Wangian berupaya menghidupkan suasana dan menenangkan jiwa. Menikmati belaian lembut sewaktu mandi bagi menghilangkan tekanan dan kesibukan sepanjang hari , merupakan rutin harian yang wajib diamalkan para wanita. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di bawah pancuran bilik mandi , sentuhan gel mandia beserta wangian yang menyerap lembut memberikan ketenangan minda dan jiwa menjadikan setiap saat waktu bermanja dan bersendiri yang paling menyenangkan.
Apakah yang membuatkan masa mandian itu jadi mewah?
Memilih gel mandian yang sesuai merupakan faktor utama dan yang menjadikan lebih menarik adalah menggunakan gel mandian yang diadun dengan wangian mempesona. Bayangkan perasaan tenang yang menyusup masuk di saat pintu bilik mandi tertutup rapat dan bila pancuran air suam yang mengalir mengembalikan semula kesegaran. Bunyi titisan air mencipta melodi halus yang mengenangkan minda , sementara kemanisan aroma dari gel mandian yang memukau dan buih - buih lembut yang membelai kulit , melengkapkan masa mandian termewah. Saat mandian dengan belaian romatis sememangnya merupakan waktu terapeautik yang berupaya menyegarkan dan mengecas semula tenaga yang hilang akibat tekanan sepanjang hari.
Demi memberi wanita lebih peluang untuk memanjakan diri , ENCHANTEUR , wangian yang diilhamkan Perancis paling laris dan digemari ramai ini telah memperkenalkan Gel Mandian Wangian Enchanteur Paris. Di adun dengan wangian Perancis , rangkaian mandian ini merangsangkan deria dan menjadikan setiap waktu mandian menjadi sebuah pengalaman yang mewah. Formulasi bebas sabun dan paraben ini diperkaya dengan bahan berkhasiat yang mampu memberikan manfaat pada kulit , melembapkan dan melembutkan kulit sambil membersihkannya , menjadikan kulit anda kekal sihat dan berbau harum.
Kini , pengalaman di bilik mandi boleh dipertingkat hanya dengan adanya Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris. Saat bermanja bagi tubuh badan dan minda kini lebih menyeronokkan. Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris , boleh didapati dalam 3 variasi , setiap satunya diadun dengan wangian ENCHANTEUR Paris yang sangat digemari dan diperkaya dengan ramuan uniknya tersendiri.
Dapatkan dan manjakan diri anda dengan produk baharu dari ENCHANTEUR Paris Parfum Shower Gel :
Bella Amour Bright & Smooth (Mencerah & Melicin)
Serlahkan kelembutan kulit uolls dengan adunan sebati pati wangian bunga Lily dan Ylang-ylang. Diperkaya dengan pati minyak mawar dan Vitamin B3 , ia menjadikan kulit lebih halus , cerah dan menawan.
Mon Amie Fresh & Cool (Menyegar & Menyejuk)
Tingkatkan daya tarikan dengan personaliti ceria dan menyegarkan dengan gabungan wangian Gresh Citrus dan Pink Peonies. Diperkaya dengan pati minyak Lemon dan Mentol , ia memberikan kulit lebih sensasi dan menyegarkan sambil menyediakan untuk temujanji berkonsep kasual.
Adore Soothe and Care (Menenang & Melega)
Serlahkan diri dengan gabungan wangian Pink Mimosa dan Golden Pear. Diperkaya dengan ekstrak Chamomile bagi melegakan tekanan dan memberikan perasaan tenang pada kulit serta tubuh badan , membolehkan diri dalam kondisi berehat selepas seharian yang sibuk.
Tidak ada yang lebih baik daripada menikmati waktu belaian romatis mandian yang berkualiti. Ia memberikan keselesaan fizikal dan mental agar dapat merehatkan diri selepas kesibukan seharian. Saat terindah yang melegakan waktu tidur atau memulakan hari dengan Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR merupakan masa yang paling diraikan setiap hari.
Gel Mandian Wangian ENCHANTEUR Paris boleh didapati dalam saiz 750g pada harga runcit RM16.75 ( Semenanjung) / RM17.55 (Sabah/Sarawak). Produk ENCHANTEUR boleh didapati di pasaraya besar dan pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia.
"ENCHANTEUR adalah rangkaian wangian dan produk penjagaan badan berasaskan wangian berkualiti , mengikuti peredaran masa yang berinspirasikan keunggulan haruman Perancis. Wangian ENCHANTEUR direk dengan unik untuk menghidupkan detik - detik romatis harian si setiap perjalan percintaan menakjubkan seseorang wanita."
Post a Comment
Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen