Salam uolls ,
Umur dah semakin meningkat , masa untuk manjakan diri pun tak terkejar sebenarnya sebab masuk sahaja kerja awal tahun terus busy dengan aktiviti itu dan ini. Bagi yang mengenali dan mengikuti perkembangan Ty , pasti tahu yang Ty agak sibuk bersukan petang dan malam selepas waktu kerja. Dan memandangkan tengah bulan lepas adalah hari jadi Ty. Jadinya selain terima ucapan , doa dan hadiah dari orang sekeliling , diri sendiri pun hadiahkan diri sendiri dengan manjakan diri di Skin Valet,Bangi. Lepas kerja , terus pergi.
Terasa VIP sangat , sampai sahaja terus dapat parking depan kedai.
Perkara pertama sampai di sini , staf Skin Valet terus sapa dan minta untuk lengkapkan isi borang peribadi terlebih dahulu sebelum dapatkan consultation dengan doktor yang bertauliah mengenai kulit.
Sejujurnya , cuak juga Ty bila doktor imbas muka. Mana tak nya , di mata kasar orang mungkin muka tak la seperti muka pecah rumah ke atau berjerawat berjeragat melampau. Tapi diri sendiri sedia tahu kondisi muka.
Ya , doktor nasihatkan Ty untuk gunakan lengkap lima (5) kaedah asas penjagaan muka , iaitu :-
1. Cleanser
2. Toner
3. Serum
4. Moisterizer
5. Sunblock
Katanya, walaupun bekerja dalam pejabat berhawa dingin pun , kena pakai sunblock sebab cahaya lampu pun yang terdedah boleh buat kulit muka terbakar dan sebagainya.
Lepas imbas kulit muka , doktor terangkan pada Ty yang kulit muka Ty sebenarnya kering. Kulit kusam dan tona warna pun tak sekata dan juga hanya bahagian hidung yang berminyak. Habis sahaja penerangan terperinci , Ty pun dapatkan rawatan Sakura Facial.
Sakura Facial adalah untuk mencerahkan kulit muka , membantu membuang kulit mati agar lebih tampak segar serta dapat membuat muka jadi V-Shape.
Meh ikuti kaedah rawatan Sakura Facial yang Ty buat, step by step ;
1.Cleansing
Sebelum mulakan kaedah lebih terperinci , staf Skin Valet bersihkan dahulu muka dengan pencuci muka khas mengikut kulit pelanggan.
2. Double Cleansing
Sekali lagi muka Ty dicuci dan kali ini tak menggunakan jari , staf menggunakan brush khas , sbil memberus muka terasa seperti diurut-urut juga, best babe. Dan urutan ini dapat membantu melancarkan perjalanan darah.
3. Microdermabrasion
Langkah ini adalah untuk exfoliate lapisan kulit yang paling luar dengan membuang segala kekotoran yang melekat pada kulit wajah. Teknik ini turut menyedut keluar blackhead & whitehead serta sel kulit mati yang ada pada wajah. Menurut staf , ada certain area sahaja Ty ada whitehead.
Urutan dengan penggunaan mesin ni memang best gais walaupun ada suhu panas. Katanya untuk hasil V-Shape , pelanggan tetap dan dah biasa, lagi prefer yang panas. Gitu. Kaedah ini dapat membantu menegangkan kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen baik untuk kulit. Kiranya kaedah ini dapat mengurangkan kedutan halus di kulit muka.
5. Exfoliating Mask
Sejuk aje muka Ty masak staf sapukan mask. Dengan menggunakan bahan aktif dari ektrak buah beri (formulasi kha Dr.Isma) adalah untuk exfoliate kulit muka. Ia juga turut berfungsi untuk menjadikan kulit wajah 1 tona lebih cerah , melembabkan kulit yang kurang moisture dan mampu memudarkan kesan jeragat.
6. Oxygen Infusion
Proses kaedah ini adalah pelengkap kepada proses exfoliation. Oksigen digunakan sebagai pemangkin kepada serum baru menjadikan kulit lebih anjal , eliinate acne-cause bacteria as well as baiki tona kulit dan mengurangkan kedutan halus.
7. Tone Correcting Cream
Lastly , sebagai pengakhiran kaedah Sakura Facial ini adalah kepada proses pencerahan kulit wajah. Correcting Cream ini mengandungi SPF35 yang baik untuk melindungi kulit dari sinaran UV juga pada masa yang sama dapat mengekalkan kelembapan kulit wajah.
Ha gitu. Meh tengok hasilnya pula.
Tada!
Macam mana gais bila tengok perbezaan pada gambar sebelum dan selepas? Pada Ty , memang ketara perbezaannya. Nampak lebih cerah dan tona warna pun tidak lagi kusam. Yang paling mengejutkan ialah kelihatan sungguh V-Shape yang baru sahaja pertama kali mencuba rawatan ini. Kalau seminggu dua kali dapatkan rawatan ini , mesti terserlah V-Shape tu. Hilang terus double chin cheq oi. Lembab aje muka Ty.
Selain rawatan Sakura Facial , banyak lagi rawatan yang ada di Skin Valet ini. Datang dulu kat sini dapatkan nasihat terperinci dan mendalam dengan pakar kecantikkan mereka. Rawatan di sini , boleh dibayar secara ansuran. Cool kan? Sekarang tengah ada promosi Prosperity Sale . Untuk rawatan Sakura ni harga asalnya dalam RM350 daan sebab ada sale , uolls boleh dapat rawatan ni dengan harga promosi RM188 sahaja.
Untuk uolls yang nak juga dapatkan rawatan dan maklumat lebih lanjut mengenai rawatan di Skin Valet ini , boleh ikuti perkembangan mereka di ;
Facebook : Skin Valet Bangi
Instagram : http://www.instagram.com/skinvalet_bangi
Alamat :
Skin Valet Bangi
62, Jalan 8/35, Seri Bangi, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Kajang, Selangor
03-8922 9181
Waze : Skin Valet Bangi
Waktu Perniagaan : 10.30 pagi – 7.00 petang
Dah meningkat usia , kenalah jaga diri kan.
Muka min tgh naik jerawat lepas period ����♀️
ReplyDeleteTerbaikkk ahh.. Nmpk beza muka adeq..
ReplyDelete