanjang masa dalam tempoh berkurung ini. Sebagaimana yang telah diperkatakan tadi, jika kita terasa susah bermakna ada lagi orang lain yang lebih susah. Dan jika kita terasa payah, ada lagi orang lain yang merasakan lebih payah dari kita.


Hakikatnya kita semua sedang menghadapi ujian dari Allah SWT maka sama-samalah kita berganding bahu untuk saling mematuhi perintah yang kerajaan tetapkan dalam membendung virus COVID-19 ini.

2 comments

  1. Saya setuju ada orang lain yang lagi payah, lagi susah dari kita. Covid19 ni sebahagian dari ujian dan vaksin yang kandungannya mungkin meragukan pun ujian juga buat kita di Malaysia dan seluruh dunia.

    ReplyDelete
  2. Memang covid ni telah mengajar saya bahawa nyawa kita sangat berharga dan kits perlu menhargai nyawa

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.