Hari 3 : Island Hoping di Kepulauan Pulau Belitung

Saturday, February 2, 2019


Salam uolls ,

Aktiviti pada hari ketiga Ty di Pulau Belitung ialah Island Hoping dan bagi yang mengenali Ty , laut - pantai adalah tempat paling Ty suka. Walaupun keadaan dan cuaca agak suram gara - gara kejadian tsunami di Selat Sunda , kami mencuba nasib untuk teruskan nasib. Air laut bergelora tetapi kami teruskan juga dengan tawakal.

Pantai yang ada di Pulau Belitung ini kesemuanya cantik belaka dan adalah mesti untuk uolls pergi kesemua. Tidak ada apa pun yang merugikan.

Pantai - Pantai Yang Cantik Di Pulau Belitung

1. Pantai Tanjung Tinggi

Di sini , memang setiap inci ada saja tempat menarik untuk bergambar. Tak terkata lah untuk Ty gambarkan betapa cantiknya. Suasana yang menenangkan melihat terbentang luasnya laut sambil hirup udara segar.




Walaupun di celah - celah batu pun , catik aje nak mengedik untuk bergambar. Cuma cuaca pada waktu Ty ke sini agak tidak berapa cantik , air laut bergelora. Bagi uolls yang berpeluang ke sini dan pantai - pantai lain , jangan lupa posing sakan taw!



2. Pulau Lengkuas


Disini ada menara api. Antara pantai yang menjadi tumpuan kerana lepas bersantai di sini , dalam pakej percutian akan membawa uolls ke snorkeling di tengah laut.


Selain itu , terdapat sebuah kawasan di celah - celahan batu yang lebih dikenali dengan tempat pemandian puteri. Port yang memang cun melecun gais untuk berposing gambar.

Kucing ini memang malas teramat , dia akan tetap tidur atas batu walaupun kami ganggu atau cuba dukung dia.Paling kelakar , dia kena kejar dengan ayam.

Dah kenyang perut memasing dengan air kelapa dan pisang goreng , Izzat ZIN lead menari poco-poco.

3. Pulau Gede Kepayang


Kami berhenti singgah di sini untuk makan tengahari dan juga ada aktiviti melepaskan anak penyu ke laut. Uolls boleh membeli sebarang souvenir seperti baju T-Shirt dan sebagainya dan dengan nilai tersebut , akan dapat seekor anak penyu yang comel dan berpeluang untuk melepaskannya sendiri di persisiran pantai.



Ain Edruce pun lepaskan anak penyu

4. Pantai Tanjung Klayang



Kat sini bukan sebarang pantai tapi lebih kepada gua yang banyak batu. Dah boleh berhiking gitu. Tapi view memang cantik teramat. Apa lagi , posing dan posing saja kami semua.


Puas betul dengan aktiviti island hoping seharian dan kami ke satu kawasan persisiran pantai yang mana dah pun connected dengan darat. Bus pick-up pun di situ. Sebelum gerak ke tempat makan malam , kami sempat bersihkan diri di tempat mandi yang ada di sini.

Pengalaman Ty pergi snorkeling dan island hoping dengan keadaan air laut yang bergelora kerana cuaca tak baik akibat gempa bumi sehari sebelum di Selat Sunda.

Malam terakhir , dinner dan karok sampai lebam.

OK , boleh jump to last entry (klik) Ty dan tahu mana lagi tempat menarik dan cantik untuk pergi sebelum berangkat balik meninggalkan bumi Laskar Pelangi ini.

1 comment

  1. a wonderful island, very comfy and modern breathtaking view!

    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.